Menjamu dua sajian ‘terlajak’ dari Datin Nur Shahida Mohd Rashid suri hati kepada Datuk Seri Aliff Shukri ,ternyata 2 resepi ‘favorite’ pasangan suami isteri ini memang sungguh sedap. Dua hidangan yang disajikan adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.
Ads
Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya. Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:
RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
Ads
1 ekor ayam | dipotong 12
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
5 bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau gula merah secukup rasa
1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
5 sudu makan pes cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit hidup
3 batang serai
3 sm halia
3 smi lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK : 1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama 3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak. 4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
Ads
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm kubis
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam. 2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan. 3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Kacau sebentar dan tutup api. 5. Siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika diimbas dulu-dulu masak kuih-muih banyak yang dibalut daun pisang. Daun pisang ni bukan sahaja aromanya mewangi satu dapur tapi tempias rasanya meresap dalam kuih muih melazatkan lagi kuih -muih.
Tapi yang lebih istimewa, membalut makanan dengan daun pisang juga selamat dan tiada bahan kimia sampingan. Kini jadi trending pasaraya utama di Asia banyak yang sudah menggantikan pembalut plastik dengan daun pisang.
Jom kita cuba masak kuih muih popular yang berbalut daun pisang ni untuk dinikmati masa berbuka.
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
50 gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300 gm kelapa parut /diambil putih sahaja
Bahan pulut :
100 gm beras pulut /direndam 3- 4 jam toskan
100 ml air
50 ml santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : CARA MASAK INTI :
Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
Masak hingga gula larut.
Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap
Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit beras pulut, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang Masa memasak : 40 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
KUIH TEPUNG PELITA ASLI
BAHAN-BAHAN : Bahan lapisan hijau /bawah:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
1 sudu teh gula bagi setiap bekas
Bahan lapisan atas/santan :
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan
Secubit garam
CARA MEMASAK : CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.
CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.
Saiz hidangan : 30 – 40 biji ikut saiz acuan Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Sedap dimakan apabila disejukkan dalam peti sejuk , manis bersantan Anggaran kos : RM 8
INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.
KUIH ABUK -ABUK SAGU
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu
2 cawan kepala parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang sesuai untuk moreh atau memulakan berbuka puasa. Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
2 biji kelapa
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
2 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI: 1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering. 2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata. 3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan. NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
500gm tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Air secukupnya
CARA ADUN DOH: 1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak mudah guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing. 2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka). BAHAN SANTAN:
1/2kg santan
2 cawan air
1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati. 2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat. BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI: 1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang. 2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih. 3.Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi. 4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut. 5. Letak doh koci atas daun pisang. 6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
BAHAN-BAHANNYA: 1 cawan tepung beras 5 cawan santan 2 camca besar penuh tepung jagung 2 camca besar rata gula 1/2 camca teh garam Pisang raja secukupnya (sebiji dibelah 2) Daun pisang secukupnya Pisang nangka (atau apa shj yg sedap) . CARA MEMASAKYA 🙂 1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan tepung jagung, kacau rata dengan whisk hingga rata. 2. Tapis bancuhan tadi ke dalam periuk. Kacau tanpa henti atas api sederhana hingga pekat dan kental. 3. Kemudian matikan api. Biar suam. Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. 4. Letak 1 1/2 camca besar adunan tepung, ratakan. Letak 1/2 bahagian pisang raja. 5. Letak sedikit lagi adunan tepung atas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat hingga siap 6. Kukus atas air menggelegak selama 30 minit atau hingga masak. Biar kuih sejuk sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk berbuka puasa….
Kredit :FB : Buku Resipi Online
6.PULUT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut (rendam semalaman)
1 liter santan cair
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras pulut dan toskan. Kukus beras pulut setengah masak. Masukkan santan dan garam. Kacau rata. 2.Biarkan masak dan ketepikan.
BAHAN INTI:
Minyak masak untuk menumis
2 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
50 gram udang kering (rendam dan kisar)
2 sudu makan cili boh
½ biji kelapa parut
1 sudu makan serbuk jintan manis (sangai dan kisar)
1 sudu makan serbuk jintan putih (sangai dan kisar)
1 batang serai (kisar)
1 cm lengkuas (kisar)
1 cm kunyit (kisar)
1 cm halia (kisar)
Garam secukup rasa
Daun pisang untuk membungkus
CARA MEMASAK: 1.Tumis bawang merah dan bawang putih. 2.Masukkan udang kering. Kacau seketika. Masukkan cili boh dan kacau lagi. 3.Masukkan bahan-bahan lain. Kacau lagi sehingga kering. 4.Angkat dan biarkan seketika.
CARA PENYEDIAAN: 1.Ambil daun pisang yang telah dilayurkan. Sapukan sedikit minyak masak. 2.Letakkan sedikit beras pulut. Letakkan inti. Balut kemas. 3.Bakar sehingga masak. Sedia dimakan. INFO CHEF: Inti yang sedap menjadikan pulut panggang anda lebih hebat rasanya.
Cara-cara: 1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis. 2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu. 3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.
Senang sangat nak buat menu ini. Kurang minyak, tanpa gula. Perlu sedikit garam dan beberapa bahan saja. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Rasa dan bauan oren tu buat ketagih je nak tambah nasi.
AYAM MASAK OREN CHINESE STYLE Bahan-bahan: 6 ketul ayam 1 biji bawang holland – dipotong dadu-BELI ONLINE DI SINI 2 ulas bawang putih – dicincang-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil lada sulah-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu makan sunquick perisa oren 1 sudu makan sos cili-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu makan kicap manis 1 sudu sos ikan Sedikit tepung jagung
Cara memasak:
1) Perap ayam bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaul ayam tadi bersama tepung jagung dan goreng hingga keemasan. Kemudiaan angkat dan ketepikan 2) Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau
3) Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan sehingga sebati
4) Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang
Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau anda sediakan untuk hidangan keluarga dan tetamu di hujung minggu ni. Jom cuba…
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
4 biji buah tomato | potong dadu
100 gm daun pudina
100 gm daun ketumbar
1 liter air
200ml susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus | bakar
Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
4 biji kentang | kupas dan belah empat
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
2 sudu makan bawang goreng
2 pokok daun ketumbar
1 cawan susu cair/segar
1 biji lemon
1 biji bawang besar, hiris
2 sudu makan rempah briani
2 sudu makan gula Melaka
2 sudu makan kerisi
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cmhalia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
1batang lobak merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
8ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari daging
2 cm halia hiris memanjang
2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!