Sesekali pekena pecal memang membuka selera, tapi dengan sedikit kreativiti korang boleh pelbagaikan menu yang  boleh dipadankan dengan kuah pecal. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah menyediakan lebih sambal pecal untuk disimpan kerana sambal pecal tahan lama jika betul cara simpannya.  Bila teringin makan kuah pecal, korang ciptalah isiannya ikut selera keluarga. Kalau tak ada idea, ini RASA kongsikan menunya.

1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

BAHAN KUAH KACANG:

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
  • 12 sudu besar gula perang atau pasir
  • 20 biji cili padi
  • 8 ulas bawang putih | dihiris
  • 10 ulasbawang merah | dihiris
  • 3cm halia | dihiris
  • 2cm isi | cekur
  • 3cm belacan
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air panas secukupnya  | untuk membancuh

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
  3. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
  4. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
  5. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam, gula dan garam secukupnya.
  6. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi. Gaul rata hingga sebati.
  7. Setelah siap simpan dalam bekas kedap udara,
  8. Bancuh kuah sambal pecal hanya bila perlu digunakan.

1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

PECAL SAYUR CAMPUR

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 200gmsambal pecal | resipi di atas
  • 5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
  • 5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
  • 50gm timun |dihiris memanjang
  • 50gm lobak merah |dihiris memanjang
  • 50gm sengkuang |dihiris memanjang

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh kuah pecal dengan sedikit air suam. Kacau rata
  2. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
  3. Masukkan bahan yang telah dicelur dan dihiris dalam mangkuk.
  4. Kemudian tuangkan kuah pecal dalam campuran sayur campur tadi..
  5. Pecal sedia dihidangkan.

1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

PECAL MI CAMPUR SAYUR

BAHAN-BAHAN

  • 200gm sambal pecal | resipi di atas
  • 200gm mi kuning | dicelur
  • 50gm tempe | dihiris dan goreng
  • 50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
  • 1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
  • 1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
  • Sedikit tauge | dicelur
  • Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm

 CARA MEMASAK:

  1. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat.
  2. Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
  3. Tuangkan kuah pecal yang telah dibancuh tadi di atasnya.
  4. Pecal mi sedia dihidangkan.

1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

PECAL AYAM  GORENG

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm sambal pecal | resipi di atas
  • 200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
  • 50gm lobak merah | diparut halus
  • 50gm sengkuang | diparut halus

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
  2. Seterusnya, masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
  3. Tuangkan kuah pecal yang telah dibancuh tadi di atasnya.
  4. Pecal mi sedia dihidangkan.

1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

Ads

PECAL NANGKA MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm sambal pecal | resipi di atas
  • 200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
  • 2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
  • Sedikit hirisan timun

CARA MEMASAK:

  1. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
  2. Seterusnya, masukkan nangka muda dengan kangkong yang telah direbus tadi dalam pinggan.
  3. Tuangkan kuah pecal di atasnya.
  4. Pecal nangka muda sedia dihidangkan.

 1 Kuah Pecal Jadi 5 Menu Berbeza,Tak Caya Korang Kena Cuba!

PECAL TELUR KENTANG GORENG

 BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 200gm sambal pecal | resipi sama di atas
  • 3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
  • 2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
  • 50gm lobak merah | diparut kasar
  • 50gm timun | diparut kasar

 CARA MEMASAK:

  1. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Ketepikan.
  2. Seterusnya, masukkan hirisan telur, kentang, hirisan lobak merah dan timun dalam pinggan.
  3. Tuangkan kuah pecal di atasnya.
  4. Pecal sedia dihidangkan..

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI