Ikan banyak kat peti sejuk tu, masih cari idea nak masak apa esok. Hidangan ikan berkuah satu pilihan terbaik dan sangat enak untuk dimasak.
Ni ada 10 aneka resipi lauk pauk tradisional berasaskan ikan. Tak kisahlah ikan kembung, tenggiri, ikan merah atau apa jenis ikan sekalipun janji ikannya segar, barulah manis dan lagi lazat lautnya. Jom cuba untuk masak tengah hari esok.
1. GULAI IKAN MERAH PETAI
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan merah |bersihkan
300ml santan
50ml santan pekat
100gm petai
30gm bawang merah |kisar
5gm kunyit hidup |kisar
15gm cili padi |kisar
5gm garam
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan bersama bahan kisar. Kemudian masukkan isi ikan tadi. Biarkan seketika sambil dikacau perlahan. 2. Selepas tiga minit, terbalikkan isi ikan dan masukkan petai. Kacau lagi. 3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan selama dua minit dan tutup api. 4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa lemak santan dan aroma petai Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM15
Info chef:Perlu sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.
2. SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung |bersihkan
30gm lengkuas |dihiris
10gm halia |hiris
1 batang serai |hiris
2 biji bawang besar |belah enam
15gm cili padi
10gm kunyit hidup | dihiris
200ml air
10gm asam keping
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali ikan. Biarkan kuah mereneh. 2. Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan selama beberapa minit, bergantung pada saiz ikan tersebut. 3. Tutup api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa masam yang membuka selera Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh masukkan cili padi ketuk untuk sedikit rasa pedas.
3. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung |bersihkan
Air secukupnya
BAHAN UNTUK AIR ASAM:
30gm cili padi
10gm cili besar merah
20gm perahan limau kasturi
100ml air asam jawa
1 biji buah tomato |potong dadu
1 biji bawang besar |potong dadu
5gm garam
5gm serbuk perasa (pilihan)
CARA MEMASAK: 1. Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan. 2. Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya. 3. Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato. 4. Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang. 5. Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa masam dan pedas yang membuka selera Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM10
Info chef: Boleh juga gantikan limau kasturi dengan limau nipis jika suka.
4. ASAM PEDAS IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping isi ikan |bersihkan
100gm cili kering |kisar
50gm bawang besar |kisar
5gm belacan
200ml air
50ml minyak masak
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan |racik kasar
5gm garam
3gm serbuk perasa
20ml air asam jawa
1 biji tomato |belah empat
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar dan belacan hingga terbit bau dan memekat. 2. Masukkan air dan air asam jawa. Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan. 3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan ia mendidih. 4. Setelah itu masukkan isi ikan dan biarkan selama tiga minit sambil dikacau perlahan. 5. Masukkan tomato dan tutup api. 6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma bunga kantan dan daun kesum yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM20
Info chef: Tidak perlu masukkan belacan jika tidak sukakan bau dan rasanya atau ada alahan.
5. SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap |bersihkan
100gm cendawan tiram |carik kasar
100gm lada benggala |potong
40gm bawang besar |belah enam
5 ulas bawang putih |belah dua
2 inci halia |hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi |hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK: 1. Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. 2. Kemudian kukus ikan tadi selama 15 minit atau bergantung pada saiz ikan. 3. Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa ikan yang segar Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Kukus Anggaran kos: RM20
Info chef: Boleh tambah hirisan cili padi jika mahu pedas.
6. MASAK LEMAK SARDIN NANAS
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar sardin makarel |buang sosnya
200ml santan pekat
15gm cili padi
1 batang serai |titik
100gm nanas |potong
5gm kunyit hidup |kisar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan santan ke dalam periuk. Setelah itu masukkan kesemua bahan kisar. Kacau rata dan masak di atas api yang perlahan. 2. Masukkan hirisan nanas dan serai. Biar seketika dan kemudian barulah masukkan ikan sardin. Perasakan dengan garam secukupnya. 3. Kacau perlahan selama dua minit dan biar ia mereneh. Tutup api. 4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa masam nanas dan lemak santan serasi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM113
Info chef: Gunakan sardin makarel kerana ia lebih keras dan tidak mudah hancur ketika dimasak.
7. GULAI KUNING IKAN TONGKOL ALA KELANTAN
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 keping isi ikan tongkol |rebus dahulu bersama asam keping
BAHAN UNTUK GULAI:
300ml santan pekat
10gm cili padi kisar
20gm bawang besar kisar
5gm kunyit hidup |tumbuk halus
7 biji cili padi
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama kunyit hidup dan 200ml santan. Kacau hingga mendidih. 2. Masukkan ikan dan perasakan garam secukup rasa. Biar seketika. 3. Masukkan baki santan tadi dan kemudian masukkan cili padi dan kacau kira-kira 2 minit. Tutup api. 4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Tidak muak Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan reneh Anggaran kos: RM14
Info chef: Jangan masak terlalu lama kerana takut santan pecah minyak.
8. IKAN SIAKAP TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap |bersihkan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang besar |belah enam
10 biji cili padi |belah dua
3 ulas bawang putih |belah dua
1 batang serai |hiris kasar
1 biji tomato |belah enam
200ml air asam jawa
5gm serbuk perasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Ikan yang dibersihkan disapu sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, cili padi dan bawang putih hingga terbit bau wangi. 3. Masukkan pula hirisan serai bersama air asam jawa. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mereneh. Masukkan tomato dan tutup api. 4. Tuang sos ke atas ikan yang telah digoreng tadi. 5. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa dan aroma serai yang wangikan masakan Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan reneh Anggaran kos: RM20
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih.
9. IKAN KELI SALAI MASAK KENCUR
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan keli |bersihkan dan kelar
BAHAN TUMIS:
10gm bawang besar kisar
5gm ubi kencur dikisar halus
10gm cili padi dikisar
200ml santan
15gm daun kencur |hiris halus
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ikan keli disalai biasa di atas dapur menggunakan api perlahan. Angkat dan ketepikan. 2. Satukan kesemua bahan kisar termasuk hirisan bunga kencur bersama santan di dalam periuk. Masak ia sehingga pekat sambil dikacau perlahan, menggunakan api yang kecil. 3. Apabila kuah mula pekat, tutup api. 4. Tuangkan kuah di atas ikan keli ketika menghidang.
Saiz hidangan: 3-5 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Bau dan rasa kencur yang unik Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Panggang, rebus dan reneh Anggaran kos: RM13
Info chef:Cuci ikan keli dengan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir.
10. FILET IKAN TIGA RASA ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
400gm isi ikan siakap |cuci bersih
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit tepung gandum
BAHAN TUMIS:
10gm cili kering kisar
40gm sos cili
15gm gula
20gm timun dipotong dadu
20gm nanas dipotong dadu
1 biji bawang besar dipotong dadu
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Isi ikan dilumur dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan tepung gandum. Gaul sebati dan goreng isi ikan menggunakan api sederhana. Angkat, tos dan ketepikan. 2. Untuk membuat sos; panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga sedikit garing. 3. Masukkan pula hirisan nanas, timun dan bawang. Gaul dan kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga pecah minyak. 4. Sekiranya kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air dan biar seketika. 5. Tutup api dan curahkan sos ke atas isi ikan ketika menghidang.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa masam dan pedas yang membuka selera Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Anggaran kos: RM17
Info chef;Boleh gantikan gula dengan madu.
Resipi: Terima kasih Chef Nor Azizah Razali, Shah Alam Selangor.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
1. Kisarkan semua bahan kita tadi. Kisar sampai semua lumat. Kemudian, dalam minyak panas, tumiskan semua bahan.
2. Kacau-kacaukan bagi masak serata. Kita nak kasi dia pecah minyak. Pakai api perlahan saja tau. 3. Masak sampai pekat macam ini. Matikan api. Dah siap. Saya tak bubuh garam gula sebab dah cukup dah rasa dia semua. Masin dari ikan bilis dan manis dari bawang merah tadi. Kalau anda nak bubuh terpulang ya.
4. Hiaskan dengan ikan bilis goreng. Perghhhh mantop oi. Nasi panas lepas tu, goreng keropok tak pun goreng telur dadar. Selamat seperiuk nasi. Lagi pedas, lagi laju tangan menyuap nasi.
Ikan gonjeng masin Cili (letak ikut kepedasan) Gula Ajinomoto sikit (tak nak letak pun tak pe)
CARA-CARA:
1.Goreng dulu ikan gonjeng masin sehingga kekuningan. Toskan.
2. Tumbuk ikan gonjeng masin bersama cili dan gula (ikut rasa tekak nak letak pedas manis dan masin secara seimbang). 3. Sedia untuk dihidang dan makan bersama nasi panas-panas.
*Ikan ni orang Sarawak memang panggil ikan masin gonjeng. Kalau di Semenanjung, panggil ikan masin bulu ayam.
1. Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air. (jangan lama-lama, nanti halus sangat tak sedap) 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air, biar seketika. Masukkan air asam, garam, ajinomoto atau gula. 5. Bila dah betul-betul mendidih, perlahankan api. 6. Masuk telur satu persatu. (cara saya pecahkan sebiji dalam mangkuk, kemudian buang pusat telur barulah masukkan dalam kuali). 7. Dah siap. Boleh makan dengan nasi panas.
1.Kisarkan bahan bertanda ** 2.Dalam kuali masukkan semua bahan yang sudah dikisar halus. Tumiskan sampai wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa yang dah di bancuh. Biarkan bahan semua memekat, pastikan guna api kecil saja.
4. Perasakan dengan garam ikut selera. Saya bubuh gula supaya ada rasa manis. Biarkan semua memekat. Dah siap, biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas yang sesuai. Pes ni boleh digunakan untuk semua jenis masakan tau. Mudah yakmat.
5. Kemudian, belah bahagian belakang ikan. Garam dan kunyit kan semua bahagian ikan. Gorengkan sampai garing. Sumbatkan pes tadi bila ikan dah digorengkan garing. Sedap dan mudah kan?
Ni dia lauk pauk kampung yang mampu mengembalikan nostalgia masakan oleh bonda tercinta di desa. Resipi ever green ni memang mudah dimasak dan menjadi sajian warisan yang rasanya terpahat di ingatan.
Jom masak sendiri lauk pauk ni mudah aje dan boleh diwariskan pada anak-anak nanti.
1. PUCUK PAKU TUMIS CILI DENGAN DAGING
.
BAHAN-BAHAN:
Secekak besar pucuk paku | ambil pucuk dan daun & pucuk muda sahaja
100gm hirisan daging
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
4 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan hirisan daging dan kacau lagi.
Seterusnya masukkan pucuk paku yang telah dicuci bersih.
Kacau rata hingga pucuk paku layu.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan air asam jawa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan pucuk paku sedia dihidangkan.
2. KARI TULANG BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan rebus hingga empuk
150gm rebung jeruk | cuci bersih dan tos
500ml air rebusan tulang
250ml santan
1/2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan sebuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
6 ulas buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulasa bawang putih
4cm halia muda
3 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga timbul minyak.
Kemudian masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan air.
Terus kacau hingga wangi dan tumisan pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus bersama rebung tadi.
Kacau rata dan tambah dengan air rebusan tulang.
Biarkan mereneh seketika, kemudian tambahkan air asam jawa dan santan.
Setelah mereneh lebih kurang 3-4 minit, perasakan dengan garam dan gula.
Kecilkan api dan biarkan kari mereneh dan timbul minyak.
Setelah cukup rasa, tutup api dan kari sedia dihidangkan.
3. KERABU PERUT BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm perut | rebus hingga empuk dan hiris nipis
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan
2 batang kacang panjang | hiris halus
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris nipis
4 tangkai daun kesum | buang tangkai & mayang halus
10 biji cili padi hijau | hiris halus
2 biji cili merah hiris
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan perut yang telah direbus dalam mangkuk bersama hirisan bawang besar, cili padi, cili merah, daun kesum bunga kantan dan kacang panjang. Gaul rata.
Bancuh kerisik dengan santan, tuangkan dalam mangkuk berisi campuran perut.
Perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
Gaul rata dan tambah santan jika perlu.
Setelah cukup rasa, kerabu sedia dihidangkan.
4. KUPANG TUMIS TAUCHU CILI PADI
.
BAHAN-BAHAN:
500 gm kupang frozen | bersihkan, celur dan tos
15 biji cili padi | hriis
15 biji cili merah | hiris
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR HALUS:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan tauchu
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawah besar hingga layu.
Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Kacau lagi.
Kemudian masukkan kupang yang telah dicelur tadi.
Kacau rata dan tambah air jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata hingga air kupang kering.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sambal kupang sedia dihidangkan.
5. GULAI REMPAH TULANG IKAN MASIN & TERUNG BULAT
.
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
INGIN MENUMIS DAN MENGGORENG MAKANAN DENGAN AIR FRYER, LAYARINYA DI SINI.
Sedapnya makan nasi bersama Ayam Madu Sira. Lebih enak lagi jika dimakan bersama Nasi Kerabu. Bau wangi ayam tu, lagi-lagi bila ayam tu tengah dibakar, fuhh memang menggoda sungguh.Anda nak cuba? Saudari Afy AL Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
AYAM MADU SIRA JELITA
BAHAN-BAHAN:
3-4 ketul ayam | dibersihkan dan dikelar/dicucuk
1 ½ rempah ayam madu cikgu afy
Kicap lemak manis
CARA MEMASAK:
1. Tuang 1 ½ sudu besar serbuk rempah ayam madu cikgu afy ke atas ayam.
2. Tambah 1-2 titik sahaja kicap. Jangan lebih untuk kuantiti ayam yang diberikan.
3. Penambahan kicap ini untuk menghasilkan warna maroon ayam madu yang cantik. Gaul rata.
4. Seterusnya pindah masuk dalam periuk. Saya buat cara rebus dulu sebab nak dapatkan warna yang cantik tadi. Tak payah perap pun kalau guna kaedah ni.
5. Saya tambah lagi ¾ sudu besar rempah ayam madu cikgu afy sebab nak tambah air pula selepas ini.
6. Rebus kira-kira 10 hingga 15 minit dalam api kecil. Balik-balikkan untuk kedua bahagian.
7. Ayam siap direbus separa masak. Air yang terhasil tu jangan buang ya.
8. Goreng dulu ayam yang direbus tadi. Tak perlu lama sebab ayam dah masak separa.
9. Nampak tak beza warnanya (tengok gambar). Kalau digoreng tanpa direbus dulu, warna ayam tidak merah menyerlah sebab masa gorengan yang lama.
10. Ataupun lepas goreng tak sira balik, warnanya pun jadi kurang cantik juga.
BAHAN BUAT KUAH SIRA AYAM:
Kuah lebihan rebusan ayam
1 sudu besar rempah ayam madu cikgu afy
1 senduk kecil minyak goreng ayam
½ sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
2. Kacau rata seketika dalam api perlahan.
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balikkan bagi sebati dan siap.
4. Atau kalau nak bau ‘smokey’ macam ayam madu bakar, letak pelapik macam saya tu atas api gas (tengok gambar). Susun ayam. Buka api tak sampai seminit. Jangan lama-lama. Siap!
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira