
Masakkan paling mudah dan menyihatkan untuk semua lapisan umur. Bubur nasi yang sihat ni sesuai untuk apa saja keadaan, panaskan badan waktu hujan, menambah selera makan ketika deman, makanan sarapan pagi atau malam dan sesuai untuk hidangan berbuka dan bersahur. Apa kata kamu cuba resipi yang dikongsikan oleh Kak Wan ni nampak menarik tentu sedap.
BUBUR NASI MANADO
Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 1 1/2 liter air
- 1 tongkol jagung, hiris ambil isinya
- 1 hiris labu kuning
- 1 ikat kangkung, potong
- 1 ikat daun kemangi
- 1 ikat daun bawang, potong
- 1 batang serai di ketuk
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 100 gm isi udang segar
Bahan Perasa:
- 2 sudu kecil serbuk pati ayam
- 2 sudu kecil serbuk lada putih / hitam
- 1 sudu kecil garam
- Bahan Sampingan
- Sambal ikan bilis
- Bawang goreng
- Ikan masin goreng
- Udang Goreng
Cara-cara:
- Masukkan beras dan air ke dalam periuk nasi letrik. Masak hingga mendidih.
- Masukkan serai, bawang putih, jagung, labu, daun kangkung, daun kemangi dan isi udang.
- Masak hingga beras hancur menjadi setengah bubur.
- Perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
- Biarkan di dalam periuk nasi sehingga beras hancur sepenuhnya.
- Untuk menghidang, masukkan ke dalam mangkuk dan tambahkan dengan bahan-bahan sampingan.
Kongsi resipi:Kak Wan
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
Nak Lauk Ringkas dan Mudah. Resipi Ikan Bilis Masak Kicap Cili Padi Makan Dengan Bubur Nasi Siap!
Bubur Nasi Berlauk. Idea Sajian Sarapan & Makan Malam Yang Sempoi Tapi Enak.
Sedapnya! 5 Koleksi Resipi Bubur Nasi Yang Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga.
http://www.rasa.my/terasa-nak-makan-bubur-nasi-yang-sedap-lain-dari-biasa-cuba-bubur-nasi-vietnam-ni/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Chicken Chop Homemade Sedap & Mudah

Isi Kandungan
ToggleSemua orang suka makan Chicken Chop. Kena pula dengan sos sedap, coleslaw yang berlemak, perghhh…Memang kecur liur. Bagi anda yang nak cuba buat menu ni dekat rumah, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Mudah, sedap dan tak guna banyak sangat bahan. Memang berbaloi buat untuk makan satu keluarga. Kuah Chicken Chop ni pun sesuai juga untuk lamb grill, stik atau meatball.
RESIPI CHICKEN CHOP HOMEMADE SEDAP
BAHAN-BAHAN CHICKEN CHOP:
- Paha ayam secukupnya
- Telur
- Serbuk roti secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Lapah paha ayam bagi mengeluarkan tulangnya. Kemudian cuci bersih dan toskan airnya.
2. Pukul telur dan celupkan isi ayam tadi.
3. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
4. Panaskan minyak dan goreng ayam guna api sederhana hingga garing dan kekuningan. Pastikan tidak guna api besar keraan ayam akan hangus dan isinya tidak masak.
5. Angkat, toskan minyak dan ketepikan Chicken Chop seketika.
BAHAN SOS LADA HITAM:
- Bawang holland – beli online DISINI
- Bawang putih – beli online DISINI
- 1 biji ubi kentang – rebus – beli online DISINI
- 2 sudu makan mentega
- 1 kiub pati ayam – beli online DISINI
- Sos lada hitam secukupnya – beli online DISINI
- 1 sudu makan tepung gandum – beli online DISINI
- Lada hitam kisar secukupnya – beli online DISINI
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Potong dadu halus bawang holland dan bawang putih. Jumlahnya ikut kesesuaian ayam. Jika buat banyak, lebihkan.
2. Masukkan sos lada hitam, ubi kentang, tepung gandum, lada hitam, garam, gula dan sedikit air. Kisar sebati.
3. Cairkan mentega dan tumis bawang dadu tadi. Masak hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Kacau sebati.
5. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau lagi hingga sos berkilat. Rasa sos bagi memastikan ia cukup rasa.
6. Kepekatan sos boleh diubah ikut cita rasa. Jika suka cair, tambahkan air.
7. Hidangkan bersama Chicken Chop dan coleslaw.
BAHAN COLESLAW:
- Kubis – dibersihkan
- Lobak merah – dibersihkan
- Mayones – beli online DISINI
- Sedikit gula
- Sedikit air panas
CARA MEMASAK:
1. Ambil kubis dan lobak merah. Cincang halus. Boleh juga dipotong dadu kecil.
2. Masukkan mayones, sedikit gula dan sedikit air panas. Gaul rata.
3. Simpan Coleslaw di dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha
Tercari-cari pilihan KUALI NON STICK terbaik? Boleh pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek Pisang Coklat Adun Guna Blender. Resipi Paling Mudah & Cepat
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Sajian Kenduri Kendara Orang Utara. Lazat Berempah

Cuti sekolah ni waktu terbaik nak buat kenduri kendara. Tak kisahlah majlis doa selamat ke, majlis berkhatan ke atau majlis apa pun, lauk kenduri yang sedap pasti jadi bualan.
Orang belah Utara memang terkenal dengan sajian menggunakan rempah ratus yang melazatkan juadah. Ni resepi dari Che Nuri Azmi ,Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatan resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara yang juga resipi warisan keluarganya.
Jom salin…
1. KURMA AYAM & TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg ayam
- 30 biji telur ayam
- 3 liter santan
- 6 biji kentang | belah empat
- 6 biji bawang | besar belah empat
- 6 biji tomato | belah 4
- 12 sudu makan rempah kurma
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak sapi
- 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS :
- 5 batang kulit kayu manis
- 10 kuntum bunga lawang
- 15 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
- 20 ulas bawang merah
- 2 biji bawang putih
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 10sm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.
5. Masukkan ayam dan ubi kentang.
6. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut.
7. Masukkan santan dan biarkan mereneh atas api sederhana.
8. Masukkan telur rebus, hirisan bawang dan tomato. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit, tutup api.
10. Kurma ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cucuk telur dengan garpu supaya kuah lebih mudah menyerap ke dalam telur.
…………..
Saiz hidangan: 60 orang
Masa memasak:1 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan :Enak, tidak pedas dan kaya dengan aroma rempah ratus
2. PAJERI NANAS UTARA:
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji nanas | buang kulit dan hiris bulat, celur dan tos
- 2 liter santan
- 10 sudu makan remah kari
- 5 sudu makan kerisik
- 5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
- 3 batang kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga lawang
- 10 biji buah pelaga
- 10 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
- 9sm halia muda
- 30 ulas bawang merah
- 2 biji bawang putih
- 5 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga kekuningan, masukkan pula rempah kari.
3. Kacau rata, selepas timbul minyak santan dan nanas, biarkan kuah mereneh seketika.
4. Masukkan kerisik, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga pekat dan timbul minyak.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika nanas muda dan masam, semasa celur, tambahkan sedikit gula dan garam. Kemudian tos sebelum dimasak untuk pajeri.
……………
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:45 minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan Enak dengan rasa masam manis dan kaya dengan aroma rempah ratus.
3. BATANG KELADI ASAM REBUS:
BAHAN-BAHAN:
- 20 pokok batang keladi | buang kulit arid an potong 3-4 cm
- 6-8 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 20 ulas bawang merah
- 8cm kunyit hidup
- 1/2 cawan ikan bilis
- 10 ulas bawang putih
- 10 biji cili merah
- 20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk, kemudian renehkannya.
2. Celurkan batang keladi 2-3 minit kemudian bilas di bawah air paip mengalir supaya lender dan rasa gatalnya gilang. Ketepikan dan tos.
3. Kemudian masukkan semula dalam periuk tambah air secukupnya dan masukkan bahan kisar serta asam gelugor.
4. Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah batang keladi masak dan cukup rasa. Tutup api.
6. Batang keladi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, anda boleh gunakan cili kering mengantikan cili merah. Boleh juga tambah daun kesum dan bunga kantan jika suka.
…………..
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:30 minit .
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan : Sayur.
Keistimewaan: Enak dengan rasa kuah masam pedas dan batang keladi yang lembut.
4. DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 5 kg daging | rebus
- 20 batang kacang panjang | potong 3-4cm
- 10 biji kentang | potong memanjang
- 5 tangkai cili merah | hiris
- 4 biji bawang besar hiris
- 4 sudu makan lada hitam | tumbuk kasar
- 5 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 5 biji bawang besar
- 20 ulas bawang putih
- 9cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Daging yang direbus, dihiris nipis.
2. Gaul daging hirisan daging dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
3. Panaskan, goreng kentang, angkat dan ketepikan.
4. Kemudian goreng daging (jangan terlalu garing) angkat dan tos.
4. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumis bahan kisar hingga wangi,, masukkan daging bersama kacang dan hirisan cili.
6. Seterusnya , masukkan sos tiram, lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa, angkat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan hirisan cili padi untuk rasa lebih pedas.
…………..
Saiz hidangan: 50 orang.
Masa memasak:1 jam.
Cara memasak : Rebus dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan: Garing dan sedap.
5. MASAK LEMAK PUCUK MANIS BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ikat pucuk manis | ambil daun muda dan pucuk saja
- 2 biji labu | lebih kurang 3-4 kilo
- 3 liter santan
- 1 liter air
- 1 cawan ikan bilis
- 20 biji bawang merah | hiris
- 20 ulas bawang putih | hiris
CARA MEMASAK:
1. Labu buang kulit dan biji, kemudian potong dadu.
2. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air.
3. Apabila labih hampir empuk, masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan putih.
4. Seterusnya masukkan santan dan daun puncuk manis, biarkan hingga mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api, gulai labu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain pucuk manis, boleh juga guna pucuk turi dan bayam.
………….
Saiz hidangan: 40 orang.
Masa memasak:30 minit.
Cara memasak : Reneh.
Jenis masakan :Sayur.
Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih : RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat

Bagi penggemar Rojak Ayam, resipi perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni boleh dicuba. Tak perlu bereblanja lebih membeli sajian ini keran anda sendiri boleh hasilkan menu enak secara homemade. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmati malah juga lebih jimat. Pendek kata memang puas makan. Bagi anda yang nak cuba keenakan Rojak Ayam ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!
RESEPI ROJAK AYAM YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN KUAH:
1 1/2 cawan kacang tanah – goreng, buang kulit dan kisar halus – beli online disini
2 keping nisan / nise Kelantan/gula melaka – beli online disini
2 biji bawang besar holland – kisar – beli online disini
3 ulas bawang putih – kisar – beli online disini
2 senduk nasi cili giling – beli online disini
4 keping biskut marie dikisar (untuk pekatkan kuah) -optional. boleh ganti dengan bancuhan tepung jagung – beli online disini
Sedikit air asam jawa – beli online disini
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya (anggaran pekat kuah)
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK KUAH:
1. Kisar bawang putih dan bawang besar hingga halus.
2. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air, air asam jawa, kacang yang dikisar dan nise.
4. Masukkan kisaran biskut marie. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
5. Masak hingga dapat kepekatan kuah yang dikehendaki.
BAHAN-BAHAN CUCUR:
3 senduk tepung gandum – beli online disini
Air secukupnya
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 ikat kangkung – hiris halus
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
CARA MEMASAK CUCUR:
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas bersesuaian. Gaul rata. Perap selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam ke dalambta. Buat besar-besar sebab cucur akan dipotong.
4. Bila cucur sudah masak, angkat dan potong.
BAHAN-BAHAN ROJAK:
1 ekor ayam – potong empat
1 batang timun – hiris nipis
1 biji sengkuang – hiris nipis
1 pokok daun salad – hiris nipis
2-3 biji ubi kentang – rebus hingga lembut kemudian goreng sekejap
4 keping tauhu – goreng dan potong
4 biji telur – rebus keras dan goreng sekejap
1 bungkus mee kuning – dicelur sekejap
Dapatkan SHOGUN SAKURA IH CASSEROLE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK ROJAK:
1. Ayam dipotong empat. Gaulkan dengan kunyit, garam dan sedikit kicap manis.
2. Rebus ayam dengan sedikit air sahaja sampai kering air ayam. Angkat dan goreng sekejap.
3. Potong ayam kecil-kecil dan campur bersama bahan-bahan rojak dan juga cucur tepung. Tuang kuah rojak secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sangat Sedap. Resipi Sambal Belacan Kenduri Kelantan Paling Padu
Tambah Susu Cair. Ini Rahsia Cendol Santan Gula Melaka Lebih Sedap
Cara Buat Kuih Keria Elok Bersira. Makan Sebiji Memang Tak Cukup!
Tambah Tepung Jagung. Ini Rahsia Buat Dadih Sedap Tanpa Guna Serbuk Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official