Jus sawi nanas ni nampak sedap. Jangan tak tahu, minuman ini juga dikatakan bagus untuk mengawal kolesterol.

Kolesterol memang membahayakan kesihatan yang boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, aktiviti bersenam dan juga pemakanan yang baik amat membantu. Bagi yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi atau sedang berusaha untuk mengurangkannya, ada tip yang dikongsi oleh saudari Noor Azlina yang boleh anda cuba.

Disini Kak Noor nak kongsi ilmu. Yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor. Tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.

 

RESIPI JUS SAWI NANAS SEDAP BOLEH BUAT SECARA HOMEMADE

Jus Sawi Nanas. Minuman Sedap Ikhtiar Untuk Kawal Kolesterol

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 potong nanas
  • Sawi hijau

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sawi dan buang kulit nanas. Kisar nanas dan sawi hingga menjadi jus.
2. Untuk menikmatinya, minum 1 kali sehari. Diamalkan setiap hari.
3. Insyaallah, akan ada perubahan atas izinNya.”

Kredit resipi & foto: Noor Azlina

 

Selain jaga makan, untuk dapatkan badan sihat kita kena bersenam. Tercari-cari BASIKAL SENAMAN yang kena dengan bajet anda? Boleh pilih DISINI. Macam-macam ada.

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet, Mudah Masak & Sedap.

Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak. Sedap, Mudah & Buka Selera.

IKLAN

Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.

Resipi Biskut Coklat Cip Ala Famos Amos Yang Confirm Jadi

 

Tonton lebih banyak video masakan yang sedap, mudah & gerenti jadi di Youtube @Majalah Rasa Official. 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI