Untuk sajian makan malam apakata cuba masak Singgang Ikan Patin dan sukun gulung yang gerenti sedapnya. Ni resipi dari Eksekutif Chef Sabri Soid dari hotel ternama Royale Chulan KL

Masakan hotel ni boleh aje dimasak dirumah. Kedua resipi ini mendapat sentuhan magik dari Chef Sabri Soid yang mempunyai pengalaman memasak berdekad lamanya. Berbaloi untuk dicuba resipi super sedap ni.  

SUKUN GULUNG BERSAMA SOS VANILA

Resipi Singgang Ikan Patin & Sukun Gulung, Memukau Selera .

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm buah sukun | dipotong dadu
  • 100gm buah ciku | dipotong dadu
  • 50gm kismis hitam
  • 50gm gula putih
  • 100gm serbuk roti
  • 200gm pastri filo
  • 50gm mentega | dicairkan
  • 100ml susu
  • 50ml krim masakan
  • 50gm serbuk kastad
  • 30ml esen vanilla
  • 20gm tepung jagung
  • 1 biji telur kuning

CARA MEMASAK:
1. Campurkan sukun, ciku, kismis, gula dan serbuk roti dan masak sehingga semuanya lembut. Sejukkan di dalam bekas yang sesuai.
2. Lapiskan pastri filo sebanyak 4 lapisan dengan setiap lapisan disapu dengan mentega cair.
3. Letakkan sukun yang sudah dimasak itu di bahagian tengah dan gulung pastri filo itu sehingga berbentuk bulat. Sapukan kuning telur dan bakar selama 2o minit.
4. Panaskan susu dan krim masakan. Masukkan gula, tepung kastad dan esen vanilla. Pekatkan dengan tepung jagung jika perlu.
5. Hidangkan di dalam pinggan yang sesuai dan letakkan sos vanilla d iatasnya.
6. Enak dimakan bersama aiskrim.

Info chef:
Lagi elok jika menggunakan gula perang.

SINGGANG PATIN TEMPOYAK

IKLAN

Resipi Singgang Ikan Patin & Sukun Gulung, Memukau Selera .
BAHAN-BAHAN:

  • 400gm ikan patin
  • 100 tempoyak
  • 50gm bawang merah
  • 50gm bawang putih
  • 50gm daun kesum
  • 100gm bunga kantan
  • 400ml air
  • 100gm timun | dibuang biji dan dipotong panjang
  • 10gm serbuk kunyit
  • Cili merah untuk hiasan
  • Garam,gula dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Rebus air bersama bawang merah, bawang putih, daun kesum dan bunga kantan selama 10 minit. Masukkan tempoyak dan serbuk kunyit. Perasakan secukupnya.
2. Masukkan ikan dan rebus selama 10 minit atau sehingga ikan itu masak.
3. Tutup api dan masukkan timun.
4. Hidangkan didalam mangkuk yang sesuai dan hiaskan dengan cili merah

IKLAN

INFO CHEF :Gunakan patin buah untuk rasa yang lagi enak(kos juga akan naik). Jangan masukkan ikan terlalu awal supaya isinya tidak hancur.

JOM TENGOK VIDEO MASAKAN BEST INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Tiga Jenis Singgang Super Senang , Katanya Boleh Jadi Penawar COVID 19 ?

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI