Menu Udang Masak Lemak Nanas ni pastinya menjadi kegemaran ramai. Jika anda menggunakan nanas yang agak kurang masak, disarankan agar mencelur hirisan buah terlebih dahulu bagi membuang rasa masam yang berlebihan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kuah. Sedap sangat menu ni. Jom cuba.
Ads
RESIPI UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang saiz XL | potong janggutnya dan bersihkannya
1 biji nanas | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili merah | hiris
2 keping asam gelugur
2 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | koyakkan
1 mangkuk santan
1/2 mangkuk air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
Ads
8 biji cili api
3 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
Perakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sotong di kedai mamak memang selalu membuka selera. Kalau makan tu boleh teringat-ingat. Nak cuba macam mana masak kari sotong style mamak? Jom RASA kongsikan resipinya.
SOTONG MASAK KARI MAMAK
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.
Bila masak menu yang berasaskan sotong, anda rasa sotong tidak pejal dan berair. Perkongsian ini dapat bantu anda bagaimana cara cuci sotong yang betul. Hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Sotong Pejal & Tidak Berair
Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang dihendaki.
2.Taburkan garam kasar sesudu dua dalam bekas berisi sotong(garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar)
3.Gaul dan ramas-ramas sotong dan garam tersebut.Ramas-ramas sehingga keluar buih macam sabun. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
4.Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
5.Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya.
6.Bolehlah masak seperti biasa,insyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi.
Sajian asam rebus dan asam pedas sememangnya menjadi kegilaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan. Nak cuba? Jom lihat menu-menu yang boleh anda sediakan tengah hari ni.
1. KELADI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
Sedikit ibu kunyit
2 tangkai daun kesum
Sedikit belacan
800ml air
CARA MEMASAK:
Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.
2. LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
2 biji cili merah | dihiris nipis
4 biji cili padi | dihiris nipis
1 batang serai | dihiris nipis
2cm lengkuas
2cm halia
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2cm kunyit
4 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. ASAM REBUS IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dihiris nipis
4 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit
15 biji cili padi merah dan hijau
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya | untuk merebus
CARA MEMASAK:
Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.