10 Makanan Yang Berlindung Di Balik Makanan Sihat Tetapi Sebenarnya TIDAK.

Share

Setiap kali ke pasaraya ada sahaja makanan yang berlabelkan makanan sihat dengan label penuh khasiat, nutrisi, tiada gula, jus buah-buahan asli, tanpa gluten, rendah lemak, bebas lemak. Awas, usah mudah terpedaya.

Kadang-kadang tiada bukti jelas makanan itu benar-benar asli dari sumber alami, atau hakikatnya telah diproses atau digantikan dengan ramuan yang kerap kalinya lebih membahayakan kesihatan dari ramuan asli.

Berikut 10 ‘makanan atau minuman ‘sihat’ yang biasa dijual di pasaraya, tetapi realitinya bukan begitu.

1. Jus buah

Foto : time.com

Semak dulu adakah jus buah itu seperti yang didakwa. Memang tertulis jumlah kecil estrak buah asli, tetapi hakikatnya minuman ini telah banyak diubahsuai dengan perasa dan pewarna tiruan dan tambahan gula. Jus buah yang sedia dijual itu ibarat buah yang telah dikeluarkan khasiat aslinya. Apa yang tinggal adalah gula dan beberapa vitamin sepertti yang dilabel dibuat.

Tiada fiber, malah meminum jus oren umpama meminum air gas berkarbonat yang mempunyai jumlah kandungan gula yang sama. Kesannya tubuh anda diancam dengan masalah obesiti, diabetes dan penyakit jantung.

Makanlah dan perahlah buah-buahan asli, dan elakkan jus buah-buah siap diproses.

2 .Gandum Penuh (Whole Wheat)

Foto : lorelldelmatto.com

Memang benarlah tepung atau roti gandum penuh lebih menyihatkan lagi gandum putih yang sudah ditapis dan disingkir bahan-bahan tidak perlu. Tetapi itu tidak bermakna roti gandum penuh itu dijamin menyihatkan seratus peratus.

Sebenarnya kedua jenis gandum itu adalah sumber utama gluten dan ada ramai orang yang alah dengan gluten. Roti atau tepung gandum penuh kaya dengan gluten yang boleh menyebabkan kekurangan Vitamin D dan menjejaskan sistem penghadaman

3. Gula gantian ‘agave nectar’

Foto : Drweil,com

Anda mesti tertarik kan dengan produk yang mendakwa ‘ bebas gula atau tiada gula’. Dilabelnya tertulis ‘agave nectar’. Bahan pemanis ini dikatakan alternatif sihat menggantikan gula kerana kandungan rendah glycemic.

Hakikatnya gula memudaratkan bukan kerana kandungan indeks glycemic nya tetapi kerana jumlah fruktos di dalamnya. Terlalu banyak fruktos di dalam diet seharian boleh menimbulkan masalah lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak bersenam.

Berbanding gula biasa yang mengandungi 50 peratus fruktos, kandungan fruktos di dalam agave nectar adalah 90 peratus. Begitu juga dengan gantian gula seperti ,sirap jagung fruktos kesan mudaratnya lebih teruk daripada gula biasa.

4. Minuman sukan/tenaga (sport drinks)

Foto :totalwomancycling.de

Minuman sukan dihasilkan untuk atlet yang keletihan menjalani latihan dan banyak kehilangan peluh dan tenaga. Minuman ini mengandungi air untuk menggantikan kehilangan cecair dari badan. Ramuan electrolytes  untuk menambahkan sodium yang hilang melalui peluh.Dan gula untuk memberi tenaga kepada ahli sukan selepas giat berlatih.

Sebotol minuman sukan mengandungi lebih 30 gram gula. Jadi lebih baik anda meminum air kosong untuk menghilang dahaga. Minuman sukan tidak diperlukan dalam diet kitakerana ia mengandungi gula.

5. Minyak Sayuran untuk ‘Jantung Sihat’ ?

Foto : organicfacts.net

Di sebalik kebimbangan lemak tepu atau lemak jahat, ramai beralih kepada lemak tak tepu seperti minyak kacang soya, jagung dan minyak cottonseed dan minyak bijirin yang lain.

Minyak sebegini mengandungi kadar lemak asid Omega 6 yang tinggi melebihi daripada apa yang diperlukan oleh tubuh. Omega 6 boleh didapati dalam kacang dan daging Tubuh kita hanya perlukan jumlah kecil Omega 6 dan jika terlebih mengambil lemak tak tepu ia boleh menyebabkan keradangan dan masalah kesihatan.

Kandungan asid lemak dalam minyak sayuran yang dikenali sebagai trans fats sebenarnya tinggi toksik.

Tetapi ini tidak termasuk minyak zaitun ya kerana minyak yang ini sangat baik untuk kesihatan.

6 .Lemak rendah, bebas lemak

Foto : rosannadavidson.nutrition.com

Produk makanan sihat sering mendakwa ramuannya rendah dan bebas lemak. Tetapi bukan lemak yang menjadi masalahnya tetapi bagaimana ia diproses untuk menjadikan ia bebas lemak atau rendah lemak.

Makanan yang lemaknya disingkirkan biasanya tidak sedap dan teruk rasanya.

Pengilang makanan telah mengubahsuai dengan memasukkan bahan kimia,pewarna pemanis tiruan atau gula berlebihan untuk menyedapkan. Inilah sebabnya makanan sihat seperti yogurt bertukar menjadi memudaratkan apabila ia diproses dan dimasukkan bahan tidak sihat.

7. Makanan bebas gluten

Foto :theindependant.co.uk

Makanan yang dicap bebas gluten juga banyak melalui pemprosesan dengan memasukkan bahan tidak sihat. Gluten adalah protein yang didapati dari daging, gandum, barli dan beberapa bijirin lain.

Di sebalik tidak menggunakan gluten bijirin, ia dibuat daripada kanji kentang, ubi kayu dan sebagainya. Kanji yang diproses (refined) ini tidak mengandungi nutrisi dan merangsang paras gula darah sama seperti gandum. Dan ditambah dengan gula dan bahan kimia tiruan.

Tetapi ini tidak termasuk makanan yang betul-betul bebas gluten seperti daging dan sayur-sayuran.

8. Betulkah marjerin lebih baik

Foto : medicalnewstoday.com

Benarkah marjerin lebih menyihatkan untuk tubuh daripada daripada mentega, atau sebaliknya. Kajian mendapati marjerin dipenuhi trans fats, dansekarang marjerin lebih cendung kepada minyak sayuran
yang diproses.

Sedangkan mentega asli adalah sumber terbaik untuk asid lemak butyrate dan vitamin K2 yang keduanya mempunyai kesan yang positif untuk kesihatan.

9. Makanan tenaga (energy bars)

Foto : tastingtable.com

Makanan ini sebenarnya sama dalam kategori minuman sukan, ia tidak diperlukan oleh orang biasa. Jika anda adalah atlet yang terdesak untuk mengekalkan pengambilan protin, makanan tenaga mungkin memudahkan waktu makan.

Kepingan makanan tenaga ini biasanya adalah produk yang diproses, walaupun kandungan proteinnya lebih tinggi dari coklat, tetapi ia tetap mengandungi bahan yant tidak sihat seperti, gula, tepung ,gandum putih, perisa tiruan dan sebagainya.

Memang ada jenama makanan tenaga yang sihat, tetapi anda perlu lebih teliti melihat bahan ramuannya.

10. Sajian bijirin sihat, eh betul-betul sihat ke ni

Foto : forbes,com

Sangat membimbangkan kerana kebanyakan sajian bijirin yang diproses adalah tidak sihat. Ia sebenarnya adalah makanan terburuk untuk kesihatan. Ia mengandungi kadar gula dan karbohidrat yang tinggi.

Pengilang cenderung memperkayakan ramuannya dengan vitamin sintetik dan jumlah kecil bijirin penuh dalam campuran kandungan, dan kemudian memasarkannya sebagai bijirin sarapan pagi yang sihat.

Memulakan hari anda dengan hidangan bijirin tinggi gula akan menyebabkan gula darah naik dan menyebabkan anda mudah rasa lapar di waktu seterusnya dan menginginkan lagi sajian tinggi karbohidat

Published by
Faridah Talib