Hidang Mi Kari Chinese Style, Mudah Dimasak Untuk Tetamu Beraya!

Share

Rasa kuah mi kari chinese style agak mild dan kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambah sambal yang diasingkan mengikut citarasa anda.

MI KARI CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • Mi kuning- dicelur

BAHAN KUAH:

  • 100gm cili kering – rebus dan kisar
  • 3 biji bawang besar – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 2 batang serai – diketuk
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 kotak kecil santan
  • Tauhu apung
  • Fish cake

CARA MEMASAK:

  1. Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
  2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
  3. Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak
  4. Masukkn santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
  5. Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apong

 

BAHAN SAMBAL:

  • 300gm cili kering – rebus
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
  2. Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.

BAHAN HIASAN:

  • Telur rebus
  • Taugeh – celur
  • Sawi – celur
  • Sambal
  • Limau Nipis (potong separuh)

INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ahmad Shukri Shukor

Published by
Mastura Abu Kassim