Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi Kari Chinese Style perkongsian saudara Ahmad Shukri Shukor ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini agak mild, kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Memang sedap. Jom cuba.
CARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
- Mi kuning- dicelur
BAHAN KUAH:
- 100gm cili kering – rebus dan kisar
- 3 biji bawang besar – kisar
- 3 ulas bawang putih – kisar
- 2 batang serai – diketuk
- 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1/2 ekor ayam (potong kecil)
- 1 kotak kecil santan
- Tauhu apung
- Fish cake
CARA MEMASAK:
- Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
- Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
- Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
- Masukkan santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
- Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apung.
BAHAN SAMBAL:
- 300gm cili kering – rebus
- 4 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
- Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
BAHAN HIASAN:
- Telur rebus
- Taugeh – celur
- Sawi – celur
- Sambal
- Limau Nipis (potong separuh)
INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.
Kredit resipi & foto: Ahmad Shukri Shukor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Spageti Aglio Olio Pilihan Hidangan Untuk Rumah Terbuka
Spageti aglio olio boleh dijadikan pilihan untuk hidangan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia boleh dimasak dalam kuantiti banyak dalam satu masa. Jimat masa dan tenaga kan?
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nafsiah Rahim ini ye. Tiap orang ada cara tersendiri masak. Ini cara puan Nafsiah. Cubalah.
Spageti Aglio Oreo
Bahan-Bahan:
1 paket spageti
10-15 ekor udang
5-6 ekor sotong
2 batang sosej (hiris)
4 ulas bawang putih (cincang) – boleh beli online di sini
1 sudu besar chili flakes – boleh beli online di sini
1 sudu besar lada hitam – boleh beli online di sini
3 sudu besar serbuk oregano – boleh beli online di sini
5 tangkai cili kering (potong) – boleh beli online di sini
1 kiub ayam – boleh beli online di sini
2 keping keju – boleh beli online di sini
Sedikit minyak masak (atau minyak zaitun) – boleh beli online di sini
Air
Tomato (potong)
Lada benggala (hiris)
Cara Memasak:
1) Mula-mula, rebuskan spageti bersama sesudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
.2) Dalam kuali yang yang lain, masukkan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
.3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepas tu masukkan pula sedikit air rebusan spageti tadi.
.4) Seterusnya, masukkan serbuk cili flakes, serbuk lada hitam, serbuk oregano, keju dan kiub ayam. Masak seketika.
.5) Lepas tu bolehlah masukkan spageti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata.
Okay dah siappp!! Bagi yang sukakan pedas, boleh ejas lebih sikit chili flakes dengan lada hitam tu.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Buat Mee Kuah Cara Pantai Timur, Mee & Kuah Masak Sekali. Siap Masak Kena Terus Makan!
Mee kuah ini seakan mee sup tapi ada kelainan dari segi rasa dan cara memasak. Cara membuat hidangan dari Pantai Timur ini memang ringkas namun sedap.
Tapi syaratnya selepas siap dmasak ia perlu dimakan terus. Ini kerana mee akan dimasak sekali dengan kuah. Jika dibiarkan lama, mee menyerap kuah. Cara membuatnya dikongsi oleh Mohamad Ridhuan Othman.
Cara buat mi kuah stail pantai timur
Bahan-bahan
Mee kuning – rendam seketika dengan air panas dan toskan
Lada hitam biji
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland- dihiris
Ayam – dihiris
Daging – dihiris
5-6 ekor udang
Sawi- dipotong
Kubis – dipotong
1 biji tomato -dibelah
Cili besar – dihiris halus
2 biji telur
Garam
Cara membuat:
1. Tumbuk kasar lada hitam kemudian tumbuk sekali bawang putih bersama lada hitam tadi.
2. Panaskan minyak, dan tumis lada hitam dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
3. Bila tumisan naik bau, masukkan daging. Apabila daging separuh masak. Masukkan hirisan bawang holland.
4. Masukkan udang dan ayam kemudian tuang air dalam lesung serta masukkan dalam kuali (kuantiti air ikut cita rasa).
5. Bila kuah mendidih, masukkan mi kuning dan bahan sayur. Biarkan dalam seminit kemudian terus matikan api.
6. Tabur cili besar, masukkan dalam mangkuk dan terus hidangkan. Mi kuah ini sebaiknya dimakan selepas masak supaya mi tak kembang dan menyerap kuah.
7. Lagi sedap hidangkan dengan telur goyang. Cara membuatnya panaskan air, letak sedikit cuka dan pecah telur. Bila telur masak, angkat. Hidangkan bersama dengan mi.
Selamat mencuba
Sumber: Mohamad Ridhuan Othman
Variasi Hidangan Pasta Secara Homemade Paling Sedap & Mudah..Anak-Anak Pasti Suka!
Butuahnya, bila Chef Imelda Haris yang terkenal dengan menu fusion untuk share 10 resipi pelbagai jenis pasta yang boleh mak-mak cuba sebab sekarang ni ramai anak-anak lebih suka makan pasta dari nasi.
Menariknya, Chef Imelda begitu kreatif mempelbagaikan jenis pasta yang dimasak dalam cita rasa Malaysia seperti Pasta Ayam Kicap Pedas, Makaroni Sambal Tumis, Linguine Ayam Lemak Cili Padi, Fussili Goreng Pedas dan beberapa lagi. Diharapkan dengan idea yang diketengahkan oleh Chef Imelda ini anda jadi lebih kreatif menyediakan menu pasta.
Apa tunggu lagi, jom cuba. RASA yakin percubaan anda tidak akan sia-sia kerana kesemua menu ini memang sedap dan sedikit pedas memang sesuai dengan tekak orang Malaysia. Untuk anak-anak boleh je kurangkan pedasnya.
PASTA AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm Linguine yang sudah direbus separuh masak
- 300gm isi ayam | dipotong dadu
- 2 biji bawang putih | tumbuk halus
- 1 biji bawang besar | tumbuk halus
- 2 biji cili padi hiris halus
- 3 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 biji tomato dipotong dadu
- Garam dan minyak jagung untuk menumis
- Herba basil secukup rasa
- Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak sehingga garingatau kekuningan
- Masukkan isi ayam dan gaul rata.
- Tuangkan kicap masin dan manis.
- Campurkan Linguine dan cili padi.
- Tambahkan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
- Tambah air jika anda ingin sedikit berkuah.
- Pasta sedia dihidangkan.
MIX BEANS PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 200g spageti | rebus separuh masak
- 1/2 tin kacang panggang dalam sos tomato
- 5 batang kacang buncis | potong
- 2 biji bawang putih | cincang halus
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Sedikit minyak masak untuk menumis
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Bawang putih ditumis sehingga naik bau dengan sedikit minyak.
- Masukkan kacang buncis kacau sehingga separuh masak.
- Tuangkan kacang panggang bersama sos ke dalamnya dan gaul sehingga mesra.
- Biarkan seketika dan masukkan pasta dan kesemua bahan lain.
- Tutup api dan perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa
- Sedia untuk dihidang.
PASTA SALAD BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 180gm pasta sayuran pelbagai bentuk | rebus Al dente
- 1/2 biji cili bengala hijau | dipotong dadu
- 3 sudu makan minyak jagung
- 1/2 sudu serbuk paprika
- 1/2 sudu serbuk jintan manis
- 1/4 sudu serbuk ketumbar
- 1 sudu madu
- 1/2 biji lemon
- Sedikit daun ketumbar | dihiris halus
- sedikit garam dan lada hitam
- 1 botol kosong
CARA MEMASAK:
- Campurkan minyak dan rempah paprika, jintan manis, ketumbar berserta madu ke dalam botol kosong
- Goncang sehingga bahan sebati.
- Masukkan pasta dan minyak berempah lalu gaul sehingga semua bahan mesra.
- Tambahkan lada benggala dan daun ketumbar.
- Perasakan dengan garam dan lada.
- Perahkan jus lemon sebelum dihidang.
SPAGETI AYAM CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
- 250gm spageti | rebus al dente
- 200gm isi dada ayam | hiris
- 1 biji cili benggala hijau | potong panjang
- 1 sudu makan bijan hitam
- 1/2 cawan santan pekat
- 1/4 cawan air
- 1 biji bawang bombay | mayang
- 1 kiub ayam
- 1 helai daun bay kering
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Sedikit herba parsley kering
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sehingga sedikit kuning lalu masukkan capsicum.
- Tumis sehingga campsicum masak. Masukkan ayam dan goreng sehingga separuh masak
- Kemudian masukkan kiub ayam, daun bay, sedikit herba parsley kering dan air lalu direneh sehingga masak.
- Masukkan spageti sudah direbus ke dalam sos dan reneh sehingga masak.
- Sesuaikan rasa dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
MIX VEGETABLE PASTA OLIO WITH CHILI FLAKES
BAHAN-BAHAN:
- 250g pasta sayuran campuran yang direbus al dente
- 3 biji bawang putih | cincang
- 2 biji cili padi | hiris halus
- 1 sudu teh stok ayam
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu teh serbuk cili
- Garam dan minyak jagung untuk menumis
- Herba parsley secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
- Masukkan cili padi, stokayam dan tumis sehingga garing.
- Campurkan pasta dan jus lemon.
- Tambahkan garam dan herba parsley mengikut cita rasa anda.
- Segera hidangkan panas-panas.
FUSSILI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm pasta fussili yang sudah direbus separuh masak
- 1 sudu makan bawang putih kisar
- 1 sudu makan bawang merah kisar
- 1 sudu makan pes cili
- 1/2 sudu besar stok ayam
- 30gm ikan bilis kisar halus
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- Garam dan minyak jagung untuk menumis
- Sedikit Herba ketumbar cincang
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
- Masukkan cili benggala dan tumis sehingga garing.
- Campurkan fussily.
- Perasakan dengan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
- Fussili sedia dihidangkan.
MACARONI SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm macaroni yang sudah direbus separuh masak
- 70gm ikan bilis | goreng garing
- 10 tangkai cili kering | buang biji, rebus & kisar
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 1 keping asam gelugor
- Secubit ikan bilis mentah
- Sedikit belacan
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar gula apong
- Minyak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang merah, ikan bilis, belacan sehingga halus.
- Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit.
- Bila cili masak garing dan pecah minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
- Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam gelugor, gula apong dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.
- Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak.
- Tambahkan macaroni dan masak sehingga semua sebati.
LINGUINE AYAM LEMAK CILI PADI
- BAHAN-BAHAN:
300gm linguine yang sudah direbus separuh masak - 2 keping peha ayam | potong sederhana
- 3 cm kunyit hidup | kisar
- 5 bijicili padi | kisar
- 2 batang serai | titik
- 1 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 sudu makan stok ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk mengoreng
CARA MEMASAK:
- Kunyit, serai dan cili padi kisar di tumis dengan sedikit minyak sehingga agak garing.
- Masukkan air dan stok ayam masak sehingga mendidih.
- Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak.
- Kecilkan api lalu di masukkan santan berserta pasta.
- Pekatkan sos dan ubah suai rasa mengikut cita rasa anda.
- Pasta sedia dihidangan
PASTA IKAN BILIS TOMATO
BAHAN-BAHAN:
- 250gm linguine direbus al dente
- 50gm ikan bilis goreng
- 5 biji tomato besar masak ranum potong kecil
- 1 biji bawang Bombay di mayang
- 1 cawan air
- 1 kiub ayam
- 1 helai daun bay kering
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Sedikit herba parsley kering
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang bombay sehingga sedikit kuning lalu masukkan tomato.
- Tumis sehingga separuh garing. Masukkan air dan reneh sehingga masak.
- Kemudian masukkan ikan bilis kiub ayam, daun bay dan sedikit herba parsley kering dan biarkan seketika.
- Tambahkan linguine yang sudah direbus kedalam sos dan reneh sehingga masak.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah mengikut cita rasa anda.
- Pasta sedia dihidangkan.
MACARONI AND CELERY OLIO
BAHAN-BAHAN:
- 250gm macaroni yang sudah | rebus separuh masak
- 100g batang celery | cincang halus
- 2 biji bawang putih | cincang halus
- 2 biji cili padi | hiris halus
- Garam dan minyak jagung untuk menumis
- Herba basil secukup rasa
CARA MEMASAK:
- 1.Tumis bawang putih dengan minyak sehingga kekuningan.
- Masukkan celery dan tumis sehingga garing.
- Campurkan macaroni dan cili padi dan tambahkan garam dan herba basil mengikut cita rasa anda.
- Kacau rata, angkat dan sedia dihidangkan.