
Selalunya kita hanya minum jus mangga susu di kedai. Stok mangga banyak dirumah dari membazir sebab tidak makan lebih baik kita buat sendiri jus mangga.
MANGGA SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji mangga
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat
TOPPING:
- Mangga (dipotong dadu)
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.
Info:
1. Jika hendak buat ekstra hanya gandakan jumlah bahan
2. Jika suka boleh tambah dengan aiskrim vanila
Kredit: Imah Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Bancuhan Sirap Sedap Cara Orang Tua Dulu-Dulu.

Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling ditunggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
CARA MASAK BANCUHAN SIRAP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1kg gula pasir
- 1 sudu besar jintan manis
- 1 sudu besar buah pelaga
- 2 Helai daun pandan
- 2 Sudu sirap
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian.
6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Azizah Zainudin
Cara-Cara Buat Jamu Kempis Perut Homemade. Mudah & Berkesan!

Setelah sakan beraya dan makan macam-macam, pasti ramai yang mengalami masalah penambahan berat badan, badan rasa berangin, perut sebu dan sebagainya. Bagi yang nak atasi masalah ni secara sihat, boleh cuba buat jamu kempis perut ni. Tidak menggunakan bahan kimia dan hanya bahan semulajadi sahaja digunakan. Selamat mencuba!
JAMU KEMPIS PERUT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN ( hasil 345 biji):
- 8 ulas bawang putih
- 5-6cm halia
- 1/2 sudu makan lada hitam
- 6 sudu makan halba
CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk semua bahan hingga agak-agak hancur kemudian kisar tanpa air.
2. Kemudian bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. Biarkan jamu kering dan simpan dalam peti sejuk.
3. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
4. Jamu ini boleh membuang angin dalam badan, mengempiskan perut dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
Kredit resipi & foto: Masz Rita
Buat Sendiri Teh 3 Layer, Sama Macam Kat Kedai Mamak

Di samping ramai peminat kopi, ada juga peminat teh. Lagi-lagi teh 3 layer. Teh 3 layer ni memang ramai peminatnya. Rasanya sedap dan lemak-lemak manis dengan susu serta gula melaka. Nah, kami kongsikan resipinya supaya korang boleh buat sendiri di rumah.
TEH 3 LAYER (resipi untuk 2 gelas)
BAHAN-BAHAN
• 3 ucang teh
• Sedikit air panas
• 3 keping gula melaka
• Ais
• 1/2 tin susu cair
CARA MEMBUAT
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. Ketepikan.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
TIP
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.
Resipi oleh Saliza Sabri dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan