Sambal Ikan Bilis Petai ni memang banyak versinya ikut orang yang memasaknya. Ada yang suka perah limau nipis atau kasturi pada sambal. Ada juga suka guna tomato , tapi sambal tu kena goreng garing dan masuk akhir sekali.
Bagi Zaky Mat Ali sambal ikan bilis petainya, letak tomato ceri. Masaknya pun kejap, bahan semua ditumis hingga naik bau. Ni memang resipi mengancam selera, makan panas-panas sure bertambah-tambah nasinya. Kasi licin pinggan..hehehe
SAMBAL IKAN BILIS PETAI
.
BAHAN-BAHAN :
(sukatan tengok foto)
.
- Ikan Bilis – beli online DISINI
- Petai
- Bawang Besar – beli online DISINI
- Bawang Merah – beli online DISINI
- Bawang Putih – beli online DISINI
- Cili Merah
- Cili Padi – beli online DISINI
- Tomato Ceri
- Air Asam Jawa
- Gula – beli online DISINI
- Kicap – beli online DISINI
- Belacan bakar (jika suka, atau nak lebih kick) – beli online DISINI
BAHAN TUMBUK KASAR:
- Bawang Besar
- Bawang Merah
- Bawang Putih
- Cili Merah
- Cili Padi
* Tumbuk kasar dan ketepikan
CARA MEMASAK :
1. Goreng ikan bilis sehingga garing
2. Buang separuh minyak bekas goreng ikan bilis, tumis bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Diikuti petai.
5. Masukkan ceri gaul sebati
6. Ikan bilis dan kemudian bawang besar
.
7.. Masukkan sedikit gula dan kicap, kacau. Sedia dihidang.
.
Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali
Dapatkan pelbagai barang keperluan dapur anda di MYDIN. Tak perlu keluar. Beli sahaja secara online DISINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI :
https://www.rasa.my/wow-sedapnya-sambal-gesek-nogori/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Ayam Tandoori Homemade Yang Lembut & Sedap
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Tapi bila beli, harganya memang agak Puan Tahrunnisah Jali. Sedap, lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
RESIPI AYAM TANDOORI HOMEMADE
BAHAN A:
- 4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
- 6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
- 2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1/2 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/4 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar. Caranya ialah:
- Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
- Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
- Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
- Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
- Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Kredit gambar & resipi: Puan Tahrunnisah Jali
Cara-Cara Buat Puding Karamel Mudah & Pasti Jadi
Ramai yang suka makan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh cuba. Mudah dan pastinya anda berpuas hati dengan hasilnya. Lepas ni bolehlah buat sendiri dan tak perlu beli lagi.
RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu cair
- 5 biji telur gred A
- 3 sudu makan gula
- Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
- Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
- Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
- Ketepikan seketika.
BAHAN GULA HANGUS:
- 250gm gula
- 500ml air
CARA MEMASAK:
- Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
- Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
- Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.
CARA MEMBUAT:
- Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
- Seterusnya tuang campuraqn telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
- Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
- Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
- Boleh disejukkan dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Saiful
Nak cari PENGUKUS baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Cara Buat Solok Lada Kukus & Solok Lada Rebus Yang Sedap & Mudah
Resipi Dadih Homemade Pelbagai Perisa. Tak Guna Serbuk Segera Pun.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Masakan China Berempah, Idea Gerenti Sedap IKBN Peretak
Juadah negara Asia memang terkenal dengan penggunaan rempah dan rasa pedasnya. Di China masakan yang menggunakan rempah ratus dalam masakannya kebanyakannya berasal dari Sichuan dan Hunan,yang terkenal dengan penggunaan rempah ‘peppercorn’ Sichuan (Szechuan), campuran serbuk rempah lima sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, peppercorn Sichuan dan jintan.
Berbeza dengan juadah China di wilayah lain, juadah di sini agak pedas dan kaya dengan rempah ratusnya. Jom kita lihat resepi dari barisan tenaga pengajar muda dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak iaitu Norshazila Mohamed Rahman,Norazilah Abd Rahman,dan Harmayah Argadan
.
1. MA PO TOFU
.
BAHAN-BAHAN :
- 200gm daging cincang
- 2 batang tauhu lembut | dipotong dadu
- ½ cawan air stok ayam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan minyak bijan
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2 sudu makan halia | dicincang halus
- 2 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu makan taucu
- ½ sudu teh Sichuan pepper corn | dikisar halus
- 2 sudu makan minyak cili
- 3 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, halia, tauchu peppercorn Sichuan, minyak cili, minyak bijan dan kicap cair. Masukkan daging cincang serta perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga daging masak dan sebati dengan kuah sos yang dimasak tadi.
2. Masukkan tauhu yang telah dipotong dadu.
3. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan stok ayam. Masak hingga pekat.
4. Tabur dengan daun bawang untuk dimakan bersama nasi panas
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Ma Po Tofu adalah kombinasi dari tauhu lembut dengan rasa pedas
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tauhu perlu direbus dahulu dengan sedikit garam supaya tauhu tidak hancur ketika digaul bersama sos.
2. HOT & SOUR GLASS NOODLES
.
BAHAN-BAHAN :
- 250gm suhun (glass noodles)
- 2 sudu makan kacang tanah | digoreng terlebih dahulu
- 1 sudu makan minyak kacang tanah
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 tangkai daun bawang | dihiris
- 2 sudu makan cuka
- 1 sudu teh peppercorn Sichuan | dikisar halus
- 50gm daun ketumbar | dihiris
- 1 sudu teh serbuk rempah 5 sekawan
- 1 sudu makan minyak cili
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan jeruk lobak masin
- 1 sudu makan kicap cair
- 500ml stok ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak kacang tanah dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Ambil satu mangkuk dan masukkan minyak bawang putih tadi, peppercorns Sichuan, minyak cili, serbuk rempah 5 sekawan, kicap, minyak bijan, jeruk lobak masin, cuka dan garam secukupnya.
3. Panaskan air stok ayam, celur suhun ke dalamnya sehingga lembut dan kemudian masukkkan suhun dan air stok ayam ke dalam mangkuk tadi, gaul hingga sebati.
4. Hias dengan daun bawang, daun ketumbar dan kacang tanah.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan celur
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Suhun berempah yang kaya dengan rasa kacang tanah
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Suhun tidak perlu dicelur terlalu lama untuk mengelakkan daripada hancur.
3. CHICKEN WITH CHINESE MUSHROOM
.
BAHAN-BAHAN :
- 350gm ayam
- 50gm cendawan shitake
- 2 sudu makan cuka
- 3 kuntum bunga lawang
- 2 tangkai daun bawang | ambil batang yang putih di pangkal
- 5sm halia | potong batang mancis, halus (fine julienne)
- 2 sudu teh serbuk lima sekawan
- 1 sudu makan minyak bijan
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan kicap pekat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 2 tangkai cili kering | digunting pendek
- 4 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 cawan air
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk rendam cendawan shitake dalam 20 minit dengan air panas sehingga kembang dan lembut. Ketepikan seketika
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang. Kemudian masukkan ayam, cuka, bunga lawang, serbuk rempah 5 sekawan, kicap cair, kicap pekat, cili kering, minyak bijan dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sebati
3. Masukkan air dan cendawan shitake kemudian tutup seketika dalam 10-15 minit sehingga ayam empuk. Biarkan ia mereneh
4. Angkat dan taburkan daun bawang dan hirisan halia sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Sajian sihat ayam dan cendawan menggunakan kaedah mereneh
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Pastikan api perlahan masa mereneh.
4. STIR FRY SZECHUAN BEEF AND BROCCOLI
.
BAHAN-BAHAN :
- 350gm daging batang pinang | dihiris nipis
- 100gm brokoli | dipotong floret *teknik memotong
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- ½ labu bawang Holland | dihiris
- 2 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
- 2 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 tangkai cili kering | dipotong pendek
- Garam secukup rasa
- 2 batang daun bawang | ambil batang yang berwarna putih
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu teh bijan putih | disangai
- 20gm gajus | disangai
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, peppercorn Sichuan, kicap cair, kicap pekat, cili kering sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging batang pinang yang sudah dihiris nipis, minyak bijan dan sayur brokoli, perasakan garam.
3. Taburkan gajus dan bijan putih. Hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Rasa pedas peppercorn Sichuan dan lada kering sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM40
INFO CHEF : Memasak cara stir fry ini menggunakan hanya minyak yang sedikit.
5. STIR FRY DUMPLING INTI UDANG DAN BAYAM (China)
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti dumpling :
- 200gm isi udang | dihancurkan
- 100gm bayam | dicincang
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan lobak masin
- 1 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan cuka
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan air
- 2 sudu makan minyak masak
- 15 keping kulit wonton
Bahan menumis :
- 50gm lobak merah | dipotong halus batang mancis (fine julienne)
- 50gm lobak merah | dipotong halus fine julienne
- 1 sudu makan halia | disagat halus
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan inti dumpling, gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung dan air.Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Ambil sekeping kulit wonton dan satu sudu teh inti dumpling, kemudian lipat dua. Gunakan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air sebagai pelekeat kulit wonton.
3. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan dumpling dalam 10 minit dan ketepikan
4. Kemudian panaskan minyak tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus, tumis sayur lobak merah, timun dan halia sehingga masak.
5. Masukkan kicap cair, minyak bijan dan perasakan dengan garam.
6. Kemudian masukkan dumpling yang telah digoreng sebentar tadi, kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, China
Keistimewaan : Enak dimakan begitu sahaja dengan ramuan peppercorn Sihuan sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Terdapat pelbagai kaedah memasak dumpling selain menggoreng , boleh juga dididihkan atau direbus dan juga dikukus.
RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN
Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor. http://kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-peretak-laman-utama