Rasa kuah mi kari chinese style agak mild dan kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambah sambal yang diasingkan mengikut citarasa anda.
MI KARI CHINESE STYLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning- dicelur
BAHAN KUAH:
100gm cili kering – rebus dan kisar
3 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 batang serai – diketuk
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak kecil santan
Tauhu apung
Fish cake
CARA MEMASAK:
Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apong
Ads
BAHAN SAMBAL:
300gm cili kering – rebus
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Ads
Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
BAHAN HIASAN:
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis (potong separuh)
INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.
Ni diaa empat sajian popular dari belah utara. Olahan resipi dan air tangan dari Datin Nor Hafizah Saad.
Kalau nak tahu Nasi lemuni dimasak dengan daun lemuni iaitu sejenis pokok renek berdaun menjadi kepakaran beliau. Malah daunnya diambil dari halaman rumah.
NASI LEMUNI
BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras | cuci dan tos 2 cawan santan pekat @ pati |* 1beras : 1 santan 2-3 genggam pucuk daun lamuni | dikisar dan tapis , ambil airnya. Pekat . 4.5 sm halia muda | dihiris dan cincang halus 1 sudu teh lada hitam 2 1/2 biji bawang besar | dikisar Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi 2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
200gm ikan bilis | digoreng dan toskan 2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan 1/2 biji bawang besar, hiris nipis 3 sudu besar air asam jawa 2-3 senduk besar minyak Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 biji bawang besar, potong 4
CARA MEMASAK : 1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan. 3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
3. KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum. 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan santan pekat. 1 sudu kecil yis segera. 2 sudu teh gula. 1 1/2 cawan air. 2 biji telur 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
Bahan kuah : 1 cawan gula perang. 1 cawan santan. 1/2 cawan air 4 ulas durian 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung | dibancuh 2 helai daun pandan di simpul.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang 2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam 3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable). 4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh. 5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian : 1. Masukkan gula dan air 2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian 3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
4. MI UDANG ISTIMEWA
BAHAN-BAHAN :
500gm udang laut 500gm ATAU 1 bungkus mi kuning, celur 2 sudu besar sos cili 1 sudu besar sos tomato 8-10 tangkai cili kering | buang biji dan rebus kemudian kisar halus ATAU 3 sudu besar cili giling 1/2 senduk minyak masak
Bahan untuk kisar halus: 5 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut
Bahan untuk rebus dan lenyek halus: 3 ketul ubi kentang
Bahan untuk hiasan atau taburan: 3 biji telur, rebus dan belah dua cili merah, hiris nipis sayur sawi, potong dan celur
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang. 2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak. 4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat. 5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih. 6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.
Selera anak-anak sentiasa berubah kerana mereka dalam fasa merasa dan menilai pelbagai jenis makanan. Jika ada anak yang susah makan nasi boleh gantikan dengan spaghetti carbonara ini yang rasa lebih ringan dan berlemak. Paling penting ia sangat mudah dan bahan-bahan mudah kita dapati.
SPAGHETTI CARBONARA
BAHAN SOS:
1 biji bawang besar Holland cincang
5 ulas bwg putih cincang
5 batang sosej
1 tin cendawan
2 tin sos cendawan carbonara
1 liter susu segar
Lada hitam
Oregano flakes
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan. Kacau hingga sebati.
5. Tuangkan susu. Perasakan dengan garam.
6. Spaghetti macam biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.
Info: Kalau mahu sedap lagi boleh tambahkan isi udang atau isis ayam.
Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
Bahan-Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.