Coklat cip memang kegemaran amak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.
Foto : pinterest.com . Tentulah tak cantik kalau biskut ‘flat’ macam ni
Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
1. GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM
Foto : pinterest.com
Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti
2. CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)
Foto : pinterest.com
Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG
Ads
foto : pinterest.com
Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.
Foto : pinterest
Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN
Ads
Foto : sweet.serious.com
Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT
Foto : pinterest
Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK
Foto : pinterest.com
BAHAN-BAHAN :
Ads
7 sudu besar mentega
¾ cawan gula halus
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
½ sudu baking soda
¼ sudu teh garam
1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar Masa penyediaan : 45 minit Masa memasak : 9 minit
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek Ribut ni memang jadi kegilaan ramai terutamanya bagi penggemar Kek Coklat. Mana tidaknya, lihat sahaja lelehan coklat yang melimpah ruah tu, memang memukau. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang menarik perhatian RASA. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Bingka Roti Pandan yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bagi anda yang gemarkan manisan ini, resipi perkongsian saudari Zura Zul ini tentunya anda perlu cuba. Puas hati bila dapat menikmatinya. Nak lebih kelainan? Nikmatinya bersama aiskrim. Lebih mantap! Anak-anak pun pasti suka. Selamat mencuba!
RESIPI BINGKA ROTI PANDAN YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi – beli online disini 1 cawan santan pekat – beli online disini 2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air & tapis) 2 sudu makan mentega /marjerin – beli online disini 12 – 14 keping roti – potong kecil 3 biji telur Sedikit garam Pewarna hijau – beli online disini
Dapatkan COOPER DIAMOND BAKEWARE SETdengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar. 2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit. 3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit. 4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang. 5. Bakar Bingka Roti Pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak. 6. Bila sudah masak, sejukkan Bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Nak makan mi kolok ni sekarang dah makin mudah. Kat Selangor dan KL ni ada aje dijual. Sup dan gandingan cili kicap tu memang syoklah memakannya.
Sekali sekala jom tukar selera makan mi sarawak lah pulak.
Jom semak resipi dari Hidayah Syibly ni…
MI KOLOK
BAHAN-BAHAN :
Mee Kolok (contoh gambar mee kolok dalam gambar)
Cuka – jgn byk nanti masam.
Sos ikan – jgn banyak nanti dia berbau x best
Serbuk lada putih
Minyak bawang putih
Sos tiram
Kicap
CARA PENYEDIAAN:
1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk.. Masukkan semula dalam air mendidih dan toskan.
2. Campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati kemudian gaulkan dengan mee yang telah dicelur. Ketepikan dalam satu bekas.
Bahan sup :
Daging lembu setengah kilo
Serbuk lada hitam
Kiub pati lembu 2/3 kiub
Rempah kasar 4 beradik (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) – sikit je jangan banyak sebab ni clear sup, tak mau rasa rempah menguasai rasa sup.
Sup bunjut (optional)
Bahan perasa
Garam, gula
Halia diketuk.
CARA MASAK DAGING :
1. Rebus daging hingga empuk. – Setelah daging empuk, masukkan cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dn buah pelaga, sup bunjut dan halia. – Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. – Keluarkan daging, ketepikan..
2. Daging yang telah dikeluarkan dari sup tadi, dipotong nipis-nipis.
3. Gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam.
4.Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap je. Tak mau kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.
5.Ketepikan daging yang telah di goreng. Daging ini sebahagian daripada bahan bahan tabur atas mee kolok.
Bahan cili kicap :
cili padi
bawang putih
perahan jus limau
kicap
sedikit garam jika menggunakan kicap manis
blend semua bahan di atas, ketepikan dalam satu mangkuk.
Bahan-bahan tabur :
Taugeh
Sawi celur
Fish cake (optional)
Bawang goreng
Hirisan daging (rujuk di atas)
Hirisan daun sup dan daun bawang
Tomato hiris
Selamat mencuba!!
. Kredit Resepi: Hidayah Syibly
FB : Aneka Resipi Kampung
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!