Wah baru tahu ! Masak pasta bukan main rebus, tos,campurkan sos,kemudian gaul rata dan makan. Salah rupanya selama ni, tak sangka, ada cara yang betul agar hasil pasta yang dimasak sedap seperti hotel lima bintang mahupun restoran Fine Dining.Apa lagi jom semak apakah rahsianya rebusan pasta yang sedap ini supaya lepas ini bolehlah anda semua masak pasta sendiri di rumah ye…
Untuk menyediakan satu hidangan spageti, ia lebih kurang 100 gram. Biasanya chef-chef profesional merebus pasta dengan nisbah 100gm pasta, 1 liter air adan 7gram garam bersama.
Sukatan Air
Jika merebus menggunakan periuk, isi air sehingga 2/3 periuk. Pastikan air tidak keluar bila mendidih. Jika terlalu sedikit pasta akan melekat oleh itu masukkan pasta hanya selepas air mendidih.
Garam
Merebus sebenarnya sebahagian dari proses memasak, jadi anda perlu tambahkan garam dalam air rebusan kerana garam bukan hanya penambah rasa tetapi juga membantu menaikkan suhu air.
Elak Guna Minyak
Ramai beranggapan dengan tambah sedikit minyak, pasta yang direbus tidak melekat. Ia akan menyebabkan sos pasta tidak melekat dan menyebabkan rasa sos kurang menyerap pada pasta.
Cara Kacau
Kecilkan api sebelum memasukkan pasta, jika pasta pendek seperti macaroni terus sahaja kacau perlahan supaya tidak melekat. Untuk spageti dan fetuccine, tunggu satu minit sebelum dikacau. Cara kacau juga berhati-hati, kacau dengan gerakan membentuk angka lapan setiap 3-4 minit dan jangan tutup periuk semasa merebus.
Al Dente
Al Dente merujuk pada tekstur pasta yang masak sempurna sepenuhnya. Tidak lembek atau keras bila digigit dan kunyah. Ia merujuk pada bahagian luar pasta lembut tetapi di dalamya masih sedikit keras. Tekstur ini paling ideal terutama jenis pasta panjang seperti spageti.
Memasak Pasta
Memasak pasta tidak perlu direbus lama, cukup sekadar rebus sekejap kemudian tos dan masukkan dalam periuk semula. Tutup dan biarkan lebih kurang 10-15 minit untuk memastikan pasta masak sepenuhnya selepas direbus.
Jangan Cuci Pasta
Memasak pasta tak seperti memasak mi biasa yang perlu dibilas setelah ditoskan. Untuk pasta, selepas rebus tos sekejap tanpa perlu dibilas. Jika dibilas pati pasta akan hilang sedangkan, pati itu membantu menyerap sos dengan sempurna.
Cara Campur Sos
Setelah toskan air campurkan pasta dengan sos, kemudian tuang sedikit minyak Zaitun agar pasta tidak melekat semasa digaul rata.
Guna Air Rebusan Cairkan Sos
Jika sos pekat sebaiknya cairkan dengan air rebusan pasta. Oleh itu, semasa tos pasta, tinggalkan sedikit air rebusan untuk digunakan untuk mencairkan sos jika terlalu pekat. Bila sos cair sedikit ia menjadikan sos melekat sempurna pada pasta.