Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
Ads
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
Ads
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
Ads
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Kredit resepi: imah rahman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sambal pembuka selera yang terkenal di negeri Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Minyak masak
Belimbing buluh yang sudah di rebus
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
Ramai yang suka makan sambal belacan tapi tak tahu cara nak hasilkan sambal yang sedap. Jika google resipi, tentunya terlalu banyak yang ada. Jenuh pula nak tengok satu-satu kan? Min ada terjumpa satu resipi Sambal Belacan perkongsian saudari Cikgu Afy Al Habibi yang dihasilkan khas untuk individu yang sedang diet. Ia menggunakan lemon, gula merah dan garam bukityang tentunya lebih sihat. Malah rasanya tetap sedap seperti sambal belacan biasa. Bagi anda yang nak cuba, boleh share resipi ni.
SAMBAL BELACAN DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 genggam cili padi hijau
3 biji cili merah
7 biji limau kasturi (buang biji)
1 biji lemon (untuk diperah)
Sedikit air
BAHAN BAKAR:
1 ulas bawang merah
1/4 biji bawang Holland
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 1/2 inci belacan ( nak tambah lagi pun boleh untuk yang suka rasa belacan yang kuat)
BAHAN PERASA:
8 sudu makan Gula merah
1 sudu teh Perencah hilal/knorr
2 sudu teh Garam bukit
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan bahan bakar (simpan sedikit bawang untuk dihiris nanti), cili, 3 biji limau kasturi bersama kulitnya, jus dari sebiji lemon dan bahan perasa. Bahan perasa boleh dimasukkan sedikit demi sedikit atau terpulang pada citarasa masing-masing.
2. Masukkan juga sedikit sahaja air. Jangan banyak nanti sambal terlalu cair. Kisar hingga lumat.
3. Tuang sambal belacan siap kisar ke dalam bekas.
4. Tambahkan hirisan lebihan bawang bakar, baki jus limau kasturi dan juga hirisan kulit limau kasturi.
5. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati bersama aneka sayur dan ulam.
6. Jika ada lebihan, boleh letak sambal belacan di dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan selama berminggu-minggu.
Anda seorang yang tidak boleh tiada sambal tiap kali nak makan nasi? Jadi perlu ada sambal bilis rangup ni untuk lengkapkan hidangan korang. Sambal bilis rangup ni sekali makan memang berulang kali. Rangup ikan bilis tu memang sedap ya amat, makan pula dengan nasi panas. Bukan setakat makan dengan nasi, tabur atas roti juga sedap. Buat stok banyak-banyak boleh standby untuk makan berbuka dan sahur nanti.
SAMBAL BILIS RANGUP
Bahan-bahan:
Ikan bilis dibasuh dan ditoskan hingga kering
Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu kemudian baru hiris)
Bawang putih – dihiris
Cili kering -dibasuh dan keringkan
Asam keping,garam dan gula
Tepung beras,tepung jagung dan tepung gandum/ Tepung Tempura Bestari
Cara membuat:
1.Gaul ikan bilis dengan ketiga-tiga tepung tadi.Akak lebihkan tepung beras dari tepung yang lain.Sukatan agak-agak saja. Tetap garing bila betul cara gorengnya.
2.Gaulkan juga bawang kecil,bawang putih tadi dengan tepung-tepung tadi.
3.Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan.kena kawal api, kalau tak hangus nanti.Agak dah keperangan boleh angkat dan toskan.
4.Kemudian gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
5.Cili kering tadi digoreng juga dalam 2-3 minit atau agak-agak garing tapi jangan sampai hangus nanti pahit.kemudian kisar cili kering TANPA AIR.
6.Dalam kuali dengan sedikit minyak, tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping.Gula lebihkan sikit.Kacau sampai gula dan garam larut.
7.Kemudian tutup api dan sejukkan sambal.Bila dah sejuk baru masukkan bahan-bahan goreng tadi dan kacau rata.
8.Siap untuk dinikmati.
*Jika terbanyak minyak masa menggoreng tak apa, kaut sambal bilis yang dah digaul dengan semua bahan-bahan tadi dan toskan dengan penapis.Kemudian lapik dengan tisu dapur dalam bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi.