Korang nak buat open house yanag ringkas, simple dan sedap ini min kongsikan koleksi 10 mwnu yang senang dicuba dan gerenti tetamu sukakannya,   Biarpun hanya lauk pauk, sayur atau  sambal ringkas, ia tetap sedap bila dikongsikan  makan beramai-ramai.

 GULAI TULANG BEREMPAH BERSAMA REBUNG MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang lembu | bersihkan dan rebus hingga empuk
  • 500gm rebung madu | hiris bulat, celur dan tos
  • 1 liter santan
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 sudu makan rempah kari
  • 3 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak untuk menumis

BAHAN PENUMIS:

  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris halus memanjang
  • 2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan rempah kari, serbuk cili, ketumbar, jintan manis dan jintan putih dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumis hingga wangi,kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan tulang yang telah direbus bersama air rebusan.
  4. Setelah mereneh, masukkan asam gelugor,rebung dan santan.
  5. Renehkan lebih kurang 10 minit.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api dan biarkan mereneh lima minit lagi kemudian tutup api.
  8. Gulai tulang sedia dihidangkan.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

GULAI AYAM CINCANG RAMPAI TIMUN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  (1.5 kg) | potong kecil atau cincang
  • 1 liter santan
  • 1 batang timun | buang biji dan potong serong
  • 3 batang serai | titik
  • 1 helai daun kunyit | carik-carikkannya
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji padi merah

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam, kemudian toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam. Kacau rata hingga ayam kecut dan keluar airnya.
  4. Seterusnya,masukkan santan, asam gelugor dan serai titik.
  5. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Selepas lima minit, masukkan daun limau purut, daun kunyit, timun dan tomato.
  7. Apabila cukup rasa dan ayam empuk,tutup api.
  8. Gulai ayam sedia dihidangkan.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

KACANG BOTOL TUMIS BERSAMA HATI AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kacang botol  | hiris serong dan nipis
  • 300gm hati ayam | potong kecil
  • 2 biji cili merah | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang putih  | cincang
  • 2cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan hati ayam, kacau rata.
  3. Setelah hati ayam kecut dan berubah warna, masukkan hirisan kacang botol.
  4. Kacau rata, kemudian masukkan hirisan cili merah.
  5. Seterusnya perasakan dengan garam, gula dan sos tiram.
  6. Apabila cukup rasa, tutup api.
  7. Sayur goreng sedia dihidangkan panas-panas.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

TELUR KICAP BAWANG & CILI POTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur
  • 2 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
  • 20 biji cili padi merah dan hijau | hiris
  • 3cm halia | hiris halus memanjang
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • Sedikit air
  • Sedikit garam dan gula jika perlu
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng telur sebiji sebiji hingga habis.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bahan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan hirisan cili padi.
  4. Kacau rata hingga bahan tumisan layu.
  5. Masukkan sos tiram, kicap dan cuka. Kacau rata dan tambah sedikit air.
  6. Jika belum masin, boleh tambah sedikit garam dan gula.
  7. Setelah cukup masak. Tuangkan tumisan ini di atas telur goreng.
  8. Telur Kicap Bawang dan Cili Potong sedia dihidangkan panas-panas.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

Ads

SAMBAL GORENG KICAP TEMPE  DENGAN KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket tempe | hiris
  • 2 biji kentang | hiris
  • 4-5 batang kacang panjang | potong 2cm
  • 2-3 ketul hati ayam | potong kecil
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 15 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe dan kentang secara bergilir hingga habis.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit anggaran tiga sudu untuk menumis.
  3. Tumis bahan kisara hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
  4. Kacau rata, masukkan hati ayam.
  5. Setelah hati kecut dan kering airnya, masukkan air asam jawa dan sos tiram.
  6. Seterusnya masukkan tempe dan kentang goreng.
  7. Masukkan kicap dan gaul rata.
  8. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

 SAYUR CAMPUR LEMAK PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji kubis | hiris kecil
  • 1 batang lobak merah | hiris nipis bulat
  • 3 pokok sawi  | potong  memanjang
  • 4 kuntum  cendawan telinga kera | rendam dan potong kecil
  • Sedikit cendawan  inoki
  • 6-8 biji cili padi merah | belah dua
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 biji bawang besar | hiris halus
  • 3 ulas bawang putih | hiris halus
  • 2cm halia | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 liter santan
  • Sedikit air

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, hirisan cili dan ikan bilis dalam periuk bersama sedikit air dan separuh dari santan.
  2. Renehkan di atas api sederhana. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.
  3. Kacau rata, setelah sayur layu tambahkan baki santan.
  4. Kacau lagi, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api.
  6. Sayur campur sedia dihidangkan panas-panas.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

 TUMIS PERIA BERSAMA IKAN BILIS TUMBUK

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji peria | buang biji dan hiris nipis
  • 1 cawan ikan bilis  kopek | kisar kasar
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan peria bersama garam, ramas-ramaskannya kemudian biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian cuci di bawah air paip dan toskan.
  2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumiskan bahan kisar, setelah wangi masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar tadi.
  4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa.
  5. Akhir sekali masukkan peria, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah masak dan timbul minyak, tutup api.
  7. Tumis peria sedia dihidangkan.

 Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

GULAI IKAN TONGKOL BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ikan tongkol | hiris nipis
  • 1 liter santan
  • 2 biji terung bulat | buang kulit
  • 5 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 10 tangkai cili padi
  • 3 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Ikan tongkol dibersihkan kemudian gaulkan dengan sedikit bahan kisar, bersama sedikit garam dan tiga keping asam gelugor.
  2. Tambahkan sedikit air (sama paras dengan ikan) rebus lebih kurang lima minit. Tutup api.
  3. Seterusnya masukkan santan dan lebihan bahan kisar di dalam periuk rebusan ikan tadi.
  4. Setelah mereneh masukkan, terung, kacang panjang dan cili padi tadi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila terung sudah empuk, tutup api.
  7. Gulai ikan sedia dihidangkan panas-panas.

Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

 GULAI LEMAK LABU BERSAMA TULANG IKAN MASIN MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg labu  | buang kulit dan potong dadu besar
  • 700ml santan
  • 300gm tulang ikan masin merah | rendam
  • 1 helai daun kunyit | siat-siat dan simpul
  • 1 batang serai | titik
  • 2  biji cili hijau | hiris memajang
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 8 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tulang ikan masin dan labu dalam periuk bersama bahan kisar serta sedikit air dan separauh dari santan.
  2. Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
  3. Setelah mereneh masukkan masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Seketika kemudian masukkan lebih santan, kacau dan biarkan mereneh.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa jika perlu kerana labu sudah manis dan ikan masin pun sudah masin.
  6. Setelah cukup rasa. Tutup api dan gulai labu sedia dihidangkan.

 Koleksi Menu Ringkas & Sedap, Sesuai Untuk Open House

KARI TELUR KENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji telur |rebus dan buang kulit
  • 700ml santan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang  | belah empat
  • 2 biji cili hijau | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji tomato | belah enam
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 2 sudu makan  serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS :

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 ulas buah pelaga

BAHAN HIRIS HALUS:

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis dengan bahan hiris halus hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan bahan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air bersama  serbuk cili dan kunyit.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang.
  4. Tambah sedikit air, biarkan kentang empuk.
  5. Setelah kentang empuk masukkan pula santan dan telur.
  6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan kari telur sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI