Belajar memasak pasti melecehkan jika kamu tidak tahu tips dan triknya. Nah untuk membantu kamu yang sedang berjinak-jinak nak belajar memasak supaya semakin disayang dengan calon mertua, berikut RASA berikan beberapa tips dan trik mudah saat berperang di dapur.
1. Cara memarut keju dengan elok.
Simpan terlebih dahulu keju ke dalam peti sejuk, kemudian barulah kamu memarut sehingga menghasilkan parutan yang lebih rapi.
2. Mengupas kentang agar lebih mudah.
Potong nipis melingkar di kulit kentang, kemudian rebus kentang tersebut selama lima minit. Selesai direbus, terus masukkan ke dalam mangkuk air sejuk dan tunggu lagi selama lima minit. Dijamin kulit kentang lebih mudah dikupas dan kentang tidak akan menjadi coklat.
Ads
3. Menyimpan beras agar tidak berbau hapak dan bebas dari kutu.
Ambil dua helai daun pandan, kemudian letakkan ke dalam tempat penyimpanan beras.
4. Memarut kelapa agar menghasilkan banyak santan.
Ada lagi yang memarut sendiri kelapa untuk mendapatkan santan? Atau dapat terus dari kedai? Tetapi jika berkesempatan untuk memarut kelapa sendiri, cuba dengan memegangnya secara horizontal atau melintang. Lihat hasilnya!
5. Mengurangi rasa kuah yang masin.
Kamu boleh meletakkan satu kentang yang sudah dipotong-potong agak besar ke dalam kuah masakan yang sedang dimasak. Dijamin rasa masinnya akan berkurangan.
6. Memasak sayur peria yang pahit agar tetap sedap.
Potong dan rendam peria dengan air selama 5-10 minit. Ambil dan perah peria beberapa kali sampai airnya keluar. Kemudian peria yang telah direndam diberi perahan limau nipis.
Ads
Cuba masak pasti tak terlalu pahit.
7. Membuat daging lebih empuk.
Saat merebus daging, jangan lupa memasukkan nanas atau daun betik biar cepat empuk.
8. Menghilangkan bau hanyir ikan.
Siapa yang suka makan ikan jika masih ada bau hanyirkan?.. Apa yang perlu kamu buat ialah dengan melumurkan air perahan limau nipis pada ikan yang akan kamu masak.
Ads
9. Mengupas kulit halia.
Cara mudah untuk mengupas kulit halia adalah dengan menggunakan sudu dan bukannya pisau. Cuba lakukan terbukti memang mudah!
10. Mengurangi buih saat air/kuah mendidih.
Saat memasak air atau kuah dan tidak ingin buihnya melimpah, kamu boleh mencuba meletakkan senduk kayu diatas periuk.
Semoga tips di atas berguna ya!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ketuhar gelombang mikro atau microwave memang banyak gunanya dalam memudahkan kerja memasak. Boleh panaskan lauk dan bermacam-macam lagi. Bila dah guna, pasti ada kotoran yang tertinggal bukan? Jangan bimbang, petua ini membantu anda membersihkan microwave dengan mudah sekali. Hasilnya pasti menakjubkan anda.
CARA MEMBERSIHKAN MICROWAVE
1. Isikan 1/2 cawan air ke dalam mangkuk atau bekas tahan panas.
2. Potong buah lemon dan perah jusnya ke dalam bekas tadi. Masukkan sekali kulit lemon ke dalam bekas tersebut.
3. Masukkan bekas ke dalam microwave . Hidupkan suis dan panaskan dengan suhu yang tinggi sehingga air mendidih. Biarkan selama 3 minit.
4. Jangan buka penutup microwave. Biarkan selama 5 minit.
5. Buka penutup dan bersihkan microwave anda. Setelah dicuci, lap hingga kering dan barulah boleh digunakan semula.
Sinki di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika ia mula tersumbat, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah.
Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan.
Mulakan langkah penjagaan sinki anda dengan mencampurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudiannya disiram ke dalam sinki yang tersumbat.
Biarkan semalaman dan lihat hasilnya. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
Mahu lebih yakin lagi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu, sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.
CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Daging
Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
2-3 helai daun nangka | jika ada
CARA-CARA:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.
3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.