Bingka Kentang Lemak Manis Ni Pasti Tak Cukup Sepotong

Share

Stok kentang jika banyak di dapur, jangan biar sampai bertunas. Sebelum rosak, jom kita buat kudapan petang yang boleh dinikmati sekeluarga.

BINGKA KENTANG /BINGKA BANJAR

Bahan-bahan:

2 cawan/ 2 biji kentang

1 cawan santan-beli online di sini

1 cawan tepung gandum-beli online di sini

1/3 cawan gula (boleh adjust manis)

½ sudu kecil garam #zida2004

1 biji telur gred A

1-2 titis pewarna pilihan (saya letak hijau)-beli online di sini

1 titis emulco/esen pandan (optional)

Sedikit bijan untuk hiasan

Cara memasak:

1.Kukus/rebus kentang sehingga empuk. Sejukkan.

2.Campur kentang bersama semua bahan lain kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.

3.Sapukan sedikit minyak pada loyang/ acuan/periuk bersaiz 6″. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan/periuk. Taburkan bijan diatasnya.

4.Bakar dengan suhu 150°C selama 40 minit mengikut oven masing-masing. Saya bakar atas dapur gas dengan api perlahan selama 1 jam.

5.Sejukkan baru dikeluarkan dari loyang/acuan/periuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Siap untuk dihidang.

Kredit:#norfazidagda

Klik sini

 

Published by
Putri