
Daun-daunan herba seperti daun pandan, daun limau purut, daun selasih, daun bay, daun kari dan sebagainya pasti menjadi stok di dalam peti ais bukan? Jika ada stok di rumah, memang mudahkan kerja-kerja memasak. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Untuk menyimpan dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering. Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku. Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda. Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Caranya Goreng Tauhu Supaya Tak Hancur.

Korang kecewa dan marah tak bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Harap korang tak cepat putus asa, Ini RASA kongsikan cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur dan sempurna hasil gorenganya.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau dalam plastik tiup, potong dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu biasa | hancurkan
- 2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
- 1/2 biji bawang Holland | hiris
- 1 biji cili merah | hiris
- Sedikit timun
- 1 sudu makan kacang tanah kisar
- 2 sudu makan Sos Thai
- 1 sudu makan kicap pekat
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
- Kemudian kacau hingga sebati.
- Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
- Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
- Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
- Tauhu goreng siap dihidangkan.
Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap Dan Lembut, Untuk Beginner Baru Belajar Masak!

Isi Kandungan
ToggleUntuk kamu yang baru-baru nak belajar memasak, cuba dulu belajar masak bihun goreng mudah dan sedap ni. Katanya nak goreng bihun ni nampak jer senang jer, tapi kalau tak kena pada gaya boleh buat bihun jadi hancur luluh atau bihun jadi getah bungkus nasi keras kejung dibuatnya. Selamat mencuba ya…
Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap
- Jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak. Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik dan hancur bihun tu.
- Masa tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula. Ini untuk beginner yang baru nak belajar masak..kalau yang dah profesional takda masalah nak masak bihun kan..
- Kalau nak mudahkan bihun tu dimakan oleh ahli keluarga terutamanya yang ada anak kecik , potong sikit2 bihun yang sudah lembut dengan sudip yang kita guna tu.Takdelah nanti bihun tu boleh buat anak tercekik sebab panjang-panjang.
RESIPI BIHUN GORENG RINGKAS TAPI SEDAP
Bahan-Bahan:
- Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
- 1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
- Setengah gengam udang kering ( direndam)
- Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
- Air secukupnya untuk rendam bihun.
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
- Garam, gula dan perasa jika suka.
- Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.
Bayangkan kalau bihun kosong macam ni je dah sedap, macam mana kalau kita tambah udang, sotong atau potongan ayam atau daging ( potongan dadu kecil).Mesti lagi sedap.
Bahan-bahan Hiasan:
- satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
- satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
- bawang goreng atau daun sup
Cara Memasak:
- Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
- Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
- Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
- Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
- Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
- Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
- Masukkan sedikit air.
- Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
- Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
- Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
- Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
- Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
- Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.
Sumber: Cik Matahariku
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
7 Panduan Asas Goreng Bihun Agar Hasilnya Tak Lembik & Tak Keras.
Sekejap Je Siap Bihun Goreng Tomyam Nyam! Nyam! Untuk Di Ngap
Tip Rebus Kerang, Isi Tak Kecut. Rendam Dalam Cuka & Ais

Hidangan dari kerang memang sedap, baik rebus mahu pun sambal. Tapi agak mengecewakan kalau dapat isi kerang yang kecut.
Kalau boleh nak isinya cantik dan berisi walau sudah direbus. Supaya dapat hasil kerang yang begini, boleh gunakan tip berikut semasa merebus kerang.
Cara-caranya:
1. Basuh kerang bersih-bersih.
2. Kemudian ketuk 2 batang serai, 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih.
3. Panaskan air dan biarkan ia mengelegak. Kemudian masukkan bahan tadi bersama ½ sudu secukup rasa dan 1 sudu besar garam.
4. Bila semua sudah mengelegak, barulah masukkan kerang yang sudah dibersihkan tadi.
5. Tutup periuk dan masak selama 1 minit dengan api besar. Kemudian tutup api.
6. Toskan kerang. Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu besar cuka ke dalam bekas air batu.
7. Gaul kerang selama satu minit dan toskan.
8. Bila kupas isi kerang tetap nampak montok.
Sumber: Emma Kasmuri