Kalau ada roti yang dah nak expired tu, jangan gelabah. Buat je ikut macam lelaki ni. Roti sandwic yang hampir luput tarikh boleh diolah jadi biskut. Lelaki yang menggunakan akaun facebook Faizol Azrul Hamzah sangat kreatif menunjukkan cara-cara membuat biskut kering bergula yang amat sedap. Caranya pun simple sahaja.
BISKUT KERING BERGULA
BAHAN-BAHAN
Roti gardenia
Marjerin
Gula
CARA MEMBUAT
1. Sekeping roti sandwic dipotong empat.
2. Sapukan marjerin.
3. Tabur gula.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selama 20 minit.
5. Keluarkan dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas.
Resipi oleh Faizol Azrul Hamzah
Link: https://www.facebook.com/faizol.azrulhamzah/posts/534887490743556
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!
NAK RESIPI LAIN? Klik sini: https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Hai korang, jom tengok video ni. Tempat sedap nak makan kat area Shah Alam.
https://www.youtube.com/watch?v=ugrAIcB3DbA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Bawang Putih Dan Sup Cendawan, Jom Try Buat Kat Rumah
Sarapan adalah waktu makan yang perlu diambil. Jangan skip sarapan. Jadi sesekali kenalah buat sarapan yang berbeza sikit supaya selera mudah dibangkitkan untuk bersarapan. Jom sesekali kita cuba buat sarapan berbeza sikit. Asyik makan nasi goreng je kan. Jom try roti bawang putih dengan sup cendawan.
ROTI BAWANG PUTIH & SUP CENDAWAN
BAHAN ROTI BAWANG PUTIH
• Bawang putih
• Mentega
• Secubit garam (jika mahu)
• Daun parsley
• Roti Gardenia
CARA MEMBUAT ROTI BAWANG PUTIH
1. Tumbuk bawang putih. Masukkan ke dalam mentega. Gaul rata.
2. Masukkan garam dan daun parsley. Gaul sehingga sebati.
3. Sapu ke atas roti.
4. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah.
BAHAN SUP CENDAWAN
• 300 ml air
• 500 ml susu segar
• 1 kiub ayam
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• 1 tin cendawan butang (hiris atau cencang)
• 1/2 sudu teh daun parsley
• 1/2 sudu besar mentega
• 1/2 sudu teh garam
• 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMBUAT SUP CENDAWAN
1. Tuang air dan susu ke dalam periuk. Biar mendidih. Masukkan kiub ayam.
2. Masukkan lada hitam dan cendawan butang. Kacau sebati.
3. Masukkan daun parsley, mentega dan sedikit garam. Kacau lagi.
4. Bancuh tepung dengan air. Kemudian tapis dan masukkan ke dalam periuk. Kacau lagi.
5. Reneh agak lama sedikit sup. Biarkan sehingga sedikit pekat. Siap.
Resipi oleh Nur Sakinah Telegram KakiMakan Channel
Buat Sendiri Roti Bom Ni, Puas Hati Dalam Lembut Luar Rangup.
Musim PKP ni jika teringin nak makan rpti bom, tak perlulah bersusah payah keluar ke restoran mamak. Buat saja sendiri roti bom di rumah, lebih selamat, roti terjamin bersih dan sedap dan paling penting anda dapat berjimat. Jadinya kalau kebetulan anda ada buat kari ikan, daging atau ayam, buatlah lebih, simpan sikit dan boleh makan dengan roti bom yang anda buat. Macam mana cara nak buat roti bom, ikut je resipi yang rasa kongsikan ini. Senang cerita, gerenti jadi.
ROTI BOM
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
1 biji telur
112ml air suam
45ml minyak masak
1 sudu makan susu tepung
1/4 haram halus
Sedikit marjerin/ minyak untuk menguli dan oles.
CARA MEMBUAT:
- Dalam mangkuk adunan masukkan air, minyak masak dan telur, adun rata menggunakan wisker atau spatula.
- Masukkan bahan kering, tepung dan susu tepung, uli hingga rata. Dan tidak melekat di tangan.
- Bulat-bulatkan mengadi 6 bahagian dan bulat-bulatkan.
- Oleskan adunan yang telah dibulatkan dengan mentega, kemudian letakkan atas loyang yang telah disapukan minyak.
- Tutup dengan plastik wrap loyang, biarkan selama 1 jam atau lebih.
- Selepas 1 jam, sapukan papan pencanai dengan minyak dan canai dengan menekan-nekan menggunakan hujung jari yang telah disapu dengan mentega hingga nipis.
- Kemudian gulung kedua-dua belah hujung dan bertemu di tengah dan bulatkan bentuknya, lakukan hingga habis.
- Panaskan kuali dengan sapukan sedikit minyak atau mentega. Leperkan adunan tadi lebih kurang 0.5cm.
- Goreng atas api perlahan, dan balik-balikkan hingga mendapat hasil roti yang keperangan, garing diluar dan lembut di dalam. Lakukan hingga habis.
- Roti Bom sedia dihidangkan dengan kuah pilihan anda.
By @aniktriwina
Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.
.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS
.
BAHAN-BAHAN :
- 250gm dada ayam | dipotong kiub
- 12gm bawang putih | dicincang halus
- 100gm bawang besar | dipotong dadu
- 100gm batang saderi | dipotong dadu
- 100gm lobak merah | dipotong dadu
- 50gm cendawan butang | dipotong dadu
- 100gm tepung gandum
- 50gm pes tomato
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 400ml air rebusan ayam
- 150ml minyak masak
- 2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
- 1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri bergula :
- 1 biji telur
- 50gm gula castor
- 125gm mentega
- 200gm tepung kek
- 3gm garam
Bahan inti durian :
- 350gm isi durian
- 250gm krim putar bergula
- 8gm serbuk gelatin
- 10ml air
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
- Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
- Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
- Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
- Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Cara membuat isi durian :
- Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
- Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
- Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
- Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
- Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM
.
BAHAN-BAHAN :
- 100gm telur putih
- 100gm gula kastor
- 12gm tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 10ml cuka salad
- 150gm krim putar
- 300gm strawberi, blueberi dan raspberi
CARA MEMASAK :
- Ayak tepung jagung bersama gula aising.
- Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
- Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
- Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
- Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
- Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA
.
BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
Bahan inti susu mentega:
- 500gm susu tepung
- 400gm gula castor
- 500gm mentega
- 70gm tepung kastad
- 50gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
- Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
- Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.
Cara memasak inti susu mentega :
- Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
- Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
- Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
- 100gm pes pandan
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
- Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
- Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
- Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
- Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI
TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my