10 Jenis Jus Segar, Elok Untuk Mulakan Hari Baru. Barulah Ceria Dan Tak Stress!

Share

Bagi yang sangat mementingkan kesihatan, jus buah-buahan tanpa gula adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana setiap jenis buah mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia bukan sahaja enak bahkan mampu memberi pelbagai khasiat pada tubuh sama ada untuk detoks, tingkatkan imunisasi dan sebagainya. Apa kata anda cuba 10 resipi jus sihat daripada MBG  yang kami kongsi ini.  Sangat mudah untuk dibuat dan jika inginkan buah-buahan yang segar dan bermutu tinggi, anda boleh membelinya di mana-mana outlet MBG.

  

JUS ANGGUR PISANG BERSAMA PIR

BAHAN-BAHAN:

1 biji pisang | hiris

1 biji buah pir | hiris,buang biji

10 biji anggur

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar buah pisang, pir dan anggur hingga lumat dan sebati. Tambah sedikit air mengikut keperluan.
  2. Sedia dinikmati.

 

Info chef: Elok untuk membantu  mengawal paras gula dalam darah.

 

 


 

 

JUS BUAH NAGA DAN OREN BERSAMA EPAL

BAHAN-BAHAN:

½ biji buah naga | hiris

1 biji buah oren | hiris, buang biji

1 biji buah epal | hiris buang biji

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan  buah naga, buah oren dan buah epal. Kisar hingga sebati. Masukkan air secukupnya.
  2. Tuang ke dalam cawan. Sedia dinikmati.

 


 

  

JUS JAMBU BATU, EPAL DAN OREN

BAHAN-BAHAN:

1 biji epal  | buang biji, potong dadu

½ biji jambu batu | buang biji, potong dadu

1 biji oren | buang kulit dan biji, potong dadu

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua buah di dalam pengisar dan kisar hingga hancur dan halus.
  2. Masukkan air secukupnya
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Membantu melancarkan perkumuhan.

 

JUS BERI YOGURT

BAHAN-BAHAN:

1 biji buah pir | potong

20 biji beri biru

5 biji strawberi

Sedikit yogurt kosong

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Campur kesemua buah-buahan bersama yogurt ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur.
  2. Masukkan sedikit air jika perlu.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati. Bagus untuk membantu sistem penglihatan.

 

Info chef: Boleh tambah ais jika suka.

 


 

 

JUS KIWI DAN NANAS

BAHAN-BAHAN:

¼  biji nanas | buang kulit

2 – 3 biji buah kiwi | buang kulit

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan  hirisan nanas dan kiwi ke dalam pengisar.
  2. Tambah sedikit air jika perlu.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia untuk dinikmati.

 

Info chef: Berkhasiat untuk menghalang osteoporosis.

 


 

 

JUS MANGGA LOBAK MERAH DAN EPAL

BAHAN-BAHAN:

1 batang lobak merah | kupas kulit

1 biji pir | buang kulit, potong  dadu

1 biji epal | buang biji, potong dadu

1 biji mangga | buang biji dan kulit

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua buah ke dalam pengisar dan kisar hingga halus dan lumat.
  2. Masukkan sedikit  air masak jika perlu.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

Info chef: Bagus untuk menyejukkan badan dan membuang toksin di dalam badan.

 


 

 

JUS PISANG SITRUS

BAHAN-BAHAN:

1-2 biji pisang | buang kulit

1 – 2 biji oren | buang kulit dan biji

1 biji perahan lemon

 

CARA MEMASAK:

1.Kisar buah pisang dan oren ke dalam pengisar hingga halus.

  1. Masukkan perahan lemon. Kisar sekejap lagi.
  2. Tambah air jika perlu. Tuang ke dalam bekas dan sedia dihidangkan. Boleh tambah ais jika suka.

 

Info chef: Kaya antioksidan dan memberikan rasa tenang.

 

 


 

 

JUS SADERI DAN EPAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:

2 – 3 batang saderi

1 -2 batang timun Jepun | kupas kulit

1-2 biji epal hijau | buang kulit dan biji

Air secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar batang saderi, epal dan timun hingga lumat. Masukkan air jika perlu.
  2. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

Info chef: Membantu mengurangkan kolesterol.

 

JUS UBI BIT MERAH OREN DAN EPAL

BAHAN-BAHAN:

1 biji ubi bit merah | kupas

1-2 biji oren | kupas kulit dan buang biji

1-2 biji epal | kupas kulit dan buang biji

Air masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar ubi bit merah, oren dan epal hingga hancur dan lumat.
  2. Tambah sedikit air jika perlu dan kisar lagi.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan stamina.

 

 


 

JUS  BUAH NAGA BERSAMA STRAWBERI DAN YOGURT BERSUSU

BAHAN-BAHAN:

5-6  biji buah strawberi segar

½ biji buah naga

Sedikit yogurt kosong

Sedikit susu segar

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar buah naga, strawberi hingga hancur.
  2. Masukkan yogurt dan susu. Kisar lagi.
  3. Tuang ke dalam bekas dan sedia dinikmati.

 

Info chef: Anti anemia dan menguatkan tulang. Boleh masukkan sedikit pemanis kurma jika suka.

 

Penyelaras Teks Rasa: Nurul Azwa Abu Bakar

Resipi: MBG Fruits Supply Sdn Bhd

 

Published by
Mastura Abu Kassim