Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, anda boleh hasilkan kek keju sedap yang lembut dan gebu. Ramai yang dah cuba tau. Malah resipi ni juga telah dikongsi hampir puluhan ribu kali di Facebook. Jangan tak percaya. Rata-rata yang dah ‘try’ tu bagi feedback yang bagus. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norlizah Mohd Yacob ni. Bolehlah buat untuk keluarga di hari cuti nanti
RESIPI KEK KEJU SEDAP HANYA GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 120gm krim keju
- 3 biji telur gred B
- 120gm susu pekat manis
CARA MEMASAK:
Langkah 1:
- Pukul krim keju dan susu pekat hingga berkrim dan tidak berketul.
- Dalam bekas berlainan, asingkan putih dan kuning telur.
- Pukul putih telur hingga jadi meringue.
- Masukkan kuning telur ke dalam adunan krim keju. Pukul lagi hingga sebati.
Langkah 2:
- Campur adunan meringue dengan adunan kerim keju. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper.
Langkah 3:
- Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
- Letak acuan kek dalam loyang dan isi air. Bakar kek secara ‘water bath’.
- Setkan suhu 160C dan bakar kek selama 30 minit menggunakan api atas bawah.
- Kemudian turunkan suhu kepada 150C dan bakar kek selama 25 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.
- Cucuk lidi pada kek. Jika kek tidak melekat, itu tandanya kek sudah masak.
- Biarkan kek sejuk selama 15 minit sebelum dikeluarkan dari ketuhar.
Hasilnya:
Kredit resipi & foto: Norlizah Mohd Yacob
PETI SEJUK tak muat & nak beli FREEZER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Ayam Masak Merah Yang Sedap Tanpa Guna Sebarang Sos
Menu ayam masak merah boleh dikatakan kegemaran semua orang hinggakan waktu kenduri kahwin ia jadi lauk wajib.
Biasanya bila buat ayam masak merah, kita akan menggunakan sos cili dan tomato, tapi sebenarnya tanpa menggunakan sos, lauk ini tetap enak.
Caranya dikongsi oleh Nor Haidah Md Said. Menu ini dipelajari dari ibunya. Resipi untuk seekor ayam supaya senang untuk kita bajet makan sekeluarga.
Resipi ayam masak merah tanpa sos
Bahan-bahan
Seekor ayam – gaul garam kunyit dan goreng tapi jangan garing
Bahan dikisar:
Cili kering – 2 genggam (campur dengan cili kering tak pedas kemudian rebus)
Bawang besar – 1 setengah biji
Bawang putih – 6-7 ulas
Halia – setengah ibu jari
Belacan – seteagah ibu jari
Buah tomato – saiz besar 2 biji
Bahan tumis:
Rempat tiga sekawan
Bawang besar 1 biji – hiris
Serai – 1-2 batang dititik
Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul
Satu senduk susu cair
Cara memasak:
- Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
2. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu , kemudian tuangkan bahan kisar.
3. Tumis hingga bahan-bahan hingga garing dan pecah minyak. Jika nampak kurang minyak, tambah sikit-sikit.
4. Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa
5. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.
6. Dah cukup rasa dan sebati, akhir sekali masukkan ayam goreng gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar.
7. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal.
Info: Resipi ini tak gunakan sebarang sos tomato atau sos cili.
Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Nor Haidah Md Said
5 Pastri Lapis ‘Savoury’ Untuk Sarapan, Sungguh Menyelerakan
Pastri Lapis atau Puff Pastry memang harum dan kaya dengan rasa mentega. Bila dimasukkan inti daging, keju, ayam mahupun sayur-sayuran memang memberikan anda tenaga untuk memulakan pagi anda.
Jom kita bermenu sarapan dengan Pasti Lapis pedas berempah ni. Makan bertemankan teh dan kopi di pagi hari memang ‘terangkat’ sedapnya. Cubalah reseipi hasil idea Chef Pastri Shan Balakrishnan, Hotel Sheraton, PJ.
1. PESTO SWIRL
BAHAN-BAHAN :
Bahan pesto :
- 150gm daun basil
- 2 sudu makan keju parmesan
- 2 sudu makan grana padano *sejenis keju keras dari Itali
- 120ml minyak zaitun
- 50gm kacang pine
- 4 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
Bahan B: Pastri Lapis :
- 425gm mentega | tidak bergaram ‘unsalted’
- 312gm tepung roti
- 190gm tepung kek
- 15gm garam
- 75gm mentega
- 250ml air sejuk | dari peti sejuk
*Doh elok dibuat lebih bakinya boleh digunakan membuat pelbagai jenis pastri lapis lain
CARA MEMASAK :
Cara buat doh pastri :
1. Satukan Bahan B ke dalam mesin adunan sehingga sebati.
2. Ulikan doh, ratakan menjadi segi empat tepat.
3. Lipatkan dengan mentega 425gm ke dalamnya. Pada proses lipatan pertama rehatkan dalam peti sejuk ‘chillers’ sekurangya sejam.
4. Kemudian ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 10 kali membentuk segi empat.
5. Lakukan langkah ini sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan.
6. Setiap kali proses lipatan, pastikan ia direhatkan dalam peti sejuk selama 20 minit
Cara masak pesto :
1. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Pesto siap disediakan.
2. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk dan canaikan.
2. Ambil pesto dan sapukan pesto ke atas doh pastri lapis yang telah dicanai dan dipotong memanjang setebal 4cm. Kemudian gulung
3. Bakarkan dalam ketuhar pada suhu 180 oC selama 30 minit.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Kaya dengan rasa keju dan rasa berlemak kacang pine
Info Chef : Pastikan pesto dikisar halus. Keunikan puff pastry dengan pesto berkeju yang sedap.
2. RATATOUILE TURNOVER
BAHAN-BAHAN :
- 25gm zucchini hijau | dipotong kecil
- 25gm zucchini kuning | dipotong kecil
- 20gm terung | dipotong kecil
- 20gm lada benggala (campuran merah, hijau, kuning) | dipotong kecil
- 1ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu makan tomato pronto
- 1 1/2 sudu makan minyak zaitun
- 10gm daun basil
- 25gm lobak merah
- 50gm bawang Holland
*Doh pastri lapis secukupnya, cara membuat rujuk resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Masukkan lobak merah dahulu hingga masak kemudian masukkan zucchini, lada benggala, terung dan bawang putih.
2. Setelah semua sudah lembut, masukkan pronto tomato tunggu sehingga 5 minit untuk menghilangkan rasa masam, kemudian akhiri dengan daun basil, garam dan lada hitam.
3. Ratakan dan potongkan doh pastri lapis dalam bentuk segi empat, isikan inti ratatouille dan tutupkannya dengan menarik penhujung bucu empat segi ke tengah.
4. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius .
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Nikmati pastri lapis @ puff pastry berperisa tomato dan berempah
Info Chef : Pastikan sayur-sayuran dimasak tidak terlalu lama supaya ianya tidak menjadi lembik.
3.TOMATO MASCARPONE BAND
BAHAN-BAHAN :
- 1kg tomato yang telah dipanggang
- 500gm mascarpone | keju lembut Itali dengan kandungan lemak tinggi
- 100gm inti ratatouille |*cara buat rujuk resipi Ratatouille Turnnover
Doh pastri lapis secukupnya |*cara buat rujuk resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tomato panggang yang telah dihiris berserta inti ratatouille dan masak atas api kecil.
2. Bakarkan doh pastri yang sudah dicanai dan dibentuk empat segi kecil selama 30 minit. Keluarkan dari ketuhar.
3. Kemudian isikan inti ke atas pastri lapis berserta dengan mascarpone.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Mascaporne dan tomato boleh menjadi inti lazat ‘savoury’
Info Chef : Elakkan daripada meletakkan gula ke dalam mascarpone. Keju mascarporne mempunyai rasa berlemak yang enak
4. ASPARAGUS LEMON PUFF PILLAR
BAHAN-BAHAN :
Bahan A : sautee (ditumis)
- 200gm asparagus
- 50gm bawang putih
- 50gm bawang merah
- 40gm minyak pesto
Bahan B : Buih lemon
- 500gm puri lemon
- 7 helai gelatin
- 100gm gula
- 100ml air
Bahan minyak pesto :
- 100gm keju parmesan
- 100ml minyak zaitun
- 100gm daun basil
* Dicampurkan dan kisar bersama sehingga menjadi puri
Doh pastri secukupnya, cara membuat rujuk pada resipi Pesto Swirl
CARA MEMASAK :
1. Bahan A, panaskan kuali dengan minyak pesto, gorengkan asparagus yang telah dipotong sepanjang 2.5sm dengan bawang merah dan bawang putih sehingga lembut. Ketepikan untuk sejuk.
2. Bahan B, isikan lemon puri dalam periuk bersama gula dan air, kemudian apabila mendidih masukkan gelatin dah tutupkan api dapur. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan dalam mesin campuran, dan biar dia berputar sehingga nampak membentuk.
4. Sediakan pastri lapis canai dan ratakan membentuk empat segi.Dibakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit atau hingga perang
5. Keluarkan pastri lapis dari ketuhar, biarkan reda kepanasannya. Kemudian isikan asparagus di tengah dan diselaputi dengan buihan lemon.
6. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Keenakan buih lemon unik dan berperisa
Info Chef : Walaupun ini adalah puff pasty dengan inti yang ‘savory’ tetapi dimbangi dengan sedikit rasa manis dari buih lemon.
5. CREAMY CHICKEN TIKKA CONE
BAHAN-BAHAN :
- 1kg peha ayam
- 100gm yogurt
- 100gm serbuk kunyit
- 20gm serbuk ketumbar
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 100gm krim
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Doh puff pastri secukupnya *boleh dibuat sendiri atau ‘ready made’ yang dijual di pasaraya.
CARA MEMASAK :
1. Ratakan puff pastri dan potong menjadi 12 hingga 16 jaluran.
2. Griskan acuan ‘cone metal’ dengan mentega untuk mengelakkan dari melekat.
3. Gulung dan balut bertindan rapat puff pastry keliling cone metal .
4. Doh puff pastry yang telah membalut cone metal kemudian disusun dalam dulang pembakar. Bakar selama 25 minit dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius.
1. Sediakan bahan inti. Mula-mula perap ayam dengan yogurt, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam dan lada hitam serta krim. Biarkan perap selama 2 jam sebelum mengorengnya.
2. Isikan inti ayam tadi dalam bentuk kon tersebut. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 8 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri Puff ‘Savoury”
Keistimewaan : Kerangupan pastri lapis dengan inti ayam tikka kaya berempah
Info Chef : Pastikan bahagian bawah cone ditutup rapat supaya isi tidak mengalir keluar. Keluarkan puff pastri dari ‘cone metal’ semasa panas setelah dibakar untuk mengelakkan puff pastri melekat. Biarkan sejuk sebelum memasukkan inti.
8 Koleksi Lauk Air Tangan Bonda Jadi Igauan! Aroma Dan Rasa Pengikat Selera.
Setiap kali menjelang Ramadan, masakan yang sering menjadi sebutan pastinya masakan kampung terutamanya air tangan bonda tercinta. Setiap kali itulah anak rantau mula mengimbau keenakan masakan kampung air tangan bonda. Teringat zaman kanak-kanak, tak kala menjelang petang sibuk menunggu atau membantu ibu menyiapkan juadah berbuka puasa. Kali ini, Hotel Armada berkongsi menu istimewa warisan bonda.
GULAI TUMIS DARAT IKAN TALANG MASIN BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan masin talang
- 200gm buah jering
- 300ml santan
- 2 peket kecil rempah kari ikan
- 1-2 cawan air
BAHAN TUMIS:
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- ½ sudubiji sawi
- 4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Sediakan periuk, masukkan isi dan tulang ikan talang bersama serbuk rempah kari. Tambahkan sedikit air.
- Masak seketika supya rempah masak dan sehingga tulang ikan tersebut lembut.
- Masukkan jering dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan santan dan kacau sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam.
- Tumiskan bahan tumis di dalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
- Tuang bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi. Minyak yang ditumis jangan di masukkan semua.
- Kacau sehingga rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap ke dalam kuah.
- Siap untuk di hidang.
INFO CHEF: Untuk mengurangkan rasa masin ikan masin, anda rendam ikan masin sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak. Kemudian cuci bersih.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg udang putih | saiz XL
- 2 biji bawang merah | hiris bulat
- 100gm isi petai | bersihkan
- 2 batang serai | titik
- 100gm belacan
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 200gm minyak masak
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 200gm bawang merah
- 200gm bawang putih
- 100gm halia
- 300gm cili giling
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang, kemudian tapis.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng udang hingga kemerahan, Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali lain.
- Masukkan bahan-bahan kisar.
- Tums hingga naik bau, masukkan petai dan tunggu sehingga mendidih.
- Barulah masukkan udang dan bawang besar yang telah dihiris tadi.
- Kacau perlahan-lahan. Masukkan air asam jawa, serbuk perasa dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, apabila timbul minyak, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:
Untuk mengurangkan rasa petai yang kuat, goreng dahulu petai separuh masak.
KETAM BERLADO BONDA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ketam bunga | potong dua
- 4 sudu makan pes cili kering
- 5 ulas bawang merah | hiris halus
- 3 ulas bawang putih | hiris halus
- 1/2biji bawang besar dipotong bulat
- Daun bawang dan daun ketumbar secukupnya | hiris halus
- Air asam jawa secukupnya
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Minyak Masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih hingga wangi, diikuti dengan bawang merah yang di hiris halus.
- Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak, kemudian kacau sehingga sebati.
- Masukkan bawang besar. Biar sehingga bawang besar layu. Barulah masukkan ketam dan air asam jawa. Kacau rata.
- Tutup kuali supaya ketam masak dengan sekata.
- Kemudian, buka penutup kuali dan kacau hingga pecah minyak dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa..
- Hiaskan hidangan dengan hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
INFO CHEF: Jika suka boleh goreng dahulu ketam, kemudian masukkan selepas bahan tumisan pencah minyak.Dan tidak perlu tunggu lama.
TULANG LEMBU GULAI KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu
- 500ml santan pekat
- 500gm cili giling
- 2 keping asam gelugor
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6-8 ulas bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm kunyit
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu makan ketumbar
CARA MEMASAK:
- Bersihkan tulang, kemudian rebus hingga empuk.
- Kemudian masukkan semua bahan kisar, kacau rata.
- Masak seketika di atas api sederhana beberapa minit atau hingga mendidih seketika.
- Seterusnya masukkan serai,santan pekat dan asam gelugor.
- Kacau rata dan biarkan ia mendidih lebih kurang 3-4 minit.
- Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Setelah secukup rasa,angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika anda tidak suka cili kering giling boleh tukar dengan cili padi.
AYAM KAMPUNG DAUN MAMAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor Ayam Kampung | potong kecil
- 300gm daun maman | ambil daun dan pucuknya sahaja
- 1helai daun kunyit | simpul
- 3 batang serai | titik
- 500gm santan pekat
- 200gm asam gelugor
BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3 biji cili merah
- 3cm kunyit hidup
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam dan toskannya .
- Masukkan dalam periuk bersama bahan kisar. Gaul rata.
- Seterusnya masukkan sedikit air, serai dan asam gelugor, biarkan ia mendidih dan sekali sekala kacau.
- Setelah empuk, masukkan daun kunyit dan maman serta santan pekat.
- Biarkan seketika, setelah mendidih perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup.
- Bila sudah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Lebih lama diperangatkan gulai ini ia lagi sedap.
IKAN MERAH MASAK KUAH LADA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan merah | potong besar
- 500ml santan pekat
- 1 sudu makan kerisik kelapa
- 1 sudu makan ketumbar | kisar kasar
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 2 sudu makan cili giling
- 2 sudu makan kari ikan
- 3 sudu makan air asam jawa
- 2 tangkai daun kari
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6-8 ulas bawang merah
- 3-4 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 4cm kunyit hidup
- 3cm belacan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan masukkan daun kari.
- Tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
- Masukkan cili giling. Apabila sudah naik bau, masukkan lada hitam, ketumbar dan rempah kari. Biarkan masak seketika.
- Kemudian masukkan ikan merah, santan dan air asam jawa.
- Kacau sehingga rata dan biarkan mendidih
- Seterusnya masukkan kerisik, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Kecilkan api dan biarkan mereneh 3-4 minit.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan merah,anda boleh gunakan ikan lain, ikut citarasa.
SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging lembu | potong kecil
- 3 keping asam gelugor
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
- 3 batang serai | titik
- 3-4 batang kacang bendi | potong dua
BAHAN KISAR:
- 6-8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 4cm kunyit hidup
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
- Daging dibersihkan dan ditoskan.
- Tumiskan kesemua bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik baunya.
- Masukkan sedikit air dan dan asam gelugor biar sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan daging yang dipotong tadi dan masak sehingga empuk.
- Bila sudah masak, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Siap untuk dihidang.
- Enak dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sesetengah negeri, singgang daging tidak ditumis atau dicampur dengan kunyit.
SOTONG MASAK KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong putih | buang kulit arid an hiris bulat
- 2 biji bawang besar | hiris
- 2 biji cili merah dan cili hijau | hiris
- 2 biji tomato | belah 4
- 50 gm serbuk kunyit
- 1 sudu teh biji sawi
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 10 gm bawang putih
- 3cm halia
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan sotong, bawang besar, cili padi dan serbuk kunyit.
- Kacau lebih kurang dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
- Setelah sotong masak dan cukup rasa, taburkan sedikit biji sawi, cili merah, cili hijau dan tomato sebagai hiasan hidangan.
- Tutup api, sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan masak sotong terlalu lama,ia akan menjadi keras semula.
RESIPI: CHEF ZANARIAH HUSIN