Sedapnya kalau dapat makan dengan pasta. Jika ahli keluarga anda gemarkan hidangan barat, sesekali masak sajian ni apa salahnya kan? Maklumlah, hari-hari makan nasi pun jemu juga.  Istimewa buat anda, RASA kongsikan aneka resipi pasta yang boleh anda cuba. Pasti berselera!

 

ANEKA RESIPI PASTA MUDAH & LAZAT

 

1. PASTA CARBONARA BERKARI

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm pasta tagliatelle | direbus hingga lembut
  • 1 ulas bawang merah | hiris halus
  • 1 ulas bawang putih | hiris halus
  • 1 sudu kecil rempah kari daging
  • 5 biji cendawan pilihan | dihiris
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan stok ayam
  • Garam secukup rasa
  • 125ml krim masakan
  • Sedikit lada benggala merah/kuning/hijau | dipotong dadu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari dan masak garing. Tambahkan cendawan, stok ayam, lada benggala, serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  3. Biarkan mereneh sehingga kandungan stok ayam tinggal separuh dari kuantiti asal.
  4. Masukkan krim masakan. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Masukkan pasta yang telah dimasak dan gaul hingga rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

2. SEAFOOD PASTA

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm pasta penne
  • 5-6 ekor kepah
  • 5-6 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih  cincang halus
  • 4 sudu makan pes tomato
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan cincangan daun parsli
  • Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam.  Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan.  Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali.  Tumis bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan kepah, udang dan pes tomato.  Didihkan selama 6-8 minit.
  4. Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli.  Gaul sebati dan hidangkan segera.

INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.  

 

3. PESTO PASTA

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket pasta panjang  – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
  • 2 cawan cincangan daun basil segar
  • ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
  • ½ cawan minyak zaitun
  • ¼ cawan kacang pain |panggang
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
  2. Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
  3. Kisar sehingga semua bahan lumat.
  4. Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati.  Sedia dihidangkan.

 

4. PEPPERONI PASTA

IKLAN

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm pasta pendek pelbagai warna
  • 600gm tomato dalam tin
  • 220gm pepperoni
  • 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
  • 1 biji bawang besar | cincang dadu
  • 2 sudu makan cincang daun parsli
  • 1 sudu makan pes tomato
  • 1 sudu teh paprika
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
  2. Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato.  Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
  3. Masukkan pepperonidan  sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
  4. Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
  5. Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang.  Hidangkan segera.

INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.

 

5. LINGUINE ALLA PUTTANESCA

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm linguine
  • 400gm plum tomatoes
  • 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
  • 3 ulas bawang putih  |cincang halus
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan capers | toskan
  • ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
  • Secubit serbuk cayenne
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Cincangan daun parsli secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam.  Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan.  Simpan di tempat suam. Ketepikan.
  2. Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
  4. Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit.  Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato.  Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
  5. Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.

 

INFO CHEF:  Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.

 

6. CREAMY RAVIOLI

IKLAN

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
  • 120gm dada ayam | cincang halus
  • 120gm hirisan cendawan
  • 50gm cincangan bayam muda
  • 1 labu bawang besar | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih |cincang halus
  • 6 sudu makan parutan keju romano
  • 2 sudu makan cincangan daun basil segar
  • 1 cawan krim masakan
  • 2 biji telur | pukul dengan garpu
  • Secubit serbuk buah pala
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur.  Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala.  Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.  Gaul sebati.
  3. Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul.  Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi.  Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm.  Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
  4. Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
  5. Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.

INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.

 

7. CHICKEN TORTELINNI

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
  • 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
  • 1 labu bawang Bombay | cincang halus
  • 2 sudu makan cincangan daun parsli
  • 50gm bayam muda
  • 2 sudu makan parutan keju parmesan
  • 1 biji telur |pukul dengan garfu
  • Secubit ‘allspice’
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 1 ½ cawan krim masakan
  • 120gm cendawan butang | hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 4 sudu makan parutan keju parmesan
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Cincangan daun parsli |untuk hiasan

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa.  Gaul sebati. Ketepikan.
  3. Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat.  Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap).  Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
  4. Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam.  Celur tortellini selama 5 minit dan toskan.  Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
  5. Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.

INFO CHEF:  Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.

IKLAN

 

8. SALAD PASTA PELANGI

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN A:

  • 250gm pasta spiral | dimasak mengikut arahan pada paket
  • 1/2 tin jagung dalam tin
  • 200g dada ayam | direbus dan dicarik
  • 1 biji lada benggala kuning| dihiris
  • 1 biji cili hijau| dihiris
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 3 helai daun salad | dihiris halus
  • 1/4 cawan daun ketumbar
  • 1 biji bawang merah | dihiris

BAHAN B:

  • 5 biji limau nipis | diambil jus dan parutan kulit
  • 1 sudu makan madu
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • 2 sudu makan minyak zaitun

CARA MEMASAK:

  1. Dalam mangkuk kecil, campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Ketepikan.
  2. Kemudian masukkan bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul rata. Tuang bahan B dan gaul sekali lagi.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum sedia untuk dinikmati.

 

9. SPAGETI CHILI GAMBER

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN-BAHAN:

  • 200 gm spageti
  • 4 ekor udang
  • Sedikit salad | hiasan
  • 1 biji telur
  • 40gm serbuk roti
  • 20gm bawang Holand | dadu halus
  • 10gm bawang putih | cicang halus
  • 10gm serbuk cili kering
  • 60ml sos pasta

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, tumis bawang Holand, bawang putih dan serbuk cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan sos pasta dan sedikit air rebusan ayam. Kacau sebai.
  3.  Perasakan dengan aromat dan lada putih. Kacau lagi.
  4. Masukkan spageti yang telah dicelur, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
  5. Tuangkan ke dalam mangkuk atau pinggan.  
  6. Salutkan udang dengan sedikit tepung, telur dan serbuk roti. Kemudian, goreng selama satu hingga dua minit.
  7. Susun udang di atas spagheti, taburkan serbuk cili kering dan daun salad.
  8. Spageti sedia dihidangkan.

 

10. SPAGETI AGLIO E OLIO

10 Resipi Pasta Paling Senang & Cepat Masak.

BAHAN- BAHAN:

  • 70gm spageti |rebus dan toskan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ekor sotong |buang kulit dan dipotong bulat
  • 4-5 ekor udang | buang kulit
  • 10 ekor kupang segar atau 100gm isi kupang
  • 2 tangkai daun parsli |cincang kasar
  • 1 sudu teh herba cajun
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 4 biji buah zaitun hitam jeruk
  • 1 sudu teh ikan bilis
  • Lada hitam dan garam secukupnya
  • Sedikit air untuk melembapkan

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang putih bersama minyak zaitun sehingga naik bau dan masukkan tomato, serbuk ikan bilis, herba cajun, lada hitam, buah zaitun, garam dan sedikit air. 
  2. Masukkan kupang, sotong dan udang. Biar masak seketika kemudian barulah masukkan pula spageti yang telah direbus dan daun parsli. Gaul rata sehingga masak.
  3. Hidangkan dengan serbuk keju parmesan  dan lemon jika suka.
  4.  Sedia dihidangkan.

Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh juga taburkan cili api yang dicincang halus. 

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Aneka Resipi Lauk Goreng Yang Sedap & Cepat Untuk Berbuka

https://www.rasa.my/jom-cuba-koleksi-kuih-muih-ringkas-mudah-untuk-berbuka/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI