Lemak, alahai gemuklah! Itu yang kerap terlintas difikiran bila kita disua dengan makanan berlemak. Tapi, korang tahu tak, bukan semua makanan berlemak itu boleh mengemukan. Tak percaya boleh baca info yang RASA kongsikan ini:-
KEKACANG
Kekacang seperti badam, walnut, kacang tanah, pecan, gajus pistachios dan hazelnut mengandungi lemak baik yang tinggi. Walaupun tinggi lemak, kekacang ini kaya vitamin E, lutein, zeaxanthin dan caratenoid. Semua zat ini elok untuk kulit dan mata tau.
AVAKADO
Avakado antara buah yang tinggi kandungan lemaknya, tapi jangan risau ye kerana lemaknya adalah lemak baik. Ia sangat sesuai untuk kesihatan jantung.
DARK CHOCOLATE
Walaupun tinggi kadar lemak, dark chocolate tinggi kandungan antioksidan. Ia membantu mengurangkan tekanan darah dan mengawal kadar kolestrol. Sihat je kan, tapi usah ambik berlebihan.
TELUR
Telur antara makanan berlemak yang murah dan disukai ramai, kaya protein, ia baik untuk jantung, otak dan kardiocaskular serta sistem saraf.
YOGURT
Makanan diperbuat dari susu yang difermentasi ini baik untuk kesihatan, mengandungi kalsium yang tinggi dan probiotik . Ia membantu meningkatkan fungsi usus dan membantu tulang lebih kuat.
MINYAK KELAPA
Minyak kelapa mengandungi 90 % lemak baik, tapi jangan takut kerana banyak pakar diet menyarankan kita semua mengambilnya untuk tujuan menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga mengurangkan risiko serangan jantung.
MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun mengandung vitamin E, K, dan antioksidan. Manfaatnya boleh mencegah peradangan dan melindungi dari partikel jahat LDL. Oleh itu, ia sangat baik untuk mengantikan minyak lain dalam masakan.
IKAN
Ikan juga kaya lemak baik dan tinggi kandungan omega-3 yang terkenal baik untuk kesihatan jantung. Antara ikan yang kaya omega-3 adalah salmon, tuna dan sardin.
MENTEGA
Mentega banyak dicampurkan dalam masakan, ia kaya vitamin A, K2 dan lemak baik, apa pun korang janganlah ambilnya secara berlebihan pulak.
BIJI FLAX
Buah ini sangat ajaib, biarpun tinggi kandungan lemak, bijian halus nini juga kaya dengan zat-zat baik seperti zat besi, serat, kalium, fofor, omega-3, karbohidrat, zink.
KEJU
Sebut je keju, ramai yang menggemarinya. Ternyata banyak kebaikannya walaupun ia tinggi kandungan lemak, tetapi keju juga kaya kalsium, protein, vitamin B12, selenium dan banyak lagi.
Tapi ingat korang, walaupun 11 makanan berlemak ini banyak manfaat kesihatan, tetapi janganlah ambil secara berlebihan.