Creampuff sering menjadi kudapan minum petang. Ia sedap dinikmati bersama teh mahupun kopi. Creampuff juga boleh dipelbagaikan filling dan yang biasa kita nikmati bersos kastard. Buat yang pertama kali membuatnya, eloklah ikut langkah yang dikongsikan ini, takut tak menjadi kalau tidak ikut langkah yang tepat. Kalau dah berjaya nanti, bolehlah buat jualan. Selamat mencuba.

Filling untuk creampuff
Bahan-bahan:

1 1/4 cawan susu segar
2 biji kuning telur
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar unsalted butter
1 cawan non-dairy whipping cream

JOM TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Roti Pintal Kurma

Cara membuat:
1.Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.
2.Panaskan susu segar (letak dalam periuk), tak perlu sampai menggelegak pun.
3.Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
4.Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.
5. Masukkan esen vanila , teruskan kacau.
6.Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.
7.Agak-agak dah dekat 2 jam tu, bolehlah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang dan gebu.
8. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.
9. Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti.

Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu

Puff
Bahan-bahan:
1 cawan air
1/2 cawan butter
1 sudu besar gula
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
3-4 biji telur

Cara membuat:
1.Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula & garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan api tu macam nak goreng ayam.
2.Letakkan esen vanila .
3.Tuang semua tepung gandum sekaligus.

IKLAN

Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu

4.Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit.
5.Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sebiji. Jangan letak sekaligus. Letak sebiji, mix. Kemudian ulang. Sis guna 3 biji telur. Bergantung pada saiz telur.
6.Adunan akan jadi berkilat dan tak terlampau pekat/cair.
7.Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai. Sis guna bentuk tu tapi bila dah bakar jadi bulat.
Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu

8. Buat la bentuk macam mana korang suka, nak buat besar ke nak buat baby size ke, terpulang pada selera masing-masing. Bakar pada suhu 160c 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu

9. Masa ni dah happy lah sebab mengembang dengan jayanya.
Cara Buat Creampuff Bersama Sos. Lembut & Gebu Memang Tak Cukup Satu

IKLAN

10. Nak tau puff korang tu berjaya atau tidak, belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan takda isi. Tu kira berjaya la.

Tip: Cara letak cream dalam puff ni optional lah nk tebuk dari bawah puff atau belah tepi. Sis buat dua-dua cara
Kredit: Nuralia Idayu

INGIN BELI MIXER BARU, LIHAT DI SINI.

IKLAN

Resipi Kek Coklat Sedap, Cair Di Mulut. Memang Ketagih Nak Makan

Cara Buat Kek Tornado Viral Sedap Melekat. Pertama Kali Buat, Dah Menjadi

Kek Pandan Bersantan Yang Mudah, Sedap & Tidak Muak

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI