Daging enak dinikmati dengan pelbagai cara masakan. Oleh itu, bagi anda yang belum ada idea tentang jenis masakan yang nak disajikan buat keluarga hari ini, seleksi resipi pilihan RASA kali ini pasti boleh membantu. Selamat mencuba!

1. DAGING BAKAR DENGAN AIR ASAM

1 Bahan, 4 Lauk Berbeza. Idea Menu Untuk ‘Lunch’ Paling Cepat Siap Yang Boleh Dimasak Guna Daging.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging batang pinang

BAHAN PERAPAN (DIKISAR):

  • 3 batang serai
  • 2cm halia
  • 2.5cm lengkuas
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk cili

BAHAN AIR ASAM:

  • 2 ulas bawang merah |dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau |dihiris nipis
  • 3 biji cili padi |dihiris nipis
  • 1 biji tomato |dipotong dadu
  • 250ml air asam jawa
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging dan potong melintang urat.
  2. Tuang bahan perapan yang telah dikisar ke dalam bekas berisi daging dan perapkan selama 60 minit.
  3. Kemudian panggang daging menggunakan bara arang sehingga masak. Ketepikan seketika.
  4. Bagi menyediakan air asam, campur kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  5. Jika perlu, perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
  6. Hidangkan bersama daging bakar yang telah dihiris nipis.

Info chef: Serbuk cili boleh juga digantikan dengan serbuk paprika sebagai bahan perapan

IKLAN

 

2. DAGING GORENG KUNYIT ALA KAMPUNG

1 Bahan, 4 Lauk Berbeza. Idea Menu Untuk ‘Lunch’ Paling Cepat Siap Yang Boleh Dimasak Guna Daging.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm daging
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang besar |dihiris
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
  • 4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
  • 1 biji cili merah |dihiris
  • 4 biji cili api
  • 2 sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
  3. Kurangkan minyak, masukkan hirisan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
  4. Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

3.  DAGING MALBARI

1 Bahan, 4 Lauk Berbeza. Idea Menu Untuk ‘Lunch’ Paling Cepat Siap Yang Boleh Dimasak Guna Daging.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging | direbus dan dihiris nipis
  • 10 biji cili kering | dipotong dan dibuang biji
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1.5cm halia
  • 1.5cm lengkuas
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 tangkai daun kari
  • 125ml air asam jawa
  • Garam dan perasa
  • 125ml minyak untuk menumis
  • 250ml air rebusan daging

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas serta cili kering sehingga naik bau dan berwarna keperang-perangan dengan api yang perlahan.
  2. Kemudian masukkan bahan tersebut ke dalam pengisar dan masukkan sedikit air. Kisar hingga halus.
  3. Seterusnya panaskan minyak dan goreng kembali bahan yang dikisar tadi sehingga wangi.
  4. Masukkan daun kari dan daging. Biarkan sebati.
  5. Tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh seketika.
  6. Akhir sekali, masukkan kicap manis dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
  7. Sedia untuk dinikmati.

4. DAGING SINGGANG

1 Bahan, 4 Lauk Berbeza. Idea Menu Untuk ‘Lunch’ Paling Cepat Siap Yang Boleh Dimasak Guna Daging.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 ulas bawang putih |dihiris nipis
  • 3cm lengkuas |dihiris nipis
  • 2cm kunyit hidup |ditumbuk sehingga lumat
  • 1 sudu makan ketumbar | disangai dan ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh jintan manis | disangai dan ditumbuk kasar
  • 10 biji cili padi
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging dihiris nipis dan dicuci sehingga bersih.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk. Rebus sehingga daging kelihatan lembut dan empuk.
  3. Akhir sekali, masukkan cili padi dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Info chef: Untuk memudahkan daging empuk, masukkan sebatang sudu atau garpu besi ke dalam periuk rebusan dan rebus sehingga daging lembut.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI