Kalau di Malaysia sebut sahaja ‘burger special’ akan teringat stall kecil yang banyak berniaga di tepi-tepi jalan di kawasan rumah dan mesti kita ada stall kegemaran. Mesti antara kita pernah memesan burger special daging atau ayam iaitu burger yang dibalut dengan telur.
“Bang saya nak burger daging…special ye”
“Ok! siap… satu burger daging special”
Tahukah anda? ‘burger special’ Malaysia sudah viral dan menjadi kegilaan penduduk New York. Burger yang hanya dijual tepi jalan sama seperti di Malaysia sudah menjadi sensasi kerana mereka sanggup beratur panjang untuk merasa sendiri kesedapannya. Hasil perkongsian INSIDER food menjadi viral di faceboon mendapat 31 000 likes setakat artikel ini ditulis.
Ads
https://instagram.com/p/BaWNNOzFCmC/
https://instagram.com/p/BXG2HSaFe-W/
Ini adalah usaha The Malaysian Project dalam mempromosi makanan ala Malaysia di New York. Burger special yang dijual menggunakan daging buatan sendiri dengan ramuan istimewa tapi mengekalkan ciri istimewa malaysia. Mungkin ia adalah perkara baru bagi orang di sana makan burger yang berbungkus dengan telur. Selain itu ada pelbagai hidangan lain yang turut dijual. Untuk pengetahuan semua makanan yang dijual The Malaysian Project tidak halal bagi yang beragama islam. Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia memang berbanga atas pencapaian mereka dalam mempromosi makanan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Setelah melahirkan pelbagai program yang mewarnai industri penyiaran, Nu Ideaktiv yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam penghasilan kandungan kreatif, bakal memperluaskan sayapnya dengan melancarkan 2 portal direktori, promosi dan reviu produk-produk usahawan tempatan.
Sejajar dengan matlamat Hari Malaysia yang ingin memperkasa taraf sosioekonomi negara, Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma menjanjikan tawaran terbaik terutamanya kepada para pengusaha kecil dan sederhana tempatan untuk mempromosikan produk-produk mereka.
Diperkasakan oleh jenama Rasa dan Pa&Ma, dua portal ini dilancarkan dengan tujuan ingin memberi solusi kepada pengguna dan mempermudahkan transaksi jual beli diatas talian dengan mengumpulkan para peniaga dari seluruh Malaysia dibawah satu platform. Sebagai promosi pembukaan, portal Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma ini menawarkan slot percuma untuk para peniaga yang mendaftar. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, kedua-dua portal ini dilancarkan bagi memenuhi kehendak dan segmen pasaran yang berbeza.
Jom RASA menghimpun 1001 seleksi makanan citarasa lokal dari seluruh Malaysia. Matlamat utama portal Jom RASA ialah sebagai platform promosi dan ulasan segala produk makanan keluaran para peniaga tempatan. Pelbagai kategori turut disajikan buat para pengguna di Jom RASAdan lebih menarik lagi, portal ini memaparkan segala produk jualan berkaitan makanan dari seluruh Malaysia. Makanan atau produk-produk yang sukar didapati di kawasan anda, kini semuanya hanya di hujung jari. Dengan sistem yang efisyen, paparan sesebuah item pula akan dilengkapi dengan cadangan produk-produk berkaitan.
Baby Bazaarby Pa&Ma pula merupakan sebuah portal direktori, promosi, dan reviu produk bayi, ibu hamil, serta ibu berpantang. Generasi ibu bapa muda masa kini juga dilihat sangat menitikberatkan soal keseimbangan masa dalam kerjaya dan masa bersama keluarga. Dahulunya masa banyak dihabiskan kerana terpaksa berkunjung ke pasar raya atau kedai barangan bayi untuk membeli barang-barang berkaitan kehamilan dan penjagaan bayi. Kewujudan portal ini bertujuan untuk membantu mereka membeli segala kelengkapan ibu dan anak dari rumah sahaja.
Kami nampak kekurangan adanya direktori yang memudahkan pengguna mencari apa yang mereka inginkan. Inspirasi di sebalik penubuhan kedua portal ini dilahirkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana kita dapat lihat lebih ramai orang membeli belah secara atas talian. Kedua portal ini bukan sahaja untuk mempermudahkan pengguna tetapi juga membantu para peniaga kecil di waktu sebegini. Jom RASA dan Baby Bazaar by Pa&Ma tidak mengambil sebarang komisyen atas keuntungan yang dibuat hasil transaksi yang berlaku. – En. Syamil Fahim, Ketua Pengawai Eksekutif Ideaktiv.
Mengulas lanjut, beliau turut berkata, pihaknya komited dalam melahirkan portal-portal lain yang berkaitan dengan jenama-jenama lain di bawah Ideaktiv dan akan menumpukan kepada pembangunan portal berkaitan perkahwinan dan dekorasi kediaman dalam masa terdekat ini.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Jom Rasa Website: jomrasa.my Facebook: Jom Rasa Instagram: @jomrasamy
Baby Bazaar by Pa&Ma Website: babybazaar.my Facebook: PA&MA Fiesta
Jom cuba buat nugget homemade! Ha…bagi ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan nasi, memang susah hati kan? Bukan apa, risau jika mereka tidak dapat zat serta keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Melalui perkongsian saudari Hani Nanny, ada menu mudah yang anda boleh cuba. Malah jika buat menu ni, lebihan nasi juga boleh digunakan tanpa perlu membazir.
Anak payah nak makan nasi? No worries lah. Jom try buat nugget, Boleh je campak-campak sayur, ayam ikut kesukaan dalam tu. Kalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya. Buat bebanyak pastu frozenkan, Bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan?
CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Nasi (empunya resipi guna beras jepun) – beras biasa pun boleh
Isi ayam
Daun bawang(optional) – boleh juga tambah lobak merah dan lain-lain sayur ikut citarasa
Perasa
1-2 biji telur – dipukul
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan nasi, isi ayam, sayur dan perasa dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
2. Canai adunan nasi tadi dan tekap dengan pencetak kesukaan. Pastikan anda sapu sedikit minyak pada pencetak dan permukaan nasi supaya tidak melekat.
3. Celup kepingan nugget nasi dalam bancuhan telur.
4. Kemudian salut dengan serbuk roti. Lakukan hingga habis adunan.
5. Selepas siap, sejukbekukan nugget terlebih dahulu sebelum digoreng.
Paling pening nak fikir lauk apa nak masak untuk bersahur kan? Yelah mana taknya tengah mamai nak kena sediakan bahan masak bersahur pula, kalau tak kena tekak menunya mesti takde selera nak makan untuk bersahur. Nak fikir menu dah susah nak dapat mood bersahur dengan lauk sesuai tekak lagilah susah. Tapi jangan risau menu simple macam Tofu Crispy Goreng Pedas ni confirm laju makan dengan nasi panas.
TOFU CRISPY GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 keping tofu (Hiris nipis)
5 ulas bawang putih cincang
1 sudu teh chilli flakes
5 biji cili padi potong
1 sudu teh serbuk jintan manis
2 sudu makan sos tiram, 1 sudu makan kicap cair, 1 sudu makan kicap pekat, sedikit cuka dan gula (satukan dan kacau semua)
Daun bawang
Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
Goreng tofu mengikut saiz dan bentuk yang korang suka.
Satukan bawang putih cincang, chilli flakes, cili padi dan serbuk jintan manis.
Minyak kena betul-betul panas dan tuang dalam bahan cincang. Tapi saya tuang bahan cincang dalam minyak panas. Saya suka garing sikit bawang putih tu. So, saya masak sekejap.
Masa ni api dah tutup, tuang semua bahan kicap tadi.
Masukkan tofu yang dah digoreng awal-awal tadi. Masukkan bahan hijau sekali.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...