Lemak, alahai  gemuklah! Itu yang kerap terlintas difikiran bila kita disua dengan makanan berlemak. Tapi, korang tahu tak, bukan semua makanan berlemak itu boleh mengemukan. Tak percaya boleh baca info yang RASA kongsikan ini:-

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

KEKACANG

Kekacang seperti badam, walnut, kacang tanah, pecan, gajus pistachios dan hazelnut mengandungi lemak baik yang tinggi. Walaupun tinggi lemak, kekacang ini kaya vitamin E, lutein, zeaxanthin dan caratenoid.  Semua zat ini elok untuk kulit dan mata tau.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

AVAKADO

Avakado antara buah yang tinggi kandungan lemaknya, tapi jangan risau ye kerana lemaknya adalah lemak baik. Ia sangat sesuai untuk kesihatan jantung.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

Ads

DARK CHOCOLATE

Walaupun tinggi kadar lemak, dark chocolate  tinggi kandungan antioksidan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal kadar kolestrol.  Sihat je kan, tapi usah ambik berlebihan.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

TELUR

Telur antara makanan berlemak yang murah dan disukai ramai, kaya protein, ia baik untuk jantung, otak dan kardiocaskular serta sistem  saraf.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

YOGURT

Makanan diperbuat dari susu yang difermentasi ini baik untuk kesihatan, mengandungi kalsium yang tinggi dan probiotik . Ia membantu meningkatkan fungsi usus dan membantu tulang lebih kuat.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

MINYAK KELAPA

Minyak kelapa mengandungi 90 % lemak baik, tapi jangan takut kerana banyak pakar diet menyarankan kita semua mengambilnya untuk tujuan menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga mengurangkan risiko serangan jantung.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun mengandung vitamin E, K, dan antioksidan. Manfaatnya boleh mencegah  peradangan dan melindungi dari partikel jahat LDL. Oleh itu, ia sangat baik untuk mengantikan minyak lain dalam masakan.

Ads

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

IKAN

Ikan juga kaya lemak baik dan tinggi kandungan omega-3 yang terkenal baik untuk kesihatan jantung. Antara ikan yang kaya omega-3 adalah salmon, tuna dan sardin.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

MENTEGA

Mentega banyak dicampurkan dalam masakan, ia kaya vitamin A, K2 dan lemak baik, apa pun korang  janganlah ambilnya secara berlebihan pulak.

11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

Ads

BIJI FLAX

Buah ini sangat ajaib, biarpun tinggi kandungan lemak, bijian halus nini juga kaya dengan zat-zat baik seperti zat besi, serat, kalium, fofor, omega-3, karbohidrat, zink.

 11 Makanan Sedap Tak Mengemukan, Nak Diet Boleh Amalkan Ni.

KEJU

Sebut je keju, ramai yang menggemarinya. Ternyata banyak kebaikannya walaupun ia tinggi kandungan lemak, tetapi keju juga kaya kalsium, protein, vitamin B12, selenium  dan banyak lagi.

Tapi ingat korang, walaupun 11 makanan berlemak ini banyak manfaat kesihatan, tetapi janganlah ambil secara berlebihan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI