
Jangan terkeliru dengan cendol, ini sebenarnya adalah bubur anak lebah makanan orang Rawa yang cukup terkenal di Perak. Kebiasaannya bubur anak lebah akan dihidangkan di kenduri kahwin atau majlis keramaian yang lain.
BUBUR ANAK LEBAH
BAHAN-BAHAN ANAK LEBAH:
- Sekampit tepung beras
- Segenggam tepung gamdum
- Sedikit kapur
- Sedikit pencelup hijau
- 10 helai daun pandan dikisar ambil airnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Campur kesemua bahan-bahan sekali. Gaul sampai lembik dan tidak cair sesuai utk ditenyeh di acuan.
- Adunan ini akan ditenyeh sampai biar jatuh sendiri dalam air panas (macam dalam gambar)
- Kemudian sudah masak baru keluarkan dan basuh dengan air biasa baru di bubuh dalam kuah bubur untuk dimasak bersama2.
BAHAN-BAHAN:
- 3kg santan
- 1/2kg gula merah (dicairkan dan ditapis)
- Gula biasa secukup rasa
- Sedikit garam
- Air biasa secukupnya.
- Beberapa helai daun pandan (disimpul untuk amsuk dalam bubur)
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan gula merah yang sudah dicairkan.
- Tambahkan air biasa mengikut kepekatan bubur yang kita mahu.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
Kredit: Ibu Rabbani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lemak Manis & Sedap. Resipi Belebat Ubi Ni Memang Kena Cuba.

Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Melihat gambarnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang sedap dan membuka selera. Bagi anda yang dah lama tak makan kuih tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BELEBAT UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul ubi keledek oren (anggaran 200gm)
- 1 ketul ubi keledek ungu (anggaran 200gm)
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula
- 4 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya untuk membungkus (ukuran daun guna 4×6″)
CARA MEMASAK:
1. Ubi keledek dibersihkan, dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.
2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sebati. Guna api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat.
3. Padamkan api dan masukkan keledek. Angkat dan ketepikan adunan.
4. Sediakan daun pisang, sudukan 2 sudu makan adunan belebat, bungkus dan kemaskan.
5. Susun bungkusan Belebat Ubi dalam periuk dan kukus selama 10 minit menggunakan api perlahan.
6. Angkat kuih dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
JOM CUBA RESIPI LAIN:
Resipi Meatball Homemade & Sos Swedish Yang Sedap.

Jom belajar buat meatball homemade. Ramai yang puji ‘meatball’ Ikea memang sedap terutamanya sos dan bebola dagingnya yang bersaiz besar. Sebenarnya tak susah sangat pun hendak buat hidangan ini. Boleh cuba resepi perkongsian Puan Tahrunnisah Jali. Katanya resepi ini asalnya dari Kak Sue Norrman yang kini menetap di Sweden. Resepi ini adalah resepi asli Swedish dari mak mertua beliau yang diubah ikut citarasa.
CARA HASILKAN MEATBALL HOMEMADE & SOS SWEDISH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging kisar
- 1/2 biji bawang besar – cincang halus (*)
- 1 sudu makan mentega (*)
- 3/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
- 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
- 1/3 sudu teh gula
- 1-1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan serbuk roti – kisar halus
- 30ml susu segar
- 1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak, boleh masukkan.
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan. Masuk bawang yang ditumis tadi. Uli lagi hingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
3. Dengan menggunakan non-stik pan, masukkan sedikit mentega dan masukkan bebola daging tadi.
4. Masak menggunakan api sederhana dan tutup kuali supaya bebola daging masak. Balik-balikkan sekejap hingga garing.
Nota: Lebihan mentega di dalam kuali jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk menyediakan sos.
BAHAN SOS:
- Lebihan mentega yang digunakan untuk menggoreng bebola daging.
- 2 cawan stok ayam / air rebusan ayam
- 2 cawan whipping krim
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 ketul kiub ayam
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1/2- 1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit untuk memekatkan sos.
- Garam dan gula jika perlu- tambahan kalau kurang rasa.
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali whipping creamdan bancuhan tepung kentang.
- Didihkan danapabila rasa dah cukup, masukkan whipping cream. Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sedikit demi sedikit namun jangan terlalu pekat.
- Hidangkan sos bersama bebola daging, lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan ‘mix fruits’
Kredit resipi & foto: Gee Salleh ( http://www.taukehpemanggangajaib.com/resepi-homemade-meatball-ala-ikea-atau-lagi-sedap-dari-ikea/)
Cara Buat ‘smoothie’ 5 Bahan, Hilangkan Sakit Lutut Dan Sendi Di Musim Raya Ni…

Anda pernah rasa sakit lutut bila naik tangga. Ia berpunca dari sakit sendi ada hubung kaitnya dengan faktor usia dan berat badan yang berlebihan. Tisu penghubung yang makin haus menyebabkan ia makin sakit dan mengalami keradangan. Lagi pulak di musim raya, pasti banyak mengemas rumah kan.
Kredit foto: greenbelttp.comTapi usah dibiarkan ia masih boleh diredakan dan dirawat dengan minuman ini. Tapi sebelum tu, Min nak kongsi fakta ini. Kekurangan vitamin adalah penyebab utama yang menyebabkan keradangan sendi terutamanya jika tubuh kekurangan kalsium , bromelain, magnesium dan zat besi.
Jadi resipi minuman ‘smoothie’ yang min nak kongsikan ni mampu membekalkan nutrisi yang tepat untuk mengurangkan keradangan dan menghilangkan kesakitannya. Murah aje kosnya, dari sumber semulajadi iaitu dari buah-buahan dan bahan semulajadi. Ni 5 bahan ramuannya.
1. NENAS
Kandungan utama dalam nenas yang berkesan untuk sakit sendi adalah bromelain. Sebatian anti keradangan ini memang disarankan untuk mereka yang mengalami arthritis (keradangan sendi) kerana ia boleh mengurangkan bengkak akibatkan kecederaan tisu penghubung. Nenas juga kaya vitamin C, Manganese, Copper , fiber dan vitamin B.
2. JUS OREN
Jus oren membantu ligamen dan tendon menjadi kuat, ini amat baik untuk sendi. Kandungan anti oksidan meredakan keradangan. Flavonoid dan carotenoids di dalam oren menyokong saraf darah dan menghalang tindakbalas keradangan yang boleh mengurangkan kesakitan. Jus oren juga mengandungi magnesium dan kalsium yang menyumbang kepada sendi yang sihat.
3. KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis adalah rempah yang boleh melancarkan peredaran darah. Ia juga digunakan untuk perubatan holistik (ubatan tanpa kimia) untuk merawat keradangan sendi. Kajian tahun 2018 mendapati arthritis dan kerosakan tulang boleh meningkatkan aktiviti sel osteoclast yang menyebabkan kerosakan tulang. Kulit kayu manis berupaya memperlahan aktiviti osteoclast yang menyekat kerosakan tulang.
4. ROLLED OAT (Empingan oat yang digelek, belum dimasak)
Bijirin penuh seperti oat melindungi dari keradangan kerana kandungan kanji di dalamnya. Bijirin ini adalah sejenis karbohidrat yang boleh memasuki system penghadaman dan merangsang bakteria baik membiak. Bakteria baik mengeluarkan asid lemak yang mengurangkan keradangan. Zat besi di dalamnya turut mengurangkan keradangan.
5. MADU
Madu sudah terbukti kandungan anti oksidan. Sejak zaman dahulu lagi ia digunakan sebagai ubat merawat batuk dan jangkitan kulit. Dicampurkan dengan cuka epal, madu adalah penawar kepada sakit sendi. Okay, di bawah ini ramuan ‘smoothies’ (kisaran buah-buahan) yang mengandungi kebaikan anti oksidan, vitamin dan mineral dari kebaikan 5 ramuan di atas bagi meredakan dan menghilangkan sakit sendi. Rasanya pun sungguh sedap, cubalah ya…
RESIPI MINUMAN ‘SMOOTHIE’
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan kecil nenas dipotong dadu
- 1 cawan ‘rolled’ oats (empingan oat yang sudah digelek dan belum dimasak)
- 2 cawan air
- 1 gelas jus oren
- 1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh madu semulajadi (mentah)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air dan oat di dalam periuk dan masak mengikut peraturan di bungkusan oat.
2. Biarkan oat sejuk
3. Masukkan jus oren, oat yang sudah dimasak tadi, kulit kayu manis dan madu di dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tambahkan air lagi jika mahukan teksturnya cair sedikit
Minum minuman ini sekurangnya sehari sekali, untuk 5 hari berturut, InsyaAllah kesakitan sakit sendi akan berkurangan.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ATAU JUGA RESIPI INI:
7 Minuman Jus Segar Buah-Buahan, Jadikan Diri Segar dan Bersemangat