Lauk singgang sememangnya sinonim dengan orang-orang Pantai Timur. Jika anda biasa makan Ikan Singgang kuah putih, apa kata kali ni cuba Singgang Ikan Tenggiri cara Terengganu pula. Kuahnya berwarna kuning kerana menggunakan kunyit hidup. Padu boh…Resipi ini adalah perkongsian dari saudaran Wan LuQman yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TENGGIRI TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Tenggiri
- 2 biji kunyit hidup (besar ibu jari boleh tumbuk kasar)
- 3 hiris lengkuas (boleh tumbuk kasar)
- 12 batang cili padi
- Sedikit biji ketumbar
- 3 ulas bawang Putih
- 3 keping asam keping
- Garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.
INFO: Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Wan LuQman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Sendiri Acar Ikan Talang Masin, Pedas Menyengat Memang Sedap
Peminat menu Acar Ikan Talang Masin boleh cuba resipi perkongsian saudari Intan Izaida. Enak dimakan bersama nasi panas, menu ini tentunya harus dicuba dan dibuat stok di rumah. Resipi ini juga mempunya rasa yang pedas. Jadi bagi yang suka makan lauk pedas, sesuai sangat cuba resipi ini. Pastinya puas hati. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI ACAR IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talang saiz sederhana – ambil bahagian isi sahaja – beli online disini
Lobak masin
20 ulas bawang merah – potong 4 kalau kecil & dipotong 6 kalau besar
3 ketul halia saiz 3 inci – dipotong mancis
2 labu bawang putih – belah 2
2 biji bawang besar – kisar halus
6 ulas bawang putih – kisar halus
Jeruk cili api kampung
10 biji kurma merah – beli online disini
Goji berry / wolfberry
Buah pala kering
Segenggam Antioksidan booster Signature Market (Dried Apricot, Dried Cranberry, Dried Wolfberry, Dried Blackcurrant – Boleh tukar 1 genggam kismis – beli online disini
1 ketul gula melaka – beli online disini
2 sudu makan gula merah – beli online disini
1 sudu makan halba – beli online disini
1 sudu makan biji sawi – beli online disini
1 sudu teh jintan manis – beli online disini
2 sudu serbuk cili – beli online disini
2 sudu rempah kari ikan / daging – beli online disini
Jeruk kulit lemon
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Rendam isi ikan talang sejam sebelum masak. Bilas & sejat.
2. Ambil bawang putih dan rendam dengan air kapur makan dan cuka. Kemudian sejat, bilas dan goreng. Ia bertujuan goreng supaya acar tahan lama.
3. Goreng ikan masin sehingga garing, sejat & ketepikan.
4. Goreng lobak masin sehingga garing, sejat & ketepikan.
5. Goreng bawang merah, bawang putih & halia sehingga agak garing (jangan terlampau coklat nanti pahit), sejat & ketepikan.
4. Panaskan 1 senduk kecil minyak, tumis halba, biji sawi & jintan seketika.
5. Tuang pes bawang masak sehingga wangi & pekat.
6. Masukkan serbuk cili dan rempah. Masak sehingga pecah minyak atau agak garing (kalau kurang minyak tambah sikit sahaja)
7. Masukkan gula melaka yang sudah diketuk kecil, gula merah, dan garam. Masak sampai kuah pekat.
8. Masukkan kulit lemon, kurma, goji berry, antioksidan boost atau kismis & buah pala.
9. Jika kuah pekat, masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Masak lagi sampai nampak kurma yang kecut tadi menjadi kembang.
10. Bila kuah sudah agak pekat berpalut, masukkan lobak yang digoreng, ikan masin & bawang-bawang halia yang digoreng tadi. Kacau sebatikan hingga sebati.
11. Akhir sekali masukkan jeruk cili. Kacau sebati.
12. Acar Ikan Talang Masin sedia untuk dinikmati.
NOTA: Resepi ini memang pedas. Kalau tak tahan pedas dinasihatkan kurangkan serbuk cili atau tidak perlu letak langsung serbuk cili & cili jeruk. Cili jeruk boleh tukar cili api segar.
Kredit resipi & foto: Intan Izaida
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Pes Perapan Sedap Macam Di Restoran Ikan Bakar
Suka makan ikan bakar tapi tak jumpa resipi pes perapan yang sedap? Saudari Erma Azizie ada kongsikan resipinya. Memang nikmat andai dapat menikmati sajian ikan bakar dan ulam-ulaman. Masak sendiri lebih puas hati. Maklumlah di zaman segala barang mahal begini, lebih baik berjimat. Lagipun resipinya mudah sahaja. Tak perlu guna arang pun. Bakar guna pemanggang ajaib je. Kalau nak guna ketuhar pun boleh. Sangat praktikal buat ibu-ibu yang sukakan cara memasak yang mudah.
CARA MASAK PES IKAN BAKAR MARVELLOUS
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan pari saiz sedang – potong 2
2 biji bawang besar – beli online disini
3 ulas bawang putih – beli online disini
10 tangkai cili kering – buang biji dan rebus – beli online disini
3 biji cili merah besar
4 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa
Asam keping – beli online disini
Daun limau purut – mayang halus
Daun kunyit – buang urat tengah & mayang halus
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih ikan pari dan toskan airnya. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili merah besar dan cili padi hingga halus.
3. Ambil kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sampai garing.
4. Masukkan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Masukkan juga hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Sebatikan. Siap.
6. Untuk membakar ikan, ambil aluminium foil, lapikkan daun pisang.
7. Ambil sedikit sambal dan letak atas daun pisang. Letakkan ikan dan kemudian letak lagi sambal tadi.
8. Balut aluminium foil dengan kemas dan bakar ikan hingga masak menggunakan pemanggang.Boleh juga bakar menggunakan ketuhar atau Air Fryer.
Kredit resipi & foto: Erma Azizie
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Masukkan 1 Bahan Ni, Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak Jadi Lebih Berlemak & Pekat
Masakan asam pedas memang menjadi kegemaran dan pilihan untuk dihidangkan buat keluarga.
Kali ini, kita kongsikan resipi Asam Pedas Ikan Jenahak daripada Nurhayati Abd Malek.
Dalam asam pedas ini, Hayati masukkan buah keras, terus kuah jadi lemak dan lebih pekat kuahnya.
Asam Pedas Ikan Jenahak ni, sekejap je licin. Lawan dengan nasi panas dan telur dadar. Tak pandang dah kiri kanan.
ASAM PEDAS IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak
2 kuntum bunga kantan | dibelah 2
6 helai daun limau purut
2 biji tomato | dibelah 4
1 sudu besar pes asam jawa – beli online di sini
1 genggam asam gelugor – beli online di sini
Air secukupnya
Garam secukupnya
TONTON Wantan Goreng Mudah & Ringkas
TONTON Makaroni Ulam Bakar – Projek Air Tangan Emas Bersama Maggi
BAHAN KISAR:
3 senduk cili kisar
2 biji bawang besar – beli online di sini
10 biji bawang putih – beli online di sini
½ inci lengkuas – beli online di sini
1½ kunyit hidup – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
2 inci belacan bakar – beli online di sini
5 biji buah keras – beli online di sini
CARA MASAK:
1. Kisarkan segala bahan. Belacan tu saya terlupa nak bakar sebenarnya. Korang bakarlah dulu. Memang bertambah sedap baunya nanti.
2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Masukkan pes asam jawa dalam 3-4 sudu besar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Masukkan asam gelugor/asam keping pula. Kacau hingga sebati. Biarkan hingga mendidih. Kemudian letak garam dan perencah.
*Kalau masak asam pedas saya memang biasa perisakan kuahnya dulu baru masuk ikan. Ikut cara kedai. Senang nak adjust. Lepastu kalau nak frozenkan pun boleh. Masa nak guna, korang hanya tambah ikan dan bahan segar je.
6. Masukkan ikan satu persatu.
7. Kepala saya dah belah dua tau. Saya tak nak dia hancur, jadi saya letak atas sekali. Senang. Boleh tengok mata dia dah putih ke belum bila dah masak. Kalau letak bawah kan payah nak tengok. Nak kena godak pula, lepas tu jadi hancur.
8. Masukkan bunga kantan yang dah dibelah dua.
9. Masukkan daun limau purut yang dibuang urat tengah dan tomato. Biarkan hingga ikan masak. Siap! Haa kan senang tu. Tak perlu dah nak letak garam atau gula sebab awal tadi dah letak.
Kredit resipi: Nurhayati Abd Malek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap? Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: