Kambing perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Farmiza Masur ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT REMPAH KAMBING PERAP YANG SEDAP
BAHAN PERAPAN KAMBING:
2 kg kepingan kambing
1 paket sos lada hitam
1 labu bawang putih – kupas
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kambing dan toskan bagi membuang lebihan air.
2. Ambil bawang putih. Separuh dipotong dadu dan separuh lagi dikisar bersama sos lada hitam.
3. Ambil kepingan daging kambing tadi dan celupkan ke dalam sos hingga rata.
IKLAN
4. Letak daging kambing ke dalam bekas dan perap sebaiknya 2 hari supaya rasa perapan benar-benar menyerap pada isi kambing.
5. Untuk menikmatinya, panggang daging kambing hingga masak. Nikmatinya bersama Kentang Putar dan sos lada hitam.
BAHAN SOS LADA HITAM SEDAP
1 tin sos carbonara berkrim
2 biji ubi kentang rebus – hancurkan
Susu full cream/ susu segar/low fat milk – sukatan 1 tin sos carbonara
3/4 sudu makan lada hitam – kisar halus
3 ulas bawang putih – dadu
2 sudu makan mentega
Kicap manis secukupnya
Garam secukup rasa
IKLAN
CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos carbonara, susu dan kentang yang dilenyek tadi. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan kicap. Sukatan kicap agak-agak hingga dapat warna yang dikehendaki. Tambahkan juga garam secukup rasa.
4. Kepekatan sos juga ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah air atau susu hingga dapat tekstur yang disukai.
5. Sos siap dimasak dan sedia dinikmati bersama kambing panggang dan kentang putar.
Suka maka BBQ tapi belum ada PEMANGGANG ELEKTRIK? Nah..Pilih je DISINI. RASA sediakan seleksi barangan terbaik yang boleh dimiliki pada harga mampu milik. Memang berbaloi.
Nak lebih banyak resipi best guna Pemanggang Elektrik? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Nak buat daging masak lada hitam? Nah kami berikan resipi yang paling senang tapi tetap sedap. Tak kisah korang guna daging lembu bahagian mana pun. Syaratnya kena rebus dulu sampai empuk. Lepas tu, masaklah guna resipi yang kami berikan ni.
DAGING MASAK LADA HITAM
Bahan-Bahan
• Daging
• Minyak masak
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
• Sos lada hitam
• 2 sudu lada hitam (ditumbuk)
• Garam dan gula
• Lobak merah
• 1 biji capsicum hijau
• 2 biji tomato 2 biji
• 2 biji bawang holland
• Daun bawang
Cara Membuat
1. Rebus daging sampai empuk.
2. Apabila air sudah kering, masukkan minyak masak, serbuk kunyit. Kacau seketika kemudian masukkan bawang putih.
3. Masukkan sos lada hitam dan lada hitam yg ditumbuk tadi.
4. Masukkan garam dan gula.
5. Masukkan lobak merah dan capsicum hijau.
6. Agak-agak sayur dah lembut, masukkan tomato, bawang holland dan daun bawang.
7. Kacau sekata. Matikan api. Sedia dihidang.
1. Kisar bawang merah dan bawang putih. Kemudian, tumis dengan lada hitam hingga naik bau dan garing. 2. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan air. Kacau-kacau rata. 3. Masukkan juga sedikit air tepung jagung, gula, garam, ajinomoto, bawang besar. Kacau-kacau. Boleh juga masukkan kacang peas dan cendawan butang jika suka. Kacau hingga sebati. 4. Tuang ke atas bistik daging apabila dihidangkan. Selamat mencuba.
Selamba, tangkas dan pantas menyediakan masakan sambil fasih berbahasa Melayu menyebabkan ramai kagum dengan caranya memasak di dapur.Ketika bertemu dengannya di Hello by Kitchen Mafia, Sherson Lian yang mesra dengan sapaan Sher sebenarnya tidak sebecok di dalam program masakan yang dihoskan. Dia tampak lebih ‘cool’ tetapi di kepalanya penuh dengan idea apa nak masak.
“Sebenarnya, saya tidak tahu nak masak apa hari ini untuk dikongikan. Mungkin bila masuk dapur tengok apa bahan yang ada, bolehlah saya sediakan dua masakan yang mudah dan ringkas,” ujarnya sambil masuk ke ruang dapur kafe yang terbuka.
Beberapa minit kemudian datang kepada kami sambil memberitahu bahawa dia sudah ada idea untuk memasak dua jenis masakan. Pertama Sotong Panggang dan kedua Daging Panggang Bersama Cendawan Shitake.
Selesai memasak Sher membawa keluar dua masakan yang telah siap disediakan, tampak sedap lagi menyelerakan. Sher mempelawa kami menjamah masakan tersebut sebaik selesai sesi foto, sambil beliau beliau menceritakan perkembangan terbarunya kini.
Sher pengacara program 5 Rencah 5 Rasa ini turut mengacarakan program maskan di salauran Asia Food Chanel(AFC) seperti Family Kitchen bersama ibunya, Ann Lian, Great Dinners Of the World, Reality Bite, dan Amazing Food Challenge.
“Kalau tidak ada pengambaran atau meeting di luar, di sinilah (Kitchen Mafia) saya ada. Dari pagi sampai malam. Kafe ini tempat saya dan para krew cari makan. Jadi saya bukan hanya mesti memasti bisnes berjalan dengan baik, kebajikan krew bertugas juga mesti dijaga dengan baik. Malah perhatian saya kepada mereka melebih keluarga. Di sini kami menjadi satu keluarga besar dan mencari rezeki dan saling mengambil berat antara satu sama lain,” ujar Sher mengakui beliau bukan seorang chef kerana tidak pernah mendapatkan pendidikan formal tentang kulinari, sebaliknya hanya seorang tukang masak biasa yang mencari makan dengan dengan memasak.
MEMASAK SEBAGAI CARA HIDUP
“ Memasak adalah kehidupan saya, ibu adalah guru saya secara tidak formal di dapur keluarga sejak awal usia 11 tahun. Semasa kecil saya sudah biasa dengan dapur, sebagai anak sulung saya selalu bersama ibu dan membantunya memasak kerana keluarga kami besar. Masa yang sama keluarga kami sangat mementingkan soal makan bersama, terutamanya makan malam.
“Mulanya saya memerhati, kemudian membantu kerja-kerja mudah. Dari situ saya mengenali bahan-bahan masakan. Secara tidak langsung jadi pembantu ibu, bermula dari mengupas bawang sehingga diberi kepercayaan memasak sendiri. Proses ini berterusan sehinggalah saya tahu macam mana nak jadi menjadi pandai menggunakan apa sahaja bahan masakan yang ada di dalam dapur untuk dihasikan sebagai masakan.
.Dari dapur ibu berpindah pula ke dapur restoran milik keluarga, mahu atau tidak Sher terpaksa masuk dapur turut memasak bagi membantu perniagaan keluarga,Secara tidak langsung, skill memasak Sher semakin menyerlah dan mempunyai cara tersendiri dalam penyediaan masakan. Sehingga apa sahaja yang dimasak oleh beliau kelihatan mudah. Seakan campak-campak bahan dalam kuali, jadi masakan yang sedap.
SOTONG PANGGANG:
BAHAN-BAHAN:
2 ekor sotong saiz besar.
2 tangkai serai | kisar halus
1sm halia muda | kisar halus
1 ulas bawang putih | kisar halus
3 ulas bawang merah | kisar halus
1 sudu makan pes cili kering
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sdikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan Sampingan:
Tomato Ceri
Sedikit daun ketumbar
1 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan belah menjadi satu keping besar. Kemudian kelarkannya secara melintang dan membujur.
Kemudian gaulkan dengan bahan kisar, garam dan air asam jawa.
Panaskan pemanggang dan panggang ke dua-dua belah lebih kurang 6-8 minit.
Angkat dan hidangkan bersama mayones dan tomato .
Enak dihidangkan panas-panas.
DAGING PANGGANG BERCENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Daging:
250gm daging tenderloin
1 sudu teh serbuk rosemary
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk paprika
2 sudu besar minyak zaitun
Garam secukup rasa
Bahan Sos:
1/2 biji bawang besar | potong dadu halus
1 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun rosemary segar
2 sudu makan jus daging
1/2 cawan air rebusan daging
1 sudu teh serbuk Demi Glaze
1 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Bahan Cendawan:
6 biji cendawan shitake | belah dua
1 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
1 sudu teh sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1 Untuk menyediakan daging:
Gaulkan daging dengan semua bahan perapan sehingga meliputi semua bahagian daging. Perap lebih kurang 1 jam.
Atas kuali pemanggang, panggang daging sehingga keseluruhan permukaan berwarna keperangan.
Kemudian bakar dalam ketuhar selama 10-15 minit dengan suhu 180 C.
Keluarkan daging dari ketuhar dan simpan jus daging yang keluar untuk membuat sos.
Cara menyediakan sos: Cairkan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah atas api perlahan sehingga keperangan.
Masukkan jus daging dan demi glaze serta air rebusan daging dan garam secukup rasa, biarkan kuah mereneh hingga agak pekat. Ketepikan.
Sementara itu, sediakan bahan cendawan. Panaskan kuali tumiskan bawang putih dan merah hingga keperangan,.
Masukkan hirisan cendawan, kacau rata.
Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam, sos tiram dan serbuk lada hitam.
Gaul rata dan tutup api.
Untuk menghidangkannya, hiris daging dan susun dalam pinggang, kemudian tuangkan sos di atasnya. Hidangkan cendawan bersama cendawan tadi.
INFO CHEF;
Anda boleh mengggunakan masak yang sama untuk ayam.
…..
Saiz hidangan: 1 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak :Panggang dan tumis.
Keistimewaan: Enak dan terasa kesegaran rasa sotong