Ni dia sajian mudah dan favorite kanak-kanak dan juga dewasa. Baked Creamy Pasta perkongsian dari Fatin Damia ni memang meletoplah rasanya.Baked Creamy Pasta, Fatin Guna Tomato Segar Lebih Ummph.
Istimewanya Fatin guna buah tomato segar dan bukannya tomato pes segera yang dalam tin atau botol tu.“Ianya lebih baik kerana tidak mengandungi bahan pengawet dan bahan perasa tambahan yang lain,” katanya dalam laman FB miliknya

Mehlah cuba buat gaya Fatin aka kakak cantik ni.

BAKED CREAMY PASTA:Baked Creamy Pasta, Fatin Guna Tomato Segar Lebih Ummph.
.

BAHAN-BAHAN :

Bahan A :

  • 300gm pasta ( rebus dan toskan airnya) – beli online DI SINI

Bahan B :

IKLAN
  • 20gm salted butter
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 5 biji tomato (rebus dan toskan.kisar halus tanpa air dan masak sampai airnya mengering dan hilang rasa masam. Penggunaan garam dan gula nak letak boleh tak letak pun tak mengapa)
  • 1/2 sudu kecil herba Thyme – beli online DI SINI

Bahan C:

  • 20gm salted butter
  • 200ml susu segar
  • 1 sudu kecil tepung gandum – beli online DI SINI

Bahan D :

  • Mozzarella Cheese
  • Cheddar Cheese

CARA MEMASAK :
1. Rebus pasta sampai lembut. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan bahan B iaitu butter kemudian masukkan bawang putih dan sos tomato yang telah siap dibuat tadi dan masukkan juga herba Thyme.
3. Setelah 2-3 minit, masukkan pasta tadi dan gaul sampai semuanya sebati. Tutup api.
4. Panaskan kuali, masukkan bahan bahan C. Kacau sampai agak mendidih kemudian tutup api lalu di tuang ke dalam pasta tadi.
5. Taburkan Mozzarella Cheese dan Cheddar Cheese sebanyak mana yang disukai.
6. Bakar di dalam oven suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.

Baked Creamy Pasta, Fatin Guna Tomato Segar Lebih Ummph.
7. Setelah 20 minit, keluarkan dari oven dan hidangkan.

IKLAN

Baked Creamy Pasta, Fatin Guna Tomato Segar Lebih Ummph.
.

Kredit foto dan resipi: FB Fatin Damia
#kakakcantik

 

INGIN MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR PASTA DAN KEK JOM LAYARINYA DI SINI.

IKLAN

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

JOM SEMAK RESIPI INI :

Pasta Bow Tie Pedas Seafood, Kena Cuba Baru Jatuh Cinta

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

https://www.rasa.my/menu-simple-garlic-pasta-jadi-kesukaan-ramai/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI