11 Cara Paling Berkesan Untuk Elak Mata Pedih & Air Mata Meleleh Masa Kupas Bawang

Share

Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Mana tidaknya, bila kupas bawang mesti menangis. Kalau tak guna kang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi azab kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya.

Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi.  Jom lihat cara-caranya.

via GIPHY

1. RENDAM bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.

foto: http://thewellspace.co

2. SEJUKKAN bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah  semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.

3. Pastikan guna PISAU TAJAM kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.

foto: www.theglobeandmail.com

4. Pelik tapi benar,  GIGIT BATANG MANCIS untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.

5. KUNYAH GULA-GULA GETAH atau makanan  dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

6. Kupas dan potong bawang di bawah AIR MENGALIR kerana air mengalir akan menghilangkan  bahan kimia yang  memedih mata dalam bawang.

7. The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan MEMOTONG BAHAGIAN ATAS

  sebelum mengupas kulitnya.

via GIPHY

8. The National Onion Association juga menyarankan, ELAK MEMOTONG AKAR BAWANG kerana  bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.

9. SEMBUR CUKA MAKAN  di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan pengeluaran air mata.

10. Gunakan bantuan KIPAS ANGIN dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.

11.  Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, RENDAM bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.

 

Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!

 

 

 

Published by
Nur