10 Aneka Resipi Bihun Yang Sedap & Mudah Dimasak!

Share

Ada banyak stok bihun di rumah? Boleh cuba 10 resipi yang mudah dan sedap ini untuk hidangan sekeluarga di rumah.

Selain daripada goreng biasa yang selalu dibuat, bolehlah pelbagaikan menu berasaskan bihun yang dikongsikan ini.

 

BIHUN GORENG TOMYAM

10 Aneka Resipi Bihun Yang Sedap & Mudah Dimasak!

BAHAN-BAHAN

1 bungkus bihun
*5 biji bawang merah | cincang
*5 ulas bawang putih | cincang
*3 batang serai | dititik
*Udang geragau segenggam | cuci bersih
*Udang segar
*2 sudu pes thai tom yam
*Lobak merah | dihiris
Sayur sawi

CARA PENYEDIAAN

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

INFO
Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya.

Kredit resipi & foto: Zuraida Zu

 

BIHUN GORENG SINGAPURA

BAHAN-BAHAN

1 peket bihun | rendam dan toskan
200 gm bunga kobis
1 batang lobak merah | potong halus-halus
¼ biji kobis
2 biji cili (merah dan hijau)
1 labu bawang besar | potong dadu
5 ulas bawang putih | racik halus
15 ekor udang basah
2 ekor sotong sederhana besar | potong bulat
2 keping isi ayam | potong kecil
1 peket bebola ikan (fishball) | belah 2
1 peket kek ikan (fishcake) | potong nipis
¾ sudu kecil lada hitam (yang telah dikisar)
½ sudu kecil lada sulah
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air untuk melembutkan bihun
Garam

BAHAN SOS CILI KICAP (DIKISAR BERSAMA):

15 tangkai cili padi
¼ cawan kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
1 sudu teh cuka
Garam & gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang kecil hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan ayam, kacau sebentar.
2. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, kicap dan sos tiram diikuti dengan fishball, sotong dan udang. Kacau lagi.
3. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. diikuti dengan sayur kobis, cili potong dan garam.
4. Tambah air sedikit dan masukkan bihun. Kacau rata hingga bihun lembut (tambah air jika perlu).
5. Bila sudah masak, hidangkan bersama sambal kicap dan cili padi. Taburkan bawang goreng.

Kredit resipi & foto: Ummi

 

BIHUN SIAM BERKUAH

BAHAN-BAHAN:

1 bungkus bihun (rendam sebentar dengan air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 – 400gm tauge (bersihkan)

BAHAN-BAHAN (RENCAH MEE):

1 ¾ cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja) | digoreng sebentar


80 gm udang kering * (rendam)
Sedikit belacan *
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
Minyak untuk menumis (agak-agak 1- 1½ cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tapi jangan bubuh terlalu banyak kerana belacan dan udang kering juga memberi kemasinan pada bahan ini)

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan garam secukup rasa.
2. Keluarkan setengah bahagian rencah ini untuk dibuat kuahnya. Seterusnya, masukkan tauge ke dalam rencah dalam kuali tadi lalu digaul rata sebentar.
3. Kemudian, masukkan pula udang yang telah digoreng sebentar tadi dan bihun lalu dikacau hingga sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.

BAHAN (KUAH):

½ bahagian rencah mee siam
8 cawan air
¾ – 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yang lain dibiarkan kasar-kasar)
180gm gula pasir (kira-kira ¾ cawan)
Air asam secukup rasa (gunakan asam kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar-kasar)

CARA PENYEDIAAN KUAH:

1. Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air, tauco, gula dan garam.
2. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau sebentar dan sesuaikan rasanya.
3. Tambahlah apa lagi yang perlu (kuah mee siam ni selalunya mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam dan masin sedikit je. Kemudian matikan api.

BAHAN TABURAN/SAMPINGAN:

10 biji telur rebus
2 keping tahu | dipotong dadu & digoren
Daun kucai | dihiris
Limau kasturi | dibelah dua
Sambal tumis

SAMBAL TUMIS RINGKAS:

1 cawan cili kering kisar
1½ – 2 biji bawang besar
Sedikit belacan
(semua bahan di atas dikisar)
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sedikit je)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (optional)
Minyak secukupnya untuk menumis

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar dan belacan) sehingga garing.
2. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan api.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MENGHIDANGKAN MEE SIAM BERKUAH:

1. Bubuh secukup mee siam yang digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan.
2. Tuangkan kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi. Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap!

Kredit resipi & foto: Rozzan

 

BIHUN SUP SIAM

BAHAN A (UNTUK TUMISAN):

3 biji bawang merah | dihiris
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 sudu minyak bawang putih untuk menumis

BAHAN B (DIKISAR BERSAMA):

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh lada hitam

BAHAN C:

½ kg tulang ayam
1 keping dada ayam (kalau suka)
2 batang akar ketumbar
1 liter air (boleh tambah ikut kesesuaian)

BAHAN D:

1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN E (KALAU SUKA):

1 keping dada ayam | dihiris halus
1 sudu teh kicap cair
½ sudu teh lada sulah

BAHAN SAMPINGAN:

Bihun secukupnya | dicelur hingga lembut
Isi ayam yang dicarikkan halus
Chili flakes
Kacang tanah digoreng & ditumbuk kasar
Lobak asin | dicincang halus
Kangkung | dicelur
Tauge | dicelur
Daun ketumbar
Limau kasturi
Bawang putih | dicincang & digoreng

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak dalam kuali, buat dulu bawang putih goreng. Goreng bawang putih yang dicincang hingga keperangan, angkat dan toskan.
2. Keluarkan anggaran 2 sudu minyak dan masukkan ke dalam periuk berasingan.
3. Dengan sedikit lebihan minyak bawang putih didalam kuali tadi, gorengkan Bahan E hingga isi ayam masak dan kering airnya. Angkat dan ketepikan.
4. Panaskan kembali minyak bawang putih didalam periuk dan tumiskan Bahan A.
5. Goreng hingga bawang agak garing dan wangi, masukkan Bahan B kacau hingga rempah agak garing dan berbau wangi.
6. Masukkan Bahan C dan perasakan dengan Bahan D. Masak hingga kuah mendidih dan biarkan merenih anggaran 30 minit.
7. Keluarkan dada ayam dan carikkan halus ataupun siat menggunakan garpu.
8. Ambil bihun yang sudah dicelur, hidangkan bersama bahan sampingan yang lainnya dan curahkan sup panas ke atas bihun tadi.
9. Perahkan limau kasturi untuk mendapatkan rasa masam pada sup.

NOTA:
Boleh guna daging dan tulang menggantikan ayam. Boleh juga dihidangkan bersama sambal kicap. Resipi asal menggunakan gula siam atau gula untuk buat somtam tu

Kredit resipi & foto: Aniza Saidin (Aniza little kitchen)

 

BIHUN GORENG HAILAM

BAHAN A (untuk 2 orang makan):

¼ bungkus bihun | direndam ½ jam
Segenggam taugeh (jika suka)

BAHAN B:

Sedikit minyak untuk menggoreng
¾ mangkuk kecil udang kertas (yang bersaiz kecil)

BAHAN C:

1 biji bawang besar | dihiris sederhana tebal
4 ulas bawang putih | dikisar kering
3 biji cili kering | dikisar kerin

BAHAN D:

1 camca besar sos tiram
2 camca besar Kicap Manis ABC
2 camca besar kicap masin
½ camca teh lada hitam
Air secukup nya supaya bihun kita sedikit berkuah

BAHAN E:

4 ekor udang besar | dibuang kepala & kulitnya
Sedikit sayur (kucai @ lobak merah atau sawi)
Sedikit minyak bijan

CARA PENYEDIAAN:

1. Udang kertas kecil tidak perlu dibuang kepala, kulit dan ekornya. Cuma dibasuh bersih sahaja.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing. Semasa menggoreng, aroma udang akan keluar semerbaknya.
3. Angkat dan toskan minyaknya dan masukkan ke dalam pengisar dengan sedikit air dan kisar sehingga halus (kulit-kulit udang yang digoreng garing akan hancur, jadi tidak perlu ditapis lagi)
4. Panaskan kembali minyak goreng udang tadi dan tumis hirisan bawang besar. Goreng sehingga layu.


5. Masukkan bahan C yang lain dan goreng sehingga hampir keperangan. Masukkan bahan D dan masak sehingga kuah mendidih kembali.
6. Masukkan bihun, udang besar dan sayur. Ratakan semua, tutup tudung kuali dan perlahankan api supaya bihun masak dengan sempurna dengan wap yang terperangkap selama lebih kurang 5-6 minit.
7. Selepas 5 minit, renjis minyak bijan dan ratakan kembali. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Faudziyah Haji Ariffin FHA Selemak Santan

 

CHAR MEEHOON

BAHAN-BAHAN:

Bihun (untuk seorang makan) | direndam @ dicelur
1 biji telur
1/2 – 1 sudu makan cili boh yang dimasak
4 sudu makan bancuhan kicap (kicap cair, kicap karamel, kicap manis)
Sedikit daun kucai | hiris
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit kubis
1-2 ulas bawang putih | cincang
Udang secukupnya
Sedikit fishcake
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian pecahkan telur, udang dan fishcake. Kacau hingga masak.
2. Bila sudah masak, masukkan bihun yang sudah dicelur. Gaul rata. Masukkan cili boh masak. Sebatikan.
3. Seterusnya masukkan bancuhan kicap, hirisan kubis, kucai dan lobak merah. Kacau sebati dan bihun masak sempurna. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Wan LuQman

 

BIHUN KUNGFU

BAHAN-BAHAN:

½ bungkus bihun | digoreng dalam minyak panas seperti bihun soto
2-3 ulas bawang putih cincang
Isi ayam secukupmya
Fishcake secukupnya
Udang (jika suka)
Kailan secukupnya
Hirisan lobak merah secukupnya
Bunga kubis secukupnya
1 kiub pati ayam
Serbuk lada sulah secukupnya
1 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
1 biji telur | dipukul

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan masukkan bihun. Goreng hingga bihun kembang. Toskan. Buat hingga habis.
2.Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan isi ayam dan udang (jika suka). Tumis hingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan air, kiub pati ayam, garam dan lada sulah dengan secukupnya.
5. Seterusnya masukkan hirisan lobak merah dan juga bunga kubis. Masak lagi hingga lembut.
6. Masuk hirisan kailan dan fishcake, diikuti tepung jagung. Teruskan masak hingga kuah sedikit likat.
7. Tuang telur, kacau perlahan.
8. Letak bihun yang telah digoreng ke dalam pinggan dan tuang kuah Kungfu diatasnya.
9. Bihun Kungfu siap disediakan dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas-panas bersama cili jeruk.

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar

 

BIHUN SUP CHINESE STYLE

BAHAN-BAHAN:

Bihun | celur
15 ekor udang sederhana besar
Bebola ikan / fishball secukupnya
1 kiub pati ayam
1 labu bawang putih | tumbuk
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar

BAHAN SAMBAL KICAP:

Cili padi merah / hijau secukupnya
Cuka secukup rasa
Kicap cair secukupnya

BAHAN HIASAN:

Sawi jepun celur
Brokoli celur
Kek ikan / fishcake goreng | hiris nipis
Bawang putih goreng

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak masak anggaran ½ cawan. Kemudian tumis bawang putih yang telah ditumbuk hingga perang.
2. Keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tadi ke dalam mangkuk. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk.
3. Untuk menyediakan sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk berisi bawang putih tadi. Jumlahnya terpulang pada banyak mana yang anda kehendaki.
4. Kemudian masukkan kiub pati ayam, fish ball, udang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Reneh selama beberapa minit.
5. Untuk menyediakan sambal kicap, campur kicap cair, cuka dan hirisan cili padi merah dan hijau. Gaul rata dan sesuaikan rasanya dengan selera masing-masing.
6. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk bersama sup bawang putih. Tambahkan juga bahan-bahan hiasan dengan secukupnya.

Kredit resipi & foto: Cik Puan Julieta

 

BIHUN BAKSO INDONESIA

BAHAN-BAHAN:

Bihun | dicelur
Kubis | dihiris
Daun sup | dihiris
Bawang goreng
Sos cili

BAHAN KUAH:

Bebola daging (beli yang siap)
2 liter air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras | tumbuk terlebih dahulu
2 inci halia
1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan air dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
3. Tambahkan bebola daging dan masak hingga mendidih. Ketepikan.

BAHAN SAMBAL KICAP:

10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
Kicap secukupnya

CARA MEMBUAT:

Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian masak hingga pekat.

CARA MENGHIDANG:

1. Masukkan bihun, kubis, daun sup, bawang goreng dan sos ke dalam mangkuk.
2. Sendukkan kuah dan bebola daging dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nur Haziqah

 

BIHUN SOTO AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 peket bihun | dicelur

BAHAN KUAH:

8 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2sm halia
1 sudu makan lada hitam
3 liter air
Minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

15 biji bergedil
½ ekor ayam | direbus dan dicarik isi
200gm kacang tanah |digoreng
100gm taugeh |dicelur
100gm bawang goreng

CARA MEMASAK:

1. Kisarkan kesemua bahan kuah. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik baunya.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Hidangkan kuah soto bersama bihun, bahan sampingan serta sambal kicap.

NOTA: Penambahan lada hitam dalam kuah soto menaikkan rasa pedas dan hangat pada kuah soto.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff