Kebiasaannya, kita pasti akan merebus daging jika mahu mendapatkan daging yang lembut. Tetapi kali ini, kami akan berkongsi satu petua untuk melembutkan daging dengan hanya menggunakan minyak. Petua yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini ternyata cukup mudah. Jom kita cuba buat di rumah.
CARA MELEMBUTKAN DAGING:
1. Letakkan dua sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tersebut.
4. Gunakan api yang kuat.
5. Kacau daging tersebut sekali-sekala sahaja. Masak sehingga air kering.
6. Bila air hampir kering, barulah kacau daging tersebut dengan kerap.
7. Air sudah kering bermakna daging sudah lembut.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan ringkas sahaja caranya. Selamat mencuba!
Kredit: Mahamidah Hamdan
Nak beli KUALI? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Memasak Daging Black Pepper Berapi Pulak, Cili Padi Selera Asia.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kari Kambing Tanpa Santan Memang Padu Sedapanya, Boleh Cuba Ni.
Tak biasa masak kambing, kali ini korang mesti cuba dengan resipi yang dikongsikan ini kerana, ia bukan hanya sedap, bebas santan tetapi anda pasti tak sangka langsung tiada bau kambing. Sebaliknya sangat sedap, lagi sedap kalau dipadankan dengan nasi minyak atau makan dengan roti jala atau nasi impit.
KARI KAMBING TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong kecil dan bersihkan
3 biji kentang | buang kulit dan potong kiub
4 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 biji bawang besar | dadu halus
2cm halia muda | mayang halus
1 biji lemon | ambil jus sahaja
200ml yogurt
150ml susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
4 biji cili hijau
2 pokok daun ketumbar | ambil batang dan daun
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging kambing dengan separuh dari bahan kisar, kemudian perap lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan rempah menumis bersama serai dan daun kari.
- Apabila wangi masukkan bahan kisar, kacau rata hingga garing.
- Seterusnya masukkan rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh bersama.
- Setelah wangi dan timbul minyak masukkan yogurt dan daging kambing,
- Kacau hingga daging layu dan biarkan mereneh seketika.Tambahkan santan,
- Perasakan dengan jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit baru tutup api.
- Kari kambing sedia dihidangkan.
INFO: Untuk lebih sihat, boleh gunakan susu rendah lemak.
Selain Sedap & Manis, Ini 8 Khasiat Makan Kismis Yang Korang Dapat.
Korang tahu tak kajian menunjukkan kismis, buah kering bersaiz kecil yang sedap dimakan begitu saja atau dimasukkan dalam masakan atau kuih muih sebenarnya mengandungi 60% fruktosa dan lebih kurang 40% glukosa dan kaya juga dengan antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan kering yang lainnya.Kajian yang dilakukan oleh College of Nutrition, Amerika menyatakan kismis juga boleh menurunkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh seseorang. Secara khusus ini lapan khasiat kismis:-
Memberi Tenaga:
Kismis mempunyai rasa manis secara semulajadi, pengambilannya secara rutin boleh memberikan korang tenaga dan meningkatkan sisem antibody tubuh. Hal ini disebabkan buah comel ini mampu menyerap zat-zat baik seperti protein, vitamin, karbohidrat dari makanan ke dalam tubuh,
Menguatkan Tulang:
Tak sangka kismis juga tinggi kandungan kalsium, oleh itu dengan mengambil kissmis secara rutin membantu tulang menjadi kuat. Sangat sesuai anak-anak dalam proses sedang membesar, kepada wanita yang mengalami menopaus, kismis membantu mencegah osteoporosis.
Mencegah Anemia:
Sesiapa yang ada anemia sangat disarankan mengambil kismis kerana buah ini dikatakan mampu membantu tubuh dalam proses pembentukkan sel-sel darah merah. Kandungan zat besi dan tembaganya membantu mencegah anemia, memaksimakan pembenkuan darah dan penyembuhan luka.
Mencegar Kanser:
Mengambil kismis secara rutin juga satu cara korang boleh cegah kanser. Kandungan zat polifenol antioksidannya berfungsi seperti katekin. Fungsinya untuk memerangi bahaya radikal bebas yang boleh menyebabkan sel-sel tumor dalam tubuh berkembang dan memungkinkan terjadinya kanser usus besar.
Menyihat & Menguatkan Gigi:
Tak sangka kismis yang manis ni baik untuk kesihatan gigi. Kandungan asid olenolic dalam kismis mampu melindungi gigi dari proses kerosakan dan pereputan akibat bakteria. Bonusnya ia juga mampu mengatasi masalah bau mulut dan masalah radang gusi.
Anti Sembelit:
Kismis antara buah kaya serat, secara tidak langsung ia memang membantu mengatasi masalah sembelit, sekali gus melancarkan masalah pencernaan.
Menyihatkan Mata:
Kismis kaya dengan sat fitonutrien, zat ini sangat baik untuk kesihatan mata. Dengan mengambil kismis, korang tak perlu bimbang kemungkinan mata mengalami kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Mengelakkan Disfungsi Ereksi:
Khusus kepada lelaki ini berita baik kerana dengan mengambil kismis secara rutin, ia mampu mengatasi masalah ereksi. Hal ini kerana kismis mengandungi asid amono bernama arigin yang dikatakan mampu meningkatkan libido lelaki.
Jom Buat Fillet Ikan Ikut Tip Ini, Sangat Mudah & Lepas Ni Tak Risau Anak Tercekik Tulang.
Selalunya kalua nak makan fillet ikan kita makan di kedai dan harganya pun boleh tahan. Kalau beli di pasaraya pun fillet ikan yang ada semuanya frozen dan tak segar. Apa kata, sesekali korang cuba buat sendiri fillet di rumah. Kalau nak cuba ini RASA kongsikan caranya:-
Pilih Saiz Ikan Yang Betul
Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai. Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.
Ikan Mesti Segar
Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur. Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan ikan yang tidak difillet.
Pisau Mesti Tajam Tajam
Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.
Bahagian Ikan Boleh difillet
Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan. Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.
FISH AND CHIPS
Bahan-bahan A:
- 4 keping fillet ikan
- 100gm tepung gandum
- 4 biji telur
- 150gm serbuk roti
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan B:
- 100gm mayones
- 5 biji buah zaitun hitam
- 3 biji Gherkin
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 1 biji lemon
CARA MEMASAK:
- Gaulkan fillet dengan tepung gandum, kemudian celupkan dalam bancuhan telur sebelum sekali lagi gaulkan dalam serbuk roti.
- Panaskan minyak, goreng kepingan fillet ikan sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
- Untuk Sos, potong halus buah zaitun hitam, gherkin dan bawang putih.
- Kemudian masukkan ke dalam mayones dan gaulkan.
- Perasakan dengan jus lemon.
- Hidangkan bersama fillet ikan, coleslaw dan salad campur.