Setiap hari anda bergegas balik cepat semata-mata nak masak makan malam ahli keluarga. Sayang kesesakan jalan raya kerap jadi punca rutin harian menjadi kelam kabut, kadang-kadang sampai stres. Sudahnya sampai rumah masak pun cincai-cincai je.
Tenang ye ! Jangan stres-stres. Apa kata cuti hujung minggu anda buat pes sambal dalam kuantiti yang banyak kemudian frozenkan. Sebelum pergi kerja pagi pindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk. Bila balik dan nak masak boleh terus guna, tak perlu nak berair mata kupas bawang, tumbuk cili bagai. Sah! Penggunaan pes segera ini boleh membantu kerja memasak dapur lebih cepat dan mudah.
Anda boleh pelbagai jenis masakan hanya dengan menambah sedikit bahan lain, pes yang sama boleh buat sambal sotong, buat asam pedas ikan dan macam-macam lagi, ikut idea bijak anda ye.
Sebagai panduan, ini admin kongsikan idea empat resipi masakan berasaskan pes sambal berserta pes sambal sekali.
Kalau anda ada ideal lain jangan lupa kongsi-kongsikan.
PES SAMBAL
Ads
BAHAN-BAHAN
100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
3 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2.5cm belacan | pilihan
½ cawan kecil air asam jawa
Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor sotong | potong gelang
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 biji bawang merah | racik
1 batang serai | ketuk
3 sudu makan pes sambal
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
IKAN CENCARU STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan kembung bersaiz besar
3 sudu makan pes sambal
1 biji limau kasturi
2 batang bendi | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris bulat
1 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukupnya
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
Ads
Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
3 sudu makan pes sambal
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau.
Masukkan garam dan gula secukup r
Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Ads
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
4 ketul ayam | sederhana besar
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kesum
1 batang bunga kantan
Sedikit daun ketumbar
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Aneka resipi pankek gebu gebas, lembut & sedap. Pankek sangat sesuai dijadikam hidangan sarapan pagi. Ia sangat mudah disediakan dan juga mengeyangkan. Sesuai untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Bukan setakat anak-anak, tapi ibu bapa pun mesti suka.
Pankek ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara dan terdiri daripada bermacam perisa. Resipinya pun boleh diolah mengikut cita rasa tersendiri. Jom tengok resipi pankek gebu gebas yang RASA sediakan ini. Confirm lain daripada yang lain!
PANCAKE PEANUT BUTTER STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu teh esen vanilla
9 sudu besar tepung gandum | diayak
1 sudu teh baking powder | diayak
2 sudu besar air
Peanut butter strawberry secukupnya
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
FLUFFY PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
5 biji Strawberi
3 biji telur | Asingkan kuning dan putih
2 sudu makan gula
3 sudu makan tepung gandum
Sedikit minyak
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
PANKEK PISANG GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang
2 sudu gula | tuang di dalam kuali
2 biji telur
Garam secukupnya
Gula secukupnya
200ml susu segar
200gm tepung gandum
2 sudu minyak zaitun
Gula melaka | untuk drizzle
Cara membuat boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
PANKEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
½ sudu kecil soda bikarbonat
½ sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
½ biji buah naga merah
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
2 biji putih telur | putar hingga kental
3 sudu besar mentega cair
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
Tak lengkap nak menggoreng ayam jika tidak ada serbuk kunyit. Tapi tahukah kita ayam goreng yang tak di gaul dengan
serbuk kunyit lagi sedap dengan ramuan segar ini.
Resipi Ayam Goreng Tanpa Serbuk Kunyit
BAHAN-BAHAN:
5-6 Ulas bawang putih (ditumbuk)
5 Ulas bawang merah (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
Garam
1 Sudu besar serbuk cili
CARA-CARA:
Tumbuk semua bahan sehingga lumat.
Kemudian masukkan garam, serbuk cili dan gaulkan
Perap dalam 10 minit
Akhir sekali goreng ayam yang dah diperap tadi
Siap. Sedia dinikmati!
Masakan Filipina agak ringkas, banyak dipengaruhi dengan masakan Spanyol dan negara jirannya seperti Malaysia dan Indonesia, antaranya masakan Ayam Adoba rasanya lebih kurang Ayam Kicap di Malaysia dan Indonesia, sementara Ayam Pocherol seperti Ayam Stew. Jom kita cuba berpandukan resipi Rasa kongsikan ini.
AYAM KICAP FILIPINA (FILIPINO ADOBA CHICKEN)
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana, cuci dan tos
1 biji bawang Holland
3cm halia muda | hiris memanjang
2 biji kentang | belah empat
3 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
Air sesucupnya
4 helai daun salam
Garam, gula dan perasa secukupnya
2 sudu makan minyak masak
BAHAN PERAPAN :
4 sudu makan kicap
2 sudu makan cuka makan
4 ulas bawang putih | cincang halus
4 helai daun salam
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 biji kentang | potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupny
CARA MEMASAK :
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, dan perap sekurang-kurangnya 30 minit di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland bersama halia dan daun salam hingga wangi.
Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
Tambah air, tutup periuk dan biar ayam dan kentang empuk.
Baru masukkan kicap pekat dan kicap pekat manis dan sos tiram.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.
Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang puting hingga wangi.
Masukkan daging, kacau hingga dahing berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
CHICKEN POCHERO
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana
2 biji pisang Abu muda | buang kulit dan potong dadu
1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
1/2 cawan kacang kuda | rendam dan rebus
Sedikit kacang buncis | potong dua
Sedikit hirisan kubis
1 biji bawang Holland | hiris nipis
2 ulas bawang putih | cincang
1 pokok sawi putih | potong 3cm
1 cawan sos tomato
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh serbuk lada sulah
4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, gorengkan pisang dan kentang kemudian ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Kemudian masukkan ayam hingga ayam kecut dan airnya kering,maskkan sos ikan dan kacau lagi.
Tambahkan sos tomato dan air, biarkan mereneh di atas api pelahan sehingga ayam empuk lebih kurang 30 minit.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya.
Masukkan kacang kuda, kentang dan pisang yang telah digoreng tadi, masak lagi lebih kurang 3-4 minit lagi.
Akhir sekali masukkan kubis, kacang buncis dan sawi putih. Renehkan dalam 2-3 minit lagi.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.