Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BAHAN-BAHAN:
- Telur
- Lada benggala
- Daging kisar
- Serbuk kari
- Garam
- Keju ( kalau nak letak )
- Daun bawang
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
6. Angkat dan boleh dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Nur Suriya Nawawi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masakan Istimewa, Sambal Goreng Tauhu & Telur Puyuh.
Penambahan petai menaikkan lagi aroma dan rasa dalam masakan.
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping tauhu | potong dadu dan goreng
- 15 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit
- 1 papan petai | ambil isi
- 1 cawan santan
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 3 biji cili kering
- 4 biji buah keras
- 2.5cm halia
- 2.5cm lengkuas
- 2 batang serai
- 3 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Goreng tauhu separuh masah dan rebus telur puyuh. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar hingga terbit wangi. Masukkan tauhu goreng, telur puyuh yang direbus dan petai. Gaul seketika dan masukkan santan. Masak hingga kuah pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia dinikmati.
Chef Rathakrishnan Pakar Masakan Melayu, Kongsikan 6 Resipi Tradisi Seperti Di Hotel!
Masakan Melayu menjadi perhatian dan tarikan utama. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya. Setiap satu memiliki rasa yang sudah pasti memukau selera untuk dinikmati. Kali ini dikongsikan 6 resipi masakan tradisi yang membangkitkan rasa. Lebih istimewa apabila kesemua itu merupakan air tangan chef berbangsa India yang merupakan pakar masakan Melayu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Chef Rathakrishnan. Selamat mencuba!
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 600-800 gm daging |hiris nipis
- ½ cawan air asam jawa
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- Sedikit gula
- Sedikit garam | jika perlu
- Minyak masak
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 6-7 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap manis
BAHAN SANGAI DAN KISAR HALUS:
- 12-15 biji bawang merah
- 5-7 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 10 tangkai cili kering | tambah jika mahu pedas
CARA MEMASAK:
- Daging tadi dipotong nipis dan diperap dahulu selama 30 minit dengan bahan perapan daging.
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
- Masak sehingga pecah minyak. Masukkan pula daging perap.
- Kacau sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit air.
- Masakkan sehingga kuah agak pekat dan perasakan dengan sedikit gula.
- Tambah garam jika perlu.
- Setelah masak dan timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih baik perapan daging disimpan dalam peti ais.
…..
Saiz hidangan: 6 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Goreng tanpa minyak dan tumis.
Jenis Masakan: Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak dengan rasa pedas-pedas manis berkicap.
Anggaran kos RM12.
TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 1 batang serai |titik
- 1 helai daun kunyit | hiris
- 10 biji belimbing buluh
- 250ml santan pekat
- 200ml santan cair
- Sedikit garam
- 1 keping asam gelugor
Bahan B (KISAR):
- 4 biji bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 3cm kunyit hidup
- 6 biji cili padi kampung
- 1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
- Kisar bahan B dengan santan cair. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
- Apabila mendidih, pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan-lahan.
- Jarakkan antara satu sama lain. Boleh dimasukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
- Masak sambil dikacau perlahan sehingga telur mengeras.
- Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukupnya.
- Terus kacau supaya pati santan tak pecah minyak.
- Bila mendidih, bolehlah ditutup api supaya belimbing masih rangup.
INFO CHEF: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.
…….
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (telur).
Keistimewaan: Rasa enak lemak pedas telur memecah selera makan
Anggaran kos RM10
AYAM RENDANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 80gm ayam | potong enam
- 400ml santan
- 2-3 helai daun limau purut
- 2 sudu makan kerisik
- 1 keping asam gelugor
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukupnya
- 2 batang serai |dititik
BAHAN KISAR:
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cm halia
- 1/2cm lengkuas
- 6-8 biji cili padi
- 3 biji cili hijau
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
- Masukkan ayam, kacau sebati.
- Seterusnya masukkan santan, reneh dengan api yang sederhana.
- Masukkan daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula secukupnya.
- Apabila kuah hampir pekat, masukkan kerisik dan daun kunyit.
- Kecilkan api, terus kacau kacau hingga pekat dan timbul minyak.
- Tutup api, rendang ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh goreng ayam separuh masak dahulu, supaya rendang lebih cepat masak dan tidak hancur.
…..
Saiz hidangan: 6 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Tumis dan reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (ayam).
Keistimewaan: Gabungan pedas dan lemak yang sedap.
Anggaran kos RM15
SOTONG SUMBAT PULUT BERSAMA KUAH PERCIK
Bahan-bahan:
- 600gm sotong putih
- 2 cawan beras pulut | rendam 1 jam
- 1 1/2 cawan santan kelapa
- Garam secukup rasa
BAHAN SOS PERCIK:
- 10gm bawang putih
- 30gm bawang merah
- 30gm halia
- 5 batang serai
- 5 tangkai cili merah
- 20gm kunyit hidup
- 10gm lengkuas
- 2 keping asam gelugor
- 40gm gula Melaka
- 100ml santan
- 100ml minyak
- Garam secukup rasa
- Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kukus beras pulut hingga setengah masak, angkat dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan garam dan kukus lagi hingga masak.
- Sumbat pulut yang telah siap dimasak dalam sotong dan sematkan bahagian hujungnya dengan lidi.
- Panggang sotong hingga masak.
- Untuk sosnya, kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai cili merah, lengkuas.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan naik bau.
- Masukkan asam gelugor, gula Melaka dan santan.
- Masak hingga sos pekat dan perasakan dengan garam.
- Curah sos pekat atas sotong panggang. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sotong Sumbat Pulut ini enak dihidangkana panas-panas.
……
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Kukus, bakar dan tumis.
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Rasa manis-manis lemak dan sotong yang segar.
Anggaran kos RM30
GULAI KETAM BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor ketam potong dua
- 1/2 biji nanas | hiris ikut suka
- 1 paket kecil rempah kari ikan
- 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
- 500ml santan pekat
- Sedikit air panas
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 2 sudu teh jintan manis
- 1/2 inci halia
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
BAHAN HIRIS:
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara memasak:
- Siapkan pes kari dengan mencampurkan rempah kari dengan sedikit air panas dalam mangkuk.
- Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata, ketepikan pes.
- Panaskan minyak, tumiskan hirisan bersama daun kari hingga wangi.
- Masukkan pes rempah tadi. Tambah sedikit air.
- Masak rempah sehingga timbul minyak, masukkan ketam yang telah dipotong dua dan sudah dibersihkan.
- Kacau sebentar, masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.
- Kemudian masukkan nanas yang dihiris tadi.
- Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Elakkan dari memasak terlalu lama kerana akan hilang rasa manis ketam.
…….
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Tumis dan reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (ketam).
Keistimewaan: Gabungan manis ketam dan nanas menjadikan gulai sungguh enak.
Anggaran kos RM30
SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang kuning
- 1/2 cawan biji petai yang telah dikupas
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 biji bawang merah | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 2-3 sudu makan cili | kisar
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit air asam Jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili kisar sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.
- Masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik.
- Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam Jawa, hirisan bawang besar dan garam.
- Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
- Sesuaikan rasa dan tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih sedap jika anda menggunakan petai segar .
…….
Saiz hidangan: 8 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Goreng dan tumis.
Jenis Masakan: Sambal (udang).
Keistimewaan: Enak, pedas dan terasa manis udangnya.
Anggaran kos RM20
TEKS: NURUL AZWA ABU BAKAR
FOTO: JAZLAN NANGAR
RESIPI: CHEF RATHAKRISHNAN A/L KARNAYA, MALAY BANQUET CHEF
Resipi Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tau Kua (Tauhu)
Kurma Telur sememangnya satu juadah yang sangat enak. Kuahnya yang pekat berempah dan berperisa, enak dinikmati bersama nasi hangat. Ada juga cili padi untuk yang sukakan rasa pedas. Gigit sahaja. Pasti bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Memang terbaik dan anda pasti gemarkan rasanya.
KURMA TELUR BERSAMA KENTANG DAN TAU KUA (TAUHU)
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur – direbus
8 sudu makan serbuk kurma – beli online disini
1 sudu teh serbuk sup – beli online disini
½ cawan air
1/2 biji bawang besar – dihiris – beli online disini
2 cm halia – dihiris – beli online disini
3 ulas bawang putih – dihiris
8 biji cili padi merah – beli online disini
9 biji cili padi hijau – beli online disini
2 biji buah pelaga – beli online disini
2 kuntum bunga cengkih – beli online disini
1 kuntum bunga lawang – beli online disini
1 keping kulit kayu manis – beli online disini
1 helai daun pandan – disimpul
1 kiub pati ayam – beli online disini
2 sudu makan santan kotak – beli online disini
1 -1½ cawan air
1 biji ubi kentang – dipotong & digoreng – beli online disini
1 keping (besar) Tau Kua @ tauhu – dipotong & digoreng
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah – beli online disini
4 ulas bawang putih – beli online disini
5 tangkai cili kering – beli online disini
(kisar sehingga lumat)
CARA MEMASAK:
1. Serbuk kurma, serbuk sup dan ½ cawan air disatukan dan jadikan pes. Ketepikan.
2. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah. Tumis lagi sehingga sedikit keperangan.
4. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan pes bancuhan rempah kurma. Tumis lagi sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.
6. Seterusnya masukkan air dan santan. Kacau sebati.
7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub pati ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Rasa dan tambah garam jika perlu.
8. Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Ayam Sambal Bali Paling Mantap. Ikut Resipi Ini Pasti Jadi
Guna Banyak Bawang Goreng, Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap
Kulit Rangup, Inti Enak. Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official