Melalui facebook, Azira Mamat berkongsi resipi sayur keladi yang lejen di group Rasa Share Resipi. Memang ini adalah salah satu makanan kampung. Tapi percayalah sayur keladi memang diminati ramai dan tetap disukai. Apatah lagi kalau ada sambal belacan.

SAYUR KELADI

Sayur Keladi, Makanan Kampung Yang Sedap Diminati Ramai

BAHAN-BAHAN
1 kg batang keladi
2 ulas bawang putih (kisar halus)
1 ulas bawang merah (kisar halus)
1 inci kunyit hidup (kisar halus)
Cili padi (ikut tahap pedas yang dimahukan) (kisar halus)
Sedikit lada hitam (kisar halus)
Segenggam beras (rendam sekejap dan tumbuk)
Sedikit daun kesum
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Keladi dibuang kulit dan dipotong. Rendam sekejap dalam air.
2. Cuci bersih keladi biar hilang getahnya dan tidak gatal.
3. Rebus keladi. Masukkan bahan kisar halus.
4. Selepas mendidih, masukkan beras, daun kesum, asam keping dan garam.
5. Biarkan sehingga keladi empuk. Matikan api.

IKLAN

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Azira Mamat

IKLAN

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

IKLAN

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI