Tak ada idea nak masak apa untuk suami dan anak-anak hari ni? Menu Mi KariChinese Style perkongsian saudara Ahmad Shukri Shukor ini antara hidangan mudah dan sedap yang boleh disediakan. Rasa kuah Mi Kari Chinese Style ini agak mild, kurang pekat dan tidak terlalu berlemak. Memang sedap. Jom cuba.
CARA MASAK MI KARI CHINESE STYLE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning- dicelur
BAHAN KUAH:
100gm cili kering – rebus dan kisar
3 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 batang serai – diketuk
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1/2 ekor ayam (potong kecil)
1 kotak kecil santan
Tauhu apung
Fish cake
CARA MEMASAK:
Panaskn minyak dan goreng serai sekejap.
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak hingga terbit minyak.
Masukkan serbuk kari dan masak sebentar. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak.
Masukkan santan sekotak kecik dan air (sukatan air agak-agak sahaja mengikut selera mahu kuah pekat atau cair)
Biar kuah mendidih dan perisakn dengan garam dan serbuk perasa. Tambahkan tauhu apong dan fishcake. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu apung.
BAHAN SAMBAL:
Ads
300gm cili kering – rebus
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Rebus cili kering. Bila sudah masak, kisar bersama bawang besar dan bawang putih
Tumis hingga wangi. Perisakn dengan garam dan gula.
BAHAN HIASAN:
Ads
Telur rebus
Taugeh – celur
Sawi – celur
Sambal
Limau Nipis (potong separuh)
INFO: Mi kari sedap di makan dengan wantan goreng.
Terasa nak makan mi berkuah, apa kata ada cuba resipi Mi Kuah Kelantan Style ni. Nampak sedap sungguh, mudah disediakan. Paling penting dapur anda tidak berkincah untuk menyediakannya, sebab tak banyak bahan dan cara masak yang ringkas. Makan panas-panas mengantikan nasi untuk menu makan malam sedap ni ye.. Macam biasa resipinya ada dikongsikan di bawab.
MI KUAH KELANTAN STYLE BAHAN-BAHAN: 500gm tulang /daging | hiris daging, cuci bersih dan toskan 1 paket mi kunging | cuci, celur dan tos 1 biji bawang besar |hiris 1 biji tomato | hiris Sedikit hirisan sawi, lobak merah dan kobis 2-3 biji telur Garam dan perasa secukupnya BAHAN KISAR: 4 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2cm halia CARA MEMBUAT:
Rebus tulang/daging sampai empuk.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar (tumis darat).
Bila dah garing masukkan ke dalam rebusan tulang/daging tadi bersama bawang besar.
Masukkan garam, sedikit perasa dan maggie cukup rasa.
Biar seketika, kecilkan api dan pecah kan telur. masukkan hirisan sayu tadi.
Akhir sekali masukkan mee yang telah dicuci tadi.
Tutup api, bolehlah hidangkan mi tadi dengan sambal cili.Kredit: nur adyani
Kalau kita lihat bihun warna putih, itu adalah salah satu ciri-ciri bihun goreng Singapura. Bihun ini digoreng tanpa menggunakan cili kering yang dikisar menjadi pes. Inilah yang membezakan antara bihun biasa dengan bihun Singapura.
BIHUN GORENG SINGAPURA
Bahan-Bahan
1 bungkus bihun (400g)
Minyak masak untuk menumis
1 mangkuk kecil isi udang
1 mangkuk kecil isi ayam (potong dadu)
3 batang fish cake (potong dadu)
1 kiub ikan bilis
2 biji telur ayam
Kobis (cencang kasar)
Sawi
Lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk halus
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu besar lada hitam
Bahan hiasan
Bawang goreng
Daun bawang
Cili besar
Telur rebus (potong bulat)
Cara memasak
1. Rendam atau celur bihun sehingga lembut. Tapis dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk halus.
3. Masukkan isi udang, isi ayam dan fish cake. Kacau rata sehingga masak.
4. Masukkan pula kiub ikan bilis dan pecahkan telur. Kacau seketika.
5. Masukkan bihun dan kacau sehingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran seperti kobis dan sawi.
7. Taburkan lada sulah, garam dan gula.
8. Kacau sehingga rata dan semuanya masak.
9. Angkat dan hias dengan bahan hiasan. Hidang bersama kopi panas melengkap cita rasa.
Anda suka makan Char Kuay Teow? Ya..Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP
& CARA MASAK CHAR KUAY TEOW
RESIPI KUAH KICAP:
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI:
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUAY TEOW
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuay teow yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuay teow ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua.sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...