“Resipi Kami, Cara Kami, ” inilah antara prinsip memasak June. Tengok rupa gambar sup ikan merah yang dimasak oleh June Ahmad ni memang terpesonalah. Ini sup ikan kegemaran anak-anak dan familinya.
Katanya dalam laman FB yang dikongsikan, dia lebih suka tumis bahan-bahan dahulu. “Buh bunga kantan gak sup wangi gitu, bukan apa ikan ini biasanya hanyir hanyir sikit.” ceritanya lagi. Anaknya yang bernama Amna kalau makan nasi siap tambah-tambah lagi. Tak guna pun sup bunjut untuk ikan yang dalam paket tuh.
Tapi tetap wangi dan sedap. Jom semak resipi dari June Ahmad ini.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kentang dalam periuk, masukkan air agak agak aje, rebus sekejap kemudian masukkan ikan. 2. Panas minyak sikit dalam kuali lain, ,masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk. Dah wangi boleh tuangkan dalam periuk sup.
.
.
IKLAN
3, Masak sekejap hingga kentang empuk… 4. Akhir sekali masukkan garam, perasa dan asam keping. 5. Akhir sekalisekali tabur bunga kantan n daun sup… ** bunga kantan nak hiris kecik2 atau memanjang pun ok ja,ikut citarasa masing-masing 6. Sup ikan merah sedia dihidang.
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan.
Sebagai perkongsian bersama, jom kita cuba empat resipi berasaskan sambal yang sekali makan, memang boleh menghabiskan dua pinggan nasi!
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek 3 papan petai muda| kikis kulit ari & potong dengan kulit-kulit 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam Jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
3. Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa. Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek 6 biji jering tua | hiris nipis 1 biji bawang besar | hiris 6 ulas bawang merah | kisar kasar 2 ulas bawang putih | kisar 1 sudu makan air asam Jawa 5 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan. 2. Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu. Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi. 5. Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah garing dan cukup rasa, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam Jawa 1 biji bawang besar | hiris 5 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 3 biji cili merah | kisar Garam & gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Cuci ikan masin kemudian toskan. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit. Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa. Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam. 4. Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api. Kacau rata dan tutup api. Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia | siang, cuci bersih & tos ½ biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam jawa Garam & gula secukup rasa Minyak masak (secukupnya untuk menggoreng & menumis)
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 15 biji cili padi 1 batang serai
1. Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng. 5. Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buntu tak tahu nak masak apa? Boleh cuba resipi tauhu ayam ini. Memang mudah sahaja cara membuatnya. Anak-anak pun mesti suka. Jom kita cuba resipi perkongsian Nick Ryzal ini.
RESIPI TAUHU AYAM
BAHAN-BAHAN:
Dada Ayam
Tofu telur
Tauhu dadu
Telur
Bawang besar
Pati ayam
Daun sup
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar bahan-bahan seperti ayam, tofu telur, tauhu dadu dan telur.
2. Masukkan daun sup, pati ayam, garam, lada putih, ajinomoto. Nak tambah lobak atau sayuran lain pun boleh.
3. Kemudian, kukus mengikut acuan yang anda mahukan.
4. Akhir sekali, celup dengan telur, goreng dan siap dijamah.
Jika anda mencari barangan rumah, boleh cari DISINI.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat tepung goreng pisang yang gerenti rangup dan sedap. Resipi ini dikongsikan oleh surirumah, Rafidah Zainul di laman facebooknya. Siap ada bijan. Bolehlah kita try buat.
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung rangup, bijan, garam dan gula.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Bancuhan cair sahaja, asalkan bersalut pada pisang.
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak.
2. Celup pisang pada bancuhan.
3. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...