Uncategorized

2 Lauk Raya ‘Terlajak’ Sedap Datin Nur Shahida. Disukai Datuk Seri Aliff Shukri.

Share

Menjamu dua sajian ‘terlajak’ dari Datin Nur Shahida Mohd Rashid suri hati kepada Datuk Seri Aliff Shukri ,ternyata 2 resepi ‘favorite’ pasangan suami isteri ini memang sungguh sedap. Dua hidangan yang disajikan adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.

Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.

.

Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya. Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.

Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:


RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam | dipotong 12
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan kerisik
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 2 helai daun salam | dihiris halus

Bahan dihiris:

  • 5 bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula atau gula merah secukup rasa
  • 1 keping asam asam keping

Bahan kisar:

  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2.5 sm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 3 sm halia
  • 3 smi lengkuas
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK :
1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau.


2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama
3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak.

4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.

MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP

BAHAN BAHAN:

  • 3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
  • 10 batang kacang panjang | dihiris serong
  • 300gm kubis
  • 4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
  • 3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
  • 1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
  • 4 biji kentang | dipotong dadu30gm udang kering |direndam dan ditumbuk halus
  • 500ml santan pekat
  • 3 batang serai | dititik
  • 4 biji cili merah
  • Daun salam secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 2sm kunyit hidup
  • 2 sm lengkuas
  • 2.5sm halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam.
2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan.
3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Siap untuk dihidang.

Published by
Faridah Talib