Sandwic biasanya disajikan sebagai sarapan namun kini, terdapat pelbagai jenis sandwic moden yang didatangkan dengan pelbagai inti enak. Sangat sesuai jika dijadikan hidangan untuk jamuan di sekolah anak-anak. Maklumlah, masih di bulan Syawal. Cara penyediaannya juga cukup mudah. Anda bolehlah mencubanya.

 

 1. SANDWIC BEEF BLACK PEPPER

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN SANDWIC:

  • Roti sandwic
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Daun salad
  • Timun | dipotong nipis
  • Tomato | dipotong nipis

BAHAN INTI:

  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1/2 biji lada benggala | dicincang halus
  • 5 biji cendawan | dihiris halus
  • 400gm daging | dicincang halus
  • 150gm sos lada hitam
  • 3 biji cili padi | ditumbuk halus

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, lada benggala, cendawan dan daging. Masak sehingga daging agak masak.
  2. Kemudian masukkan sos lada hitam, cili padi yang dihiris dan garam secukup rasa. Masak sehingga sebati dan daging kelihatan seperti pecah minyak. Angkat.
  3. Apabila daging sejuk, barulah ambil roti sandwic, letakkan daun salad, kepingan keju, daging yang dimasak tadi, mayones, timun dan tomato.
  4. Sedia untuk dinikmati.

 

2. SANDWIC HAWAIAN CHICKEN  

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN INTI:

  • 400gm ayam | dicincang halus
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 5 biji cendawan | dihiris nipis
  • 2 potong nanas | dipotong dadu
  • 800gm sos bolognese
  • 1 sudu teh serbuk herba Itali

BAHAN SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Daun salad
  • Timun jepun | dipotong bulat
  • Tomato | dipotong bulat

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ayam dalam kuali, tambahkan sedikit air jika ayam melekat.
  2. Masukkan bahan mentah seperti bawang, cendawan dan nanas. Masak seketika.
  3. Masukkan sos bolognese dan gaul sebati. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk herba Itali secukupnya.
  4. Hias roti sandwic dengan kepingan keju, mayones, salad, timun jepun, inti ayam, dan tomato. Kepitkan dengan roti dan sedia dimakan.

 

Ads

3. SANDWIC CRABSTICK MAYO

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN INTI:

  • 400gm Crabstick
  • 2 biji bawang besar | dipotong halus
  • 200gm mayones
  • Sedikit lada sulah/lada hitam

BAHAN SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Salad Romania
  • Timun jepun | dipotong bulat
  • Tomato | dipotong bulat

CARA MEMASAK:

  1. Celur seketika crabstick dan dicincang.
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan, bawang besar, mayones dan lada sulah. Gaul sebati.
  3. Ambil roti sandwic dan lapiskan dengan kepingan keju, mayones, salad romania, inti crabstick, timun dan tomato.
  4. Sedia dan enak  dinikmati bersama kopi panas.

 

 4. SANDWIC ITALIAN BEEF

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

 

BAHAN INTI:

  • 400gm daging | dicincang
  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
  • 300gm sos bolognese
  • 1 sudu teh Italian herbs
  • Garam secukup rasa

BAHAN  SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Sos Thousand Island
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat

 CARA MEMASAK:

  1. Goreng daging di atas kuali dengan sedikit air.
  2. Masukkan bawang dan cili benggala. Gaul rata.
  3. Apabila daging agak masak, masukkan sos bolognese, garam dan Italian Herbs. Gaul hingga rata dan padamkan api setelah daging masak dan pecah minyak.
  4. Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti Italian beef, timun dan tomato.
  5. Potong sandwic mejadi kepingan kecil dan sedia untuk dihidangkan.

 

5. SANDWIC SARDIN OLD STYLE

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN INTI:

  • 1 tin kecil @100gm sardin
  • 1 biji bawang besar | dihiris nipis
  • 4 biji cili padi | dipotong halus
  • Sedikit jus lemon
  • Secubit garam

 BAHAN  SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat

 CARA MEMASAK :

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak, masukkan sardin yang telah dihancurkan sedikit.
  2. Masukkan semua bahan seperti bawang, cili padi, garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan layu.
  3. Angkat dan perahkan sedikit lemon ke dalam sardin yang dimasak tadi. Gaul rata.
  4. Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, salad, inti sardin, timun dan tomato. Sedia untuk dinikmati.

 

 6. SANDWIC TUNA HOT CHILLI  

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN INTI:

  • 1 tin tuna cili
  • 2 batang daun sup/ketumbar | dihiris kecil
  • 5 biji cili padi | dipotong halus
  • 100gm mayones

BAHAN  SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Sos Thousand Island
  • Sos Thousand Island
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat

 CARA MEMASAK :

  1. Masukkan tuna cili, daun sup, cili padi, dan mayones dalam satu mangkuk. Gau rata.
  2. Ambil roti sandwic letak kepingan keju, mayones, sos Thousand Island, salad, inti tuna, timun dan tomato. Lapiskan dengan sekeping lagi roti.
  3. Potong sandwic mengikut saiz yang dikehendaki. Sedia dihidangkan.

 

Ads

7. SANDWIC SWEET BANANA

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji pisang berangan
  • 50gm sekaya pandan
  • Marjerin secukupnya
  • Kepingan keju cheddar secukupnya
  • Roti sandwic

CARA MEMASAK:

  1. Sapu roti bersama marjerin. Lapiskan bersama pisang yang dihiris nipis.
  2. Sapukan sekaya pandan ke atas lapisan pisang tadi. Tambahkan lapisan keju di atasnya.
  3. Lapiskan dengan sekeping lagi roti. Potong kecil.
  4. Sedia untuk dinikmati.

 

8. SANDWIC CREAMY SRAMBLE EGG

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN INTI:

  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh herba Itali
  • Secubit lada hitam
  • Secubit lada sulah
  • Sedikit mentega
  • 200gm cheezy mayo
  • 100gm mayones

BAHAN  SANDWIC:

  • Roti
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat

 CARA MEMASAK :

  1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan pukul sebati.
  2. Masukkan sedikit herba itali, garam, lada hitam dan lada sulah. Kacau rata.
  3. Panaskan kuali dengan mentega dan goreng telur separa masak.
  4. Angkat telur dan gaulkan bersama cheezy mayo dan mayones.
  5. Sedia dihidangkan bersama roti, daun salad, timun dan tomato. Hias mengikut kreativiti anda.

 

 9. SANDWIC KIDDY LAYER

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

Ads

BAHAN INTI:

  • 3 biji telur | direbus dan dihancurkan.
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 100gm mayones
  • 3 batang jejari ketam
  • 6 keping kepingan salami ayam

BAHAN  SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat
  • Cheezy mayo secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Masukkan telur rebus, sedikit lada hitam dan mayones ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Cincang sedikit jejari ketam yang telah dicelur dan masukkan ke dalam adunan telur rebus tadi. Gaul sekali lagi.
  3. Kepingan salami ayam di stim dan ditoskan.
  4. Ambil roti, lapiskan dengan kepingan salami ayam. Kemudian sudukan inti bersama daun salad, timun dan tomato.
  5. Hias mengikut kreativiti. Sedia untuk dihidangkan kepada tetamu.

 

 10. SANDWIC MUSHROOM BOLOGNESE

10 Resipi Sandwic Ringkas Untuk Bekal Anak Ke Sekolah.

BAHAN INTI:

  • 2 biji bawang besar | dipotong dadu
  • 200gm sos bolognese
  • 50gm cendawan butang | dihiris nipis
  • 1/2 biji lada benggala | dipotong dadu
  • Italian Herbs secukupnya
  • Garam secukup rasa

BAHAN  SANDWIC:

  • Roti
  • Kepingan keju
  • Mayones
  • Sayur salad
  • Timun Jepun | dipotong bulat
  • Tomato |  dipotong bulat

 CARA MEMASAK :

  1. Tumiskan bawang besar dengan sedikit marjerin sehingga wangi dan layu.
  2. Kemudian masukkan sos bolognese. Tambah sedikit air jika kering.
  3. Kemudian masukkan cendawan butang, lada benggala, Italian Herbs dan garam secukup rasa. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat.
  4. Hidangkan inti yang telah dimasak tadi bersama roti, mayones, daun salad, timun, tomato dan kepingan keju mengikut kreativiti.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI