Sotong goreng tepung merupakan antara menu yang mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran ramai. Tetapi, adakalanya sotong akan meletup ketika dimasak. Salah satu tip untuk elak sotong tidak meletup, tidak makan minyak dan rangup adalah menggunakan tepung ubi, tepung jagung dan tepung bestari. Nak tahu resipi lengkap? Ayuh baca perkongsian oleh Rafidah Arshad menggunakan resipi asal oleh Nurul Faidha.
RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung ubi
1 cawan tepung jagung
2 sudu tepung bestari
1 biji telur
Sotong
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan tepung-tepung ke dalam bekas dan kacau sebati.
2. Potong sotong mengikut saiz yang anda mahukan.
IKLAN
3. Pecahkan telur dan masukkan sotong ke dalam telur tersebut.
4. Kemudian, angkat sotong dan golekkan ke dalam tepung. Pastikan semua bahagian disaluti tepung.
5. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Api jangan terlalu kuat.
6. Masukkan sotong yang sudah disaluti tepung dan biarkan sehingga kekuningan.
IKLAN
7. Angkat & siap! Sudah boleh dimakan.
NOTA:
– Saya tambah 1 sudu kecil garam dan lada hitam. Tepung bestari pula saya letak dalam 2 sudu makan penuh.
IKLAN
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Korang tahu tak apa manfaat limau kasturi untuk kesihatan? Antaranya adalah untuk bantu legakan batuk, cairkan kahak, singkirkan lemak dalam badan dan juga bantu legakan sakit kepala. Sama ada diminum jusnya begitu sahaja, korang boleh juga campurkan dengan madu untuk mengurangkan rasa masam limau tersebut.
Selain itu, boleh juga limau kasturi ini dicampur dalam masakan. Misalnya kerabu. Selain menambah sedap lauk yang dimasak, boleh juga dapat manfaat limau itu untuk kesihatan. Jom lihat resipi Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi yang diilhamkan oleh Wan Norma melalui facebooknya.
Kerabu Ikan Bilis Limau Kasturi
Bahan-bahan
500 gram ikan bilis (Goreng dan toskan)
3 batang serai (hiris halus)
2 labu bawang besar (hiris halus)
7 biji cili api (hiris halus)
1 biji tomato (hiris halus)
5 biji limau kasturi (belah dua dan perah airnya)
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas
2. Masukkan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Gaul sehingga rata.
5. Sedia dimakan.
Pernahkah anda cuba hidangan sup daging di restoran masakan Thai? Rasanya sangat berbeza dengan sup yang kita biasa masak yang biasanya banyak menggunakan sup bunjut dan rempah. Sup Daging Thai ni pula rasanya masak, pedas dan tidak bersepah dengan rempah. Memang sedap! Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozita Daud ni.
SUP DAGING THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging – hiris nipis
2 batang serai – dititik
5-6 biji cili api – lebihkan jika nak pedas
2 biji tomato – belah 4
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih – cincang
3cm halia – hiris
2 batang saderi – hiris
50gm cendawan
5 biji limau nipis – ambil jusnya
Sedikit air
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus daging hingga empuk. Angkat dan toskan airnya. Air rebusan disimpan untuk dijadikan kuah.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan sedikit air, perahan jus limau limau nipis dan air rebusan daging. Jumlahnya bergantung kepada sebanyak mana anda nak kuah sup.
Seterusnya masukkan serai, cili padi, batang saderi dan bawang. Masak lagi hingga lembut.
Akhir sekali, masukkan daging. Biarkan mendidih.
Masukkan hirisan tomato, cendawan, garam serta perasa dengan secukupnya. Kacau rata.
Setelah mendidih dan rasa dah cukup, angkat dan hidangkan.
Mok Teh atau nama sebenarnya Zunita Adibah bt Mohamed Adib memang hebat memasak. Bukan sekadar ‘Chef’ di dapur restorannya tetapi juga Pengurus Syarikat IT yang pakar dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komputer.
Pemegang Ijazah Sains Komputer dari Universiti Bradley , Illinois, Amerika Syarikat kini mengusahakan Restoran Mok Teh dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan Teknologi Maklumat bersama suaminya Wan Ameer Ruzman.
Mereka belajar di universiti dan bidang yang sama dan keduanya minat dan pandai memasak. Walaupun Mok Teh berasal dari Terengganu tetapi cukup arif dengan masakan Negeri Sembilan juga.
Masakan nogori diwarisi dari ibu mertuanya Datuk Hjh Maimunah Abdul Wahab manakala kepakarannya dalam masakan Terengganu pastilah dari ibunya Allahyarhamah Toh Puan Halimah Tahar .
Kembalinya dari Amerika Syarikat Mok Teh pernah berkhidmat sebagai Pengatur Cara Analisis di sebuah syarikat swasta selama 10 tahun dan akhirnya bersama suami menubuhkan syarikat IT mereka sendiri sedari 1995 hingga kini. Menjurus kepada pendawaian komputer dan Perunding ICT.
Walaupun belajar masak agak lewat selepas tamat pengajian di universiti namun bukan calang-calang kehebatannya dalam masakan Melayu . Atas nasihat suami yang tidak mahu Mok Teh mensia-siakan bakat memasaknya akhirnya mereka menceburi perniagaan makanan yang bermula dari rumah dan akhirnya menubuhkan Restoran Mok Teh di Pusat Bandar Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang menyajikan sajian Terengganu.
Pembukaan restoran dua tahun ini adalah cadangan dari anak sulung mereka Wan Ameer Naqiuddin bekas graduan perakaunan yang mengurus operasi restoran, sementara urusan menu dan masakan dipegang oleh Mok Teh.
Jadi tiada istilah ‘lewat’ kalau nak belajar masak..Tengok Mok Teh ni walau belajar selepas universiti boleh juga jadi mahir memasak.
Nah,ini 4 resipi rendang Mok Teh yang dipelajari dari ibu mentuanya. Nak tahu hebatnya sajian ini kenalah cuba kan…
1. RENDANG AYAM CILI API
Bahan-bahan :
1 ekor ayam| dipotong 12
1 kilo santan
BAHAN A :
30 biji cili api
2 inci kunyit hidup
BAHAN B
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas
7 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit
1 sudu kerisik
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ayam dibersihkan dan dipotong 12. 2.Bahan A dikisar dan dimasukkan kedalam kuali bersama ayam. 3. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus. Lengkuas dihiris nipis. 4. Kesemuanya dimasukkan ke dalam bersama ayam tadi. 5. Apabila agak kering air, kemudian dimasukkan santan,serai, asam keping dan garam. 6. Masak sehingga agak kering, masukkan daun kunyit yang dihirs halus.
2. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik |potong 12
1 kilo santan
BAHAN A
20 biji cili api
5 sudu cili boh
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai
BAHAN B
5 batang serai |diketuk
2 asam keping
3 helai daun kunyit |dicarik carikkan
1 sudu makan kerisik
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Itik dibersihkan, disalai . 2. Kemudian itik itu dipotong 12.dan dimasukkan kedalam kuali. 3. Bahan A dikisarkan, kemudian dimasukkan kedalam kuali. 4. Dimasukkan bersama sehelai daun kunyit yang dicarik carikkan. 5. Dimasak sehingga mendidih, kemudian dimasukkan Bahan C. 6. Masak sehingga agak kering.
3. RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kg santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2 .Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
4. RENDANG CAMPUR MAMA
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A – Cuci dan Tos
250gm daging
250gm paru paru
250gm limpa
250gm jantung
250gm hati
BAHAN B – KISAR
250gm bawang merah
100 gm bawang putih
10 batang serai
50 gm halia
75gm lengkuas
50gm kunyit
100gmcili api | ikut kepedasan yang diingini
100gm cili boh| ikut kepedasan yang diingini
BAHAN C :
2 kilo santan
2 sudu makan kerisik
5 batang serai |diketuk
Garam secukup rasa
2 keping asam keping
Sedikit gula merah
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan A, B dan santan ke dalam kuali dan panaskan 2. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik, asam keping dan kerisik. 3. Kemudian masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...