Puasa tak lama lagi,  kuih muih tradisional Melayu termasauk talam antara yang menjadai pilihan ramai. Malah sekarang dah macam macam inovasi  kuih talam sesuai mengikut cita rasa semasa, namun rasanya tidak mengecewakan, tetap sedap. Lemak manisnya tetap menambat selera, tapi kalau korang nak cuba buat sendiri, ini 12 koleksi resipi talam  RASA kongsikan.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM LAPIS
BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
  4. Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
  5. Bahagikan adunan kepada dua
  6. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  7. Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
  8. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
  9. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
  10. Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
  11. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM LAPIS SAGU

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN SAGU:

  • 1 1/2 cawan sagu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan air

LAPISAN ATAS:

  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 cawan  santan
  • 2 cawan  air
  • 3/4 cawan gula
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu teh perisa pandan

CARA MEMASAK:

  1. Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
  2. Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
  3. Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
  4. Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
  5. Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  6. Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
  7. Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
  8. Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
  9. Apabila naik wap, tutup api.
  10. Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
  11. Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.

 12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM PANDAN NYONYA

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 1/4  cawan tepung beras,
  • 1/3 cawan tepung gandum,
  • 5 ½ cawan air pandan | 10 helai daun pandan
  • 1 ½ sudu makan air kapur

LAPISAN ATAS:

Ads
  • 1/3 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan bawah (warna hijau).
  2. Kemudian kacau agar tidak bergentel.
  3. Masak hingga berwap dan gula hancur.
  4. Isikan dalam loyan yang disapu minyak.
  5. Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
  6. Untuk menyediakan bahagian atas (warna putih).
  7. Campurkan semua bahan.
  8. Kacau dan masak atas api sederhana hingga  naik wap.
  9. Perlahan-lahan tuang atas  lapisan warna hijau.
  10. Kukus lagi hingga
  11. Potong apabila talam betul-betul sejuk.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

 TALAM JAGUNG

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

  • 350gm tepung beras
  • 60gm tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 350ml santan pekat
  • 700ml air
  • 120gm gula kastor
  • 300gm jagung manis dalam tin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna kuning

LAPISAN ATAS:

  • 150gm tepung gandum  | diayak
  • 150gm gula kastor
  • 250gm santan pekat
  • 450gm air masak
  • 20gm daun pandan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh perasa pandan

 CARA MEMASAK:

  1. Untuk bahagian bawah, campurkan tepung beras, jagung dan ubi. Ayak bersama dalam dalam bekas kemudian campurkan dengan santan pekat dan air.
  2. Kacau sebati sehingga tidak berbintil, kemudian tapiskan adunan ke dalam periuk.
  3. Masuk pula gula kastor, jagung manis, garam dan pewarna, gaul sebati.
  4. Panaskan atas api, kacau sentiasa dan biarkan sehingga naik wap.
  5. Tuang adunan dalam loyang yang telah tersedia dan ratakan.
  6. Kukus selama 25 minit.
  7. Untuk menyediakan lapisan atas, satukan kesemua bahan-bahan.
  8. Seterusnya kacau sebati dan tapiskan dalam periuk.
  9. Masak atas api sambil dikacau sentiasa sehingga naik wap.
  10. Setelah lapisan bawah masak, lorekkan dengan garpu.
  11. Perlahan-lahan, tuang adunan atas sehingga rata dan kukus lagi selama 25 minit.
  12. Tutup api pengukus, angkat dan sejukkan.
  13. Biarkan talam benar-benar sejuk baru dipotong.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung beras
  • 200gm keladi
  • 100gm udang kering
  • 2 sudu teh garam
  • 1000ml air
  • 500ml santan

 INTI DAN HIASAN:

  • 200 gm daging kisar
  • 2 biji kentang | dadu kecil
  • 1 labu bawang besar | dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 batang lobak merah | diparut
  • Daun sup dan daun bawang  | dihiris halus
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam dan sedikit gula

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
  6. Sekiranya terdapat minyak, toskan.
  7. Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
  8. Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
  9. Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
  10. Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
  11. Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM SUJI

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

  • 110gm tepung suji
  • 110gm gula pasir
  • 200ml santan pekat
  • 800ml air
  • 1sudu teh pewarna kuning
  • 1 sudu teh garam

LAPISAN ATAS:

  •  3 biji telur
  • 220 gm gula merah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200ml santan pekat
  • 55gm tepung jagung
  • 55gm tepung gandum
  • 500ml air

CARA MEMASAK:

  1. Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
  2. Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
  3. Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
  4. Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
  5. Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
  6. Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
  7. Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
  8. Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
  9. Kukus selama 25 minit.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

  • 1 cawan gula merah
  • 1 1/2 cawan gula
  • Sedikit air
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 4 1/2 cawan air
  • Sedikit air kapur

LAPISAN ATAS:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan lapisan bawah, masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.
  2. Seterusnya bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.
  3. Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  4. Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garpu.
  5. Satukan semua bahan lapisan atas dan tapis dalam periuk
  6. Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.
  7. Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah.
  8. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM PULUT SEKAYA

 BAHAN-BAHAN:

Ads

LAPISAN BAWAH:

  • 500gm beras pulut | direndam semalaman
  • 200ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 sudu teh garam

LAPISAN ATAS:

  • 10 biji telur | dipukul sebati
  • 400ml santan pekat
  • 250hm gula Melaka | dipotong kecil
  • 2 helai daun pandan | dicarik & disimpul
  • 1/4 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Toskan beras pulut dancampurkan dengan santan pekat, air dan juga garam. Kacau sebati dan kukus selama 25 minit.
  2. Masukkan pulut yang telah dikukus tadi ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Tekan pulut agar padat.
  3. Bagi menyediakan lapisan atas, kisar santan dan gula Melaka hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan ke dalam bekas diikuti bahan-bahan yang lain. Kacau hingga rata.
  5. Tuang ke dalam loyang berisi pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak.
  6. Sedia untuk dinikmati.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM LAPIS NYONYA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 1/2 sudu kecil esen ros
  • Pewarna merah dan hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di atas, kemudian adun hingga rata.
  2. Tapis supaya tidak ada tepung bergentel.
  3. Kemudian bahagikan kepada tiga bahagian.
  4. Buat lapisan putih dahulu dan kukus selama 6 minit.
  5. Diikuti lapisan merah dan hijau.
  6. Akahir sekali, kukuskan   lagi selama 20 minit.
  7. Sejukkan sebelum sedia dipotong dan dihidangkan.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM CRACKERS PANDAN

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 20 keping biskut
  • 400 ml santan
  • 1 cawan air pandan (1 cawan air dikisar bersama 3 helai daun pandan)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 sudu besar gula
  • 2 biji telur ayam

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:

Lapisan Bawah:

Ads
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali biskut.
  2. Sediakan loyang. Patah-patahkan biskut menjadi kecil.
  3. Satukan kedua-dua bahan dan kukus selama 25 minit.
  4. Kemudian sediakan lapisan atas.
  5. Satukan bahan di atas dan tuang ke atas lapisan bawah.
  6. Kukus selama 20 minit lagi.
  7. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM LAPIS CENDOL

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 200 gram tepung beras
  • 250 ml santan
  • 450 ml air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 150 gram gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 250 gram cendol

BAHAN LAPISAN TENGAH:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur ayam
  • 200 ml santan
  • 200 ml air
  • Sedikit perasa pandan
  • Pewarna hijau

BAHAN LAPISAN ATAS:

[A]

  • 30 gram gula pasir
  • 100 gram gula merah
  • 1 helai daun pandan

[B]

  • 80 gram tepung gandum
  • 10 gram tepung ubi
  • 2 biji telur ayam
  • 250 ml santan
  • 1/2 sudu besar esen vanila
  • 1/4 camca teh garam

 CARA MEMASAK::

  1. Campurkan semua bahan di atas  kecuali cendol.
  2. Masak sehingga naik wap.
  3. Masukkan cendol dan kukuskan selama 20 minit.
  4. Untuk lapisan tengah, campurkan semua bahan, adun rata hingga sebati.
  5. Tapis dan masak sehingga naik wap dan tuang atas lapisan cendol.
  6. Kukus selama 20 minit,
  7. Sementara itu sediakan lapisan atas.
  8. Satukan semua bahan A lapisan atas, dan masak atas api hingga gula larut. Sejukkan.
  9. Satukan pula semua bahan B.
  10. Setelah air gula sejuk tuangkan dalam mangkuk bahan B.
  11. Adun rata kemudian tuangkan ke atas lapisan cendol dan kukus selama 20 minit.
  12. Sejukkan sebelum sedia dipotong.

12 Koleksi Resipi Talam Yang Mudah & Lebih Jimat Buat Sendiri.

TALAM LAPIS UBI KAYU

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 4 cawan ubi | diparut
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan

BAHAN LAPISAN ATAS:

  • 4 cawan santan
  • 2 camca teh garam
  • 1 1/2 cawan tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan  lapisan atas dan gaul rata.
  2. Masukkan dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau marjerin.
  3. Kukus hingga masak lebih kurang 20 minit.
  4. Sementara itu sediakan bahan lapisan atas.
  5. Campurkan semua bahan dan adun rata, kemudian tapis dan masak atas api kecil hingga berwap. Kemudian tuang atas lapisan ubi kayu.
  6. Kukus lagi 15-20 minit.
  7. Setelah masak, tutup api dan potong apabila sejuk dan sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI