​Berselera Dengan Hidangan Sederhana Terung Goreng Sambal Cili Padi

Share

Terung digoreng terlebih dahulu dan dicurah sambal yang dimasak berasingan, jadilah hidangan terung goreng sambal cili padi

TERUNG GORENG SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

Terung panjang (digoreng)


BAHAN SAMBAL:
  • Segemgam cili padi
  • 3 batang cili hijau besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • Air asam jawa
  • 1 sudu besar udang kering ( pilihan bole gantikan dengan belacan )

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan sambal kecuali asam jawa dan tumis dengan sedikit minyak.
  2. Masukan gula dan garam. Biar nampak bergula.
  3. Masukan air asam jawa kacau sampai pekat dengan api yang kecil.
  4. Bila sudah siap boleh tabur ke atas terung.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: azahari abdullah

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

Published by
Faridah Talib