Istimewa buat penggemar hidangan berkuah panas, Rasa kongsikan seleksi resipi sup mudah yang pastinya sedap. Hidangan ringkas sebegini memang jadi kegemaran ramai ketika bulan puasa. Nak masak pun tidaklah susah mana. Ada resipi, main campak-campak je. Bagi anda yang gemarkan sajian sebegini, seleksi resipi sup senang buat dan sedap ini antara yang boleh dicuba. Sesuai sangat disajikan buat keluarga ketika sahur di bulan Ramadan ini.

 

KOLEKSI RESIPI SUP MUDAH, SEDAP UNTUK SAHUR

 

1. SUP UDANG DAN NANAS

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang sederhana besar
  • 1/2 biji nanas | dihiris
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
  2. Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
  4. Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
  5. Sedia untuk dinikmati.

 

2. SUP KAMBING BEREMPAH

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 keping isi dan tulang kambing
  • 1 biji bawang Bombay | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
  • 1 kiub stok daging
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh herba basil
  • 1 liter air
  • 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
  • Hirisan cili merah secukupnya
  • Hirisan daun bawang secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
  2. Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
  3. Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan  ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
  4. Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
  5. Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.

 

3. SUP KELAPA DAGING BAKAR 

IKLAN

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang
  • 1 biji air kelapa
  • 1 kiub stok ayam
  • 100gm isi kelapa | dihiris nipis
  • 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
  • Daun bawang untuk hiasan
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
  2. Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
  3. Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
  4. Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.

 

4. SUP EKOR PANGGANG

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul ekor lembu
  • 3 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 biji bawang bombay | dimayang
  • 2 kiub stok daging
  • 2 liter air
  • 3 biji tomato ranum | dibelah empat
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
  2. Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

 5. SUP MASAM MANIS ALA CINA

IKLAN

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan cuka
  • 750ml air rebusan ayam
  • 2 biji telur
  • 1 batang lobak merah | didadu kecil
  • 10 keping cendawan shintake kering | dihiris nipis
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air rebusan ayam dan campurkan dengan cuka, sos cili serta cendawan kering. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
  2. Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah menjadi agak lembut.
  3. Pecahkan telur dan kacau sehingga bertali.
  4. Sebelum dihidangkan, perasakan sup dengan garam, gula dan serbuk lada sulah dengan secukupnya. 

 

6. SUP AYAM ALA MAMAK

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dipotong dan dibersihkan
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar
  • 1 paket rempah 4 sekawan
  • 4 sudu makan rempah sup
  • 1.5 liter air
  • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
  • Sedikit daun sup dan daun bawang | dihiris
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah sup dan empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan rebus menggunakan api perlahan sehingga masak.
  4. Perasakan dengan serbuk lada dan garam secukupnya.
  5. Angkat, dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.

 

IKLAN

7. SUP CENDAWAN TIRAM

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket cendawan tiram
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 liter air rebusan ayam
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air rebusan ayam, sos tiram berserta bawang putih ke dalam periuk. Reneh sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan cendawan. Biar sehingga cendawan menjadi lembut.
  3. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah mengikut cita rasa anda.
  4. Angkat dan hidangkan segera.

 

8. SUP KENTANG SAYURAN

Koleksi Resipi Sup Senang Buat & Sedap Makan Waktu Sahur.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang jagung muda | dihiris kecil
  • 5 biji cendawan butang segar
  • 20gm cendawan tiram
  • 1/2 batang lobak merah | dipotong dadu
  • 5 biji tomato ceri
  • 1/2 batang leek | dihiris nipis
  • 2 biji kentang | dipotong dadu
  • 1 liter air rebusan ayam
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ubi kentang ke dalam air rebusan ayam.  Reneh sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan cendawan, leek, lobak merah, jagung muda dan tomato ceri.  Masak sehingga semua sayuran keliahatn lembut.
  3. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah mengikut cita rasa anda.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA MENU-MENU NI:

Ayam Bakar ‘Stay At Home’ Sedap. Boleh Cuba Bulan Puasa Ni.

Cara Buat Stok Pati Kurma Homemade Untuk Sahur.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI