Udang kering adalah antara rencah yang biasa digunakan dalam masakan terutamanya seperti Mi Bandung, nasi goreng, lauk pauk bersambal dan banyak lagi. Jika dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi lebih baiklah anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Bila nak guna, rasa lebih yakin tentang kebersihan dan halalnya.
Menerusi perkongsian di fb oleh saudari Suhaila Ishak, beliau menunjukkan cara-cara menghasilkan udang kering secara homemade. Mudah je rupanya. Kalau susah nak jemur panas, keringkan guna ketuhar je. Memang senang. Boleh sangat kalau nak cuba.
CARA BUAT UDANG KERING SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Udang laut berkulit keras
- Garam
- Sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.
2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.
3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.
4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.
5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.
6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
Kredit resipi & foto: Suhaila Ishak
Nak cari OVEN baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Tepung Boko Ubi Kayu Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Cara Buat Kuih Tepung Pelita Dalam Jumlah Sedikit & Tak Perlu Kukus.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindu Nak Makan Ala Kopitiam? Ikuti Resipi Mudah Buat Seri Kaya Karamel
Kalau pergi ke kopitiam, paling min suka roti bakar bersama seri kaya yang disapu di tengah-tengah roti tu. Memang sedap!
Manis sedang-sedang dan berlemak. Memandangkan kita masih belum dine-in di kopitiam, apa kata jom kita buat sendiri seri kaya untuk dimakan bersama roti bakar di rumah. Barulah puas hati dapat merasa bersama seisi keluarga.
Menerusi resipi yang dikongsi Julia ALien Aireish ini, cara membuatnya sangat mudah.
SERI KAYA KARAMEL HOMEMADE
BAHAN A:
1 cawan santan pekat – guna 1 kotak kecil santan AYAM BRAND
2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
BAHAN B : GULA HANGUS
1/2 cawan gula pasir – beli online di sini
1/2 cawan air panas
BAHAN C :
3 biji telur A atau B
3/4 cawan gula pasir
BAHAN D :
1 helai daun pandan – disimpul, untuk naikkan lagi aroma yang sangat harum
CARA-CARANYA :
1. Bahan A : satukan bahan, kacau hingga licin tidak berketul, ketepikan.
2. Bahan C : satukan bahan, kocok bahan hingga gula hancur dan berbuih.
3. Bahan B : dalam kuali atau periuk masukkan gula, masak gula hingga menjadi karamel cantik warna golden kemudian tuang air panas perlahan-lahan sambil mengacau hingga karamel licin.
4. Masukkan daun pandan, diikuti bahan C masukkan sedikit-sedikit sambil mengacau guna whisk tanpa henti hingga telur habis.
5. Tuang bahan A, masukkan sedikit-sedikit sambil megacau tanpa henti hingga santan habis.
6. Teruskan lagi mengacau lebih kurang 15 minit api sederhana. Kacau hingga pekat terus tutup api.
7. Sejukkan dahulu sedia digunakan.
Kresit resipi & foto: : Julia ALien Aireish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Muffin Koko Dengan Taburan Chocolate Chips Lebih Menambah Perisa
Roti Jala Jelita Viral. Dua Wanita Ini Cerita & Kongsi Resipi Paling Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Bubur Sumsum Manisan Legend Terlajak Sedap.
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
- Seketul gula melaka
- 1 cawan air
- Sebatang kecil kayu manis
- Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
- Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
- Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia.
*air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Sumber resipi :KATHY KAY – JOM jengah dapur KK
Pandai Masak, Rajin Bertukang. Ben Safwan Ikon Ayah Muda Yang Jadi Pujaan
Bagi pelayar laman sosial Facebook yang mengikuti grup masakan, pasti sudah tidak asing lagi dengan pemilik akaun bernama Ben Safwan. Popular di kalangan ‘akak-akak’ dek kerana handal memasak juga kreativiti beliau dalam seni pertukangan menjadikan jejaka yang berasal dari Kota Bharu Kelantan ini dikagumi ramai.
Punya kerjaya yang selesa, tinggal di kota dan mahir dengan kemudahan pesanan atas talian, bagi sesetengah orang bila teringin nak makan, pastinya lebih suka ‘order’ atau minta isteri masakkan sahaja. Cepat dan mudah. Namun bagi Ben, beliau lebih suka menghasilkan sendiri masakan-masakan yang diingini terutamanya sajian asli warisan ibunda dari negeri Kelantan Darul Naim.
Memang seronok setiap kali melihat resipi-resipi yang dikongsi. Sedap, mudah dan penuh ikhlas. Setiap hantaran pastinya lengkap dengan gambar langkah demi langkah bagi memudahkan para pengikut untuk mencuba. Lihatlah di bahagian album foto, beratus ‘folder’ disusun rapi dan berlabel. Pilih sahaja mana satu resipi yang nak dicuba, hasilnya pasti tidak akan buat anda kecewa.
Jangan tak tahu, Ben ni adalah adik kepada Cikgu Afy Al Habibi yang juga merupakan personaliti media sosial yang RASA sentiasa kongsikan resipi-resipinya di laman web bahkan tidak asing lagi dikalangan peminat rempah-rempah masakan dari Kelantan. Adik dan kakak keduanya handal memasak. Memang mantap!
Tidak hanya berkongsi perihal masakan, Ben juga banyak memberikan perkongsian mengenai gajet, dekorasi rumah, projek-projek DIY dapur yang dilakukan untuk sang isteri, perihal tanaman dan bermacam-macam lagi. Pendek kata tidak betah duduk diam sahaja. Ada sahaja info dan ilmu yang dikongsi dan tentunya ia memberikan manfaat buat semua.
Tidak dinafikan, ramai yang kagum dengan bakat dan personaliti yang ada pada bapa kepada dua orang cahaya mata ini. ‘Multi-talented’! Berilah apa sahaja dekat Ben, pasti elok hasilnya. Semua orang boleh melakukan perkara yang sama namun tentunya harus disertakan dengan minat, kerajinan dan juga usaha.
Oleh itu bersempena sambutan Hari Bapa pada hari ini, RASA ingin kongsikan seleksi resipi-resipi istimewa air tangan Ben Safwan yang boleh anda cuba. Moga bermanfaat buat semua. Insya-Allah.
1. SUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
- 500-800gm daging lembu tempatan
- 200ml air
BAHAN SUP:
- 500ml air
- 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi – beli online disini
- 2 ulas bawang putih – ketuk – beli online disini
- 1 batang saderi panjang
- 1 batang akar daun ketumbar – ketuk
- 4-5 tangkai daun ketumbar
- 1-2 tangkai daun bawang
- 2-3 cili padi Thai – ketuk – beli online disini
- 1/2 bawang Holland saiz besar – beli online disini
- 2 biji tomato – belah 4
- 1 biji (saiz besar) limau nipis (beli online disini)
- 3 sudu makan sos ikan (beli online disini)
- Garam, serbuk perasa dan bawang goreng secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.
4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.
5. Sup Daging Siam siap dimasak. Taburkan bawang goreng dengan secukupnya.
2. CILI JERUK SEDAP & RANGUP
BAHAN-BAHAN:
- Lada solok /cili hijau – jumlah ikut cita rasa (empunya resipi guna dalam 1.2-1.5kg)
- Air secukupnya – untuk merendam
- 1/2 sudu makan kapur – beli online disini
- 4-5 cawan air
- 2 cawan cuka – beli online disini
- 5-6 sudu makan gula – beli online disini
- 2 sudu teh garam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Potong lada solok ikut jumlah yang diingini.
2. Kemudian rendam dalam air dan masukkan kapur makan. Rendam 1 jam. Tujuan supaya cili tidak lembik nanti kekal rangup apabila dijeruk.
3. Kemudian tos bersih untuk membuang rasa kapur. Ketepikan.
4. Didihkan air dalam periuk kemudian padamkan api.
5. Masukkan hirisan lada dan kacau selama 30 saat. Ingat 30 saat sahaja. Kemudian segera buang airnya dan alirkan cili di bawah air paip.
6. Masukkan cili ke dalam bekas bersih.
7. Panaskan 4-5 cawan air dengan 2 cawan cuka, 5-6 sudu makan gula serta 2 sudu teh garam. Boleh lebih atau kurang bergantung pada kuantiti cili dan rasa.
8. Tak perlu tunggu mendidih. Bila sudah nampak gula dan garam larut, tutup api. Biarkan sejuk.
9. Bila sudah sejuk, tuang larutan cuka dalam bekas lada tadi dan biarkan semalaman. Pastikan air jeruk menenggelami lada.
10. Lada jeruk siap untuk dinikmati. Makin lama, makin sedap rasanya. Cara penyimpanannya cukup letak di luar (suhu bilik) sahaja.
3. MI GORENG HMMMM
BAHAN-BAHAN:
- 450gm-500gm mi kuning (sebungkus) | tos bersih dulu
BAHAN KISAR:
- 1 1/2 sudu makan cili kisar
- 1 1/2 biji bawah merah saiz ping pong*
- 2 ulas bawang putih saiz kecil*
bahan bertanda * dikisar 90 peratus halus
BAHAN LAIN:
- 200-300gm daging
- 1 1/2 sudu makan sos tomato – beli online disini
- 2 1/2 sudu makan sos cili – beli online disini
- 2 sudu makan kicap manis – beli online disini
- 1 sudu makan kicap pekat – beli online disini
- Sawi, taugeh, kucai (ikut nak pilih yang mana)
- Hirisan daun bawang
- Hirisan cili merah
- Bawang goreng
- Limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar biar kuning masak elok,baru tambah cili kisar.Masak hingga pecah minyak.Buh daging.Masak je daging letak segala sos yang diperlukan.
2. Masukkan udang dan tomato. Akhir sekali,masuk mi,sayur dan balik-balikkan hingga mi terpalit elok.
3. Taburkan daun bawang/sup, bawang goreng dan cili. Sedap dihidang dengan sambal
4. AIR BANDUNG LAICI CINCAU SEDAP KAW KAW
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin laici (beli online disini)
- 1 tin susu cair (beli online disini)
- 1 tin susu pekat manis (beli online disini)
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 3 1/2 sudu makan sirap cap rose (beli online disini)
- 1 sudu makan biji selasih (beli online disini)
- 5-6 biji kurma merah (beli online disini)
- 50-60gm cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang.
2. Ambil cincau dan sagat. Ketepikan.
3. Masukkan susu pekat manis, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati.
4. Tambahkan semua bahan-bahan lain. Air laici dalam tin pun masukkan sekali. Tambah ais.
5. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
1. Tak perlu tambah air masak. Hanya guna air laici dan ais yang mencair. Jika suka air soda, boleh tambah ikut cita rasa.
2. Sukatan campuran air ini untuk 2 jug seperti dalam gambar. Jika perlu, boleh bahagi dua bahan-bahan di atas.
3. Tip untuk dapatkan potongan cincau yang cantik ialah, sagat guna penyagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
5. AIR NANAS SODA
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin nanas
- 1 ½ cawan cawan air soda
- 5 potongan kecil buah nanas segar
CARA MEMBUAT:
1. Kisar buah nanas bersama air soda. Kemudian tapis menggunakan penapis santan. Tujuannya untuk menghilangkan buih nanas.
2. Isi jus ke dalam bekas bersesuaian. Tambahkan nanas tin bersama air sirapnya.
3. Ben tambah ais secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Tidak perlu tambah gula kerana sirap nanas sudah mempunya rasa manis.
6. SAGU GULA MELAKA DURIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan sagu (rendam 10 minit) – beli online disini
BAHAN AIR GULA:
- 1/2 cawan air
- 2 tongkol gula merah kecil – beli online disini
- 2 ketul kecil gula batu
- 1 helai daun pandan simpul
BAHAN SANTAN:
- 500ml santan kotak pekat – beli online disini
- 250ml air
- 1/2 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan – simpul.
CARA MEMASAK:
1.Didihkan 2 liter air dan masukkan baru sagu.Kacau hingga jernih.
2.Toskan airnya dan alir bawah air paip untuk buang kanji. Letak pewarna jika mahu.
3. Dalam periuk berlainan, satukan bahan-bahan untuk air gula melaka. Masak biar sebati dan pekat sikit
4. Untuk santanya pula, satukan kedua-dua bahan dan masak biar naik wap/buih. Dah siap. Tujuannya supaya santan tahan lama,sedap dan lambat basi. Boleh juga guna susu cair.
5. Untuk menghidang, campur semua bahan ke dalam mangkuk dan letakkan sedikit ais dan juga durian. Sedia untuk dinikmati.
Cuba juga resipi yang mudah, sedap & cepat masak dari Cikgu Afy Al Habibi di laman web RASA:
Resipi Laksa Penang Cikgu Afy. Kuah Pekat, Sedap & Tak Hanyir.
Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.
Aneka Sambal Yang Enak Dimakan Bersama Nasi Panas. Memang Terbaik!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official