Ads
Home Berita 10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.

Ads

Musim durian adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar raja buah ini. Sana sini ada sahaja gerai yang menjualnya. Bila permintaan sudah tinggi, maka nanti mungkin ada yang nak ambil kesempatan dengan menjual durian yang belum masak sepenuhnya. Jika terkena, memang sakit hati kan? Dah lah beli mahal, nak makan pun tak sedap. Lagipun, buah berkulit tebal ni susah juga nak agak kondisi isinya. Oleh itu, jom belajar cara-cara nak kenal dan pilih buah durian yang masak sempurna dan sedap.

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.

 

TIP PILIH BUAH DURIAN AGAR TAK KENA TIPU

1. DURI

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
foto: publicdomainpictures.net

Perkara pertama untuk memilih durian yang masak sempurna, banyak isi dan manis, lihat pada durinya. Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya ia memiliki isi yang masak elok, kering dan manis.

2. BAU

Ads

Cium baunya. Jika durian tersebut berbau manis yang kuat, itu tandanya durian tersebut mempunyai kualiti yang bagus. Jika kurang berbau, ia bermakna durian tersebut masih belum matang dan perlu disimpan beberapa hari sebelum dinikmati.

3. BENTUK BUAH

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
foto: wikimedia

Pilih buah yang berbentuk bulat. Ini kerana biasanya buah berbentuk bulat ini memiliki ulas yang tebal isinya. Berbanding dengan buah berbentuk lonjong, ulas isinya agak kecil namun rapat. Elakkan mengambil buah yang kulitnya senget dan tidak rata kerana ada kemungkinan isinya sedikit.

4. KULIT

 

Lihat kulit durian. Jika bahagian luarnya kelihatan luka atau ada kecacatan, elakkan buah tersebut kerana berkemungkinan isinya juga tidak elok dan busuk. Jika ini terjadi, pasti kecewa. Dahlah mahal, busuk pula tu.

5. TANGKAI BUAH

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
foto: pxhere.com

Pilih buah yang tangkainya masih segar dan berwarna cerah kerana ia petanda buah tersebut masih baru. Elakkan buah bertangkai gelap dan kecut kerana berkemungkinan buah tersebbut telah lama gugur dan rasanya pun pasti kurang enak. Selain itu, dikatakan durian yang jatuh dari pokok mempunyai hujungn tangkai yang bergerigi. Jika kelihatan rata atau seperti bekas dipotong, ada kemungkinan durian tersebut dipetik sebelum gugur dan diperam terlebih dahulu.

6. GONCANG BUAH

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
foto: pxhere.com

Angkat dan goncang sedikit buah durian. Jika ada bunyi seeprti isi buah bergetar, ia bermakna buah tersebut mempunyai isi yang telah masak dan manis. Buah durian yang matang, isinya yang kering akan terpisah dari dinding kulit dan berbunyi apabila digoncang.

Ads

7. KETUK KULIT DURIAN

Ambil hulu pisau dan cuba ketuk buah. Jika bunyinya seperti bergema padu seakan bunyi ‘buk-buk’, tandanya masak elok la tu. Jika berbunyi sebaliknya dan seakan tiada ruang, berkemungkinan durian belum matang dan isinya keras.

8. PILIH DURIAN 5 PANGSA

10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
foto: maxpixel.freegreatpicture.com

Buah durian mempunyai pangsa (bahagian yang mempunyai isi). Ia boleh dilihat menerusi garis-garis yang ada dipermukaan kulit buah. Sebaiknya pilih durian yang mempunyai 5 pangsa kerana dipercayai isinya lebih banyak serta tebal berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.

9. ELAKKAN DURIAN MEREKAH

Ads
10 Panduan Pilih Durian Yang Isi Banyak, Masak Elok & Tak Keras.
foto: wikimedia.com

Buah durian yang merekah biasanya kurang ‘umphh’ kerana ia telah lama jatuh. Jika dibeli, dikhuatiri durian anda ada yang dah terasa masam kerana tindak balasnya dengan udara. Sebaliknya, pilihlah durian yang belum merekah. Jika nampak sikit-sikit merekah tapi belum emnampakkan isinya pon masih ok.

10. MAKAN DI KEDAI

Cara paling mudah dan dijamin puas hati. Jika makan di kedai, andai terbeli buah yang kurang elok, anda boleh menukarnya dengan buah yang baru. Memang puas hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Malah, dengan cara ini juga boleh mengelakkan anda dari ditipu oleh sang penjual. Kereta anda pun tak berbau.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI