11 Idea Makanan Yang Boleh Dihasilkan Guna Nasi Sejuk.
Ogos 10, 2018
Share
Jika ada ‘leftover’ nasi semalam atau juga dikenali sebagai nasi sejuk, jangan dibuang ya. Jika dahulu kala, nasi sejuk menjadi bekalan sarapan si ayah ke ladang ataupun jika sudah tidak elok, diberi kepada ayam dan itik. Namun jika tinggal di bandar, rata-rata jika ada lebihan nasi kita akan simpan di dalam peti sejuk dan hangatkan kembali. Tetapi, rasanya pula kurang enak. Oleh itu untuk mengelakkan pembaziran, ada beberapa idea yang boleh anda cuba menggunakan lebihan nasi ini.
1. JERUK MAMAN
Lauk kampung yang sememangnya digemari ramai. Rasanya yang masam-masam rangup, memang sangat sedap. Walaupun makan dengan nasi putih je, pun dah cukup berselera. Jika anda ada lebihan nasi sejuk, anda boleh hasilkan Jeruk Maman ni. Best!
JERUK MAMAN KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ikat daun maman atau secukupnya
Air masak secukupnya
Garam secukup rasa (jangan masin sangat)
1 senduk nasi sejuk
CARA-CARA:
Maman disiang dan ambil daun serta bahagian tangkainya yang lembut sahaja. Cuci bersih dan toskan.
Masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan air masak agak-agak tenggelam maman tu.
Masukkan garam agak-agak ye dan nasi sejuk diperoikan. Kacau-kacau sikit. Tutup bekas dan peram sebaiknya 2 malam sebelum dimakan bersama nasi.
Boleh juga masukkan cili padi ke dalam jeruk maman dan masa nak makan picitkan cili tadi. Boleh juga dihidang dengan ikan bakar.
Selepas beberapa malam dijeruk, jika nak bagi tahan lama, simpan jeruk maman dalam peti sejuk.
Hidangan biasa yang kita akan buat jika ada lebihan nasi sejuk di rumah. Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh anda cuba asalkan mengikut citarasa anda.
NASI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN:
2 potong ikan sardin bersama kuahnya
1 mangkuk nasi sejuk
1 biji bawang merah
2 ulas awang putih
1 tangkai cili kering | digoreng tanpa minyak dan digunting halus
1 sudu makan pes cili kering
Daun bawang secukupnya
Garam secukup rasa | gula jika perlu
Minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sardin.
Masukkan nasi, gaul rata.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
Tonton video penyediaan disini:
3. ROTI
Bagi yang suka membuat roti, mungkin boleh cuba roti nasi. Bahan-bahannya lebih kurang seperti seperti roti biasa namun ditambah sedikit kisaran nasi di dalamnya. Roti ini sangat gebu dan enak dan sesuai dinikmati bersama jem dan kaya atau dicicah air kopi.
ROTI NASI GEBU
BAHAN-BAHAN:
80gm nasi putih
80ml air
250gm tepung roti
60ml susu segar
4gm yis kering
2 sudu makan gu;a
20gm mentega atau marjerin
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Satukan yis, 1/2 sudu teh gula dan 1/2 sudu teh tepung. Masukkan 1/3 cawan air suam. Tgunggu hingga berbuih.
Kisar nasi bersama air dan susu hingga halus.
Masukkan bancuhan yis, kisaran nasi, mentega, gula dan garam ke dalam tepung. Uli hingga adunan tidak melekat pada tangan.
Rehatkan doh selama 1 jam dan kemudian, tumbuk doh untuk keluarkan angin.
Terap doh memanjang dan lipat tiga. Jika nak terus bulatkan doh dan bahagi kepada dua bahagian pun boleh.
Letakkan doh ke dalam acuan roti dan biarkan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal.
Bakar pada suhu 190C selama 25 minit.
Keluarkan roti dari ketuhar dan sapukan mentega cair dipermukaan roti supaya berkilat.
Sedia untuk dinikmati.
Kredit gambar & resipi: Blog http://zulfadreamland.blogspot.my
4. APAM
Ha…Ini satu lagi hidangan yang boleh dicuba menggunakan nasi sejuk. Ada yang panggil sebagai apam beras. Ada juga yang memanggilnya apam nasi. Kedua-duanya merujuk kepada hidangan yang sama.
APAM NASI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 1/2 sudu teh mauripan/ibu roti
Pewarna merah/hijau/ungu secukupnya
Perasa rose/pandan/keladi secukupnya
Kelapa parut | diperasakan dengan garam
CARA MEMASAK:
Kisar nasi bersama air hingga hancur.
Kemudian campurkan tepung beras, tepung gandum, gula dan mauripan. Gaul sebati.
Tuangkan bahan kisar dan gaul sebati sehingga gula larut.
Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan pewarna merah ( perasa rose), hijau ( perasa pandan) da ungu ( perasa keladi).
Perap adunan selama 1 jam sebelum dituang ke dalam acuan dan dikukus selama 15-20 minit.
Siapa tidak kenal lempeng? Ia makanan yang mudah dan biasa kita buat. Selalunya lempeng ditambah dengan pisang atau kelapa. Anda juga boleh memasukkan lebihan nasi yang telah dikisar dan adun seperti biasa. Anda hanya perlukan nasi sejuk, tepung gandum dan beberapa bahan sampingan yang lain. Adun dan masak seperti biasa. Enak dinikmati bersama sambal tumis atau kari.
LEMPENG NASI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan sejuk | dikisar dengan 1 cawan air
1 cawan tepung
Sedikit garam
1/2 kiub pati ikan bilis
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Panaskan kuali dan oles sedikit minyak.
Sudukan adunan dan ratakan. Bila nampak garing, terbalikkan dan angkat.
Lebihan nasi juga boleh dijadikan bubur untuk sarapan. Hanya perlu masukkan nasi dan air ke dalam periuk dan masak seperti biasa sehingga nasi menjadi hancur. Nikmatinya bersama hidangan sampingan lain. Memang sedap! Waktu memasak pun menjadi singkat.
BUBUR NASI POWER
BAHAN-BAHAN:
400gm nasi sejuk
750 ml air – boleh dilebihkan jika pekat
2 sudu makan minyak sapi
2 ulas bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 cm halia
1 helai daun pandan
2 keping dada ayam | didadu kecil
100 gm daging kisar
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan lada putih
500 ml santan pekat
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
1 helai daun ketumbar
1/2 sudu teh perasa ayam | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan air dan nasi ke dalam periuk. Masak hingga lembut.
Pada masa yang sama, panaskan minyak sapi dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga terbit wangi.
Masukkan daging kisar dan potongan dada ayam.
Selepas itu masukkan serbuk lada putih dan serbuk kari. Barulah dimasukkan daun pandan, perasa ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
Bila sudah masak, campurkan kesemua bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk berisi nasi tadi.
Masukkan santan dan masak sehingga pekat. Akhir sekali bolehlah diangkat dan hidang dengan hirisan daun bawang dan daun sup. Tabur dengan bawang goreng dan lebih sedap lagi sekiranya dimakan dengan kicap pedas.
7. BAHAN SALUTAN
Siapa sangkat nasi sejuk boleh diubah menjadi serbuk salutan ala-ala serbuk roti. Cara yang perlu anda lakukan ialah keringkan nasi di bawah sinaran matahari sehingga betul-betul kering dan keras. Setelah itu, pecahkan kepingan nasi kering tadi dan masukkan ke dalam mesin pengisar rempah. Kisar hingga halus dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai digunakan untuk menyalut ayam goreng, makanan laut dan sebagainya.
8. KEROPOK
Siapa sangka, hanya menggunakan nasi sejuk, boleh hasilkan keropok enak. Mudah disediakan & tidak membazir. Lepas ni, jika ada lebihan nasi putih, bolehlah hasilkan keropok ni. Sesuai dijadikan kudapan dan snek ringan buat anak-anak.
KEROPOK NASI BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi suam
1 cawan tepung ubi kayu
3 ulas bawang putih
2 sudu teh garam
Pewarna merah, hijau dan kuning
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang putih bersama garam hingga lumat.
Masukkan nasi. Tumbuk lagi hingga nasi hancur. Masukkan nasi yang ditumbuk tadi ke dalam bekas.
Uli campuran nasi dengan tepung ubi. Uli rata.
Ambil adunan nasi sebanyak 2 sudu makan, letak di atas plastik dan uli memanjang. Ulang langkah sehingga adunan habis.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan doh nasi tadi. Masak sehingga doh terapung. Angkat, toskan air dan biar doh menjadi kering.
Sapu pewarna pada doh tadi hingga rata. Tidak perlu menambah air pada pewarna. Biarkan kering sekali lagi.
Ambil doh dan hiris nipis. Susun kepingan keropok di atas tampi. Jemur di bawah matahari sehingga kering. Jangka masa anggaran 1-2 hari bergantung kepada cuaca.
Setelah kepingan keropok kering, bolehlah digoreng dan dinikmati.
Tonton video penghasilan Keropok Nasi Bawang Putih:
9. CUCUR NASI
Langkah yang sama seperti menghasilkan cucur yang biasa Cuma perlu menambahkan kisaran nasi ke dalam bancuhan tepung. Olah dengan menambah bahan-bahan lain seperti hirisan bawang, udang, cili dan serbuk perasa. Goreng dan nikmati segera.
CUCUR NASI LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis.
Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
Panaskan minyak, goreng cucur.
NOTA: Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Cara penghasilannya adalah sama seperti bahan salutan tadi. Anda perlu meletakkan lebihan nasi di dalam dulang, lerai dan mampatkan menajdi seperti kepingan nipis. Jemur di bawah sinaran matahari terik sehingga kering. Untuk menikmatinya, goreng didalam minyak yang panas sehingga kembang. Sedap! Tapi jika nasi anda tidak benar-benar kering, keropok ini tidak akan mendapat hasil seperti diingini.
11. BEPANG NASI SEJUK
Snek manis ringan yang sangat mudah dan cepat disediakan. Hanya menggunakan nasi sejuk. Memang tidak membazir! Nak cuba buat Bepang Nasi? Jom ikut langkah-langkah di bawah ni
BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi sejuk
4 sudu maka gula
Secubit garam
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Nasi semalam diletakkan dalam loyang dan dijemur di panas mentari.
Setelah nasi sejuk menjadi kering, lerai-leraikan sedikit, jika ada butir yang melekat. (Nurulsham gunakan anak lesung).
Panaskan minyak. Masukkan nasi sejuk kering tadi, Goreng sehingga ia kembang dan membertih.
Bertih nasi sejuk ini @ bertih beras diangkat dari minyak dan ditoskan seketika.
Di dalam kuali atau periuk bersih, masukkan gula (dan sedikit garam) dan panaskan api. Masak hingga gula mencair. Masukkan sedikit minyak dan kacau lagi sehingga gula cair menjadi perang.
Masukkan bertih nasi sejuk anda tadi. Kacau sehingga rata dengan gula cair.
Setelah rata, masukkan bepang anda yang masih lembut ke dalam acuan.
Yang ini kredit buat Nurulsham kerana berjaya membuat bepang bertih yang comel berbentuk LOVE ini.